Category Archives: Berita Semasa

Rejim Zionis roboh tiga rumah penduduk Palestin di Jerusalem.

Khamis, 12/06/2008 –Pada hari Selasa lepas Rejim Zionis telah merobohkan tiga buah rumah rakyat Palestin di kawasan Beit Hanina, Al-Salam, Attor di Jerusalem atas sebab tidak berlesen,
sementara anggota polis Israel menghadang kawasan terbabit untuk menghalang orang awam daripada keluar dan masuk sehingga tamat kerja-kerja pemusnahan.
Continue reading Rejim Zionis roboh tiga rumah penduduk Palestin di Jerusalem.

Dialog Nasional Untuk Sembuhkan Keretakan Dalaman.

Khamis, 12/06/2008 –“Perikatan kuasa-kuasa penduduk Palestin” di Damsyik telah menyokong penyelarasan, dialog Nasional untuk menyembuhkan keretakan dalaman di Palestin dengan penyertaan puak-puak dan parti-parti. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Rabu lalu, kesimpulan yang dapat di buat pada mesyuarat Selasa lalu, mereka menghargai suasana positif yang telah berlaku pada penduduk Palestin kebelakangan ini.

Israel memulakan projek penempatan berdekatan Masjid Aqsa.

Rabu 11/06/2008 –Satu yayasan Aqsa untuk pembinaan semula tempat bersejarah Islam memberi amaran kepada organisasi Zionis yang cuba membina projek penempatan berdekatan Masjid Al-Aqsa. Sepanjang pemeriksaan di Gunung Zaitun, sebuah suruhanjaya yayasan Aqsa mendapat tahu pertubuhan-pertubuhan pembinaan Zionis sedang memulakan pembinaan 60 unit-unit penempatan di mana mereka mula membina asas-asas projek itu yang terletak di tengah rumah-rumah Arab.

Haneyya : Pilihanraya boleh diutarakan di meja dialog, tidak sebelum itu.

Isnin, 09/06/2008 –Ismail Haneyya, ketua kepada kerajaan bertanggungjawab untuk PA di Gaza telah menolak Pilihanraya umum sebagai pra-syarat untuk mengadakan dialog kebangsaan. Dia memberitahu Berita Lebanese, Al-Akhbar dalam satu wawancara yang disiarkan pada hari Ahad bahawa krisis dalaman boleh diatasi walaupun kesusahan yang melingkarinya.
Continue reading Haneyya : Pilihanraya boleh diutarakan di meja dialog, tidak sebelum itu.

6 Kanak2 Palestin Terbunuh Sejak Mei Lepas.

Selasa, 03/06/2008 –Agensi Berita Quds Press telah melaporkan 44 orang Palestin termasuk 6 kanak-kanak terbunuh sejak May lepas semasa pendudukan, serangan udara dan pembunuhan yang dilakukan kebanyakan di semenanjung Gaza oleh pihak Israel. Mengikut agensi berita tersebut, angkatan bersenjata rejim Zionis telah membunuh 5394 orang Palestin sejak meletusnya Intifada Aqsa pada September 2000.