New York mula kempen boikot Motorola.

Khamis,  02/04/2009 – Lebih 50 orang penduduk New York telah berdemonstrasi di hadapan bangunan Motorola di Brooklyn mengecam sokongan Motorola terhadap keganasan Israel di Palestin. Protes ini adalah di adakan seiring dengan Hari Tanah Dunia dan merupakan sebahagian daripada kempen Boikot Global Terhadap Israel yang akan menyaksikan 40 acara di seluruh Eropah, US dan dunia.

Read moreNew York mula kempen boikot Motorola.

Setiausaha Fatah terlibat bunuh anggota Fatah.

Rabu,  01/04/2009 – Sumber Fatah di Lubnan menyatakan Setiausaha Agung Fatah,  Sultan Abu Al-Ainain terlibat dalam pembunuhan pimpinan Fatah, Kamal Madhat. Abu Al-Ainain turut bekerjasama dengan Muhammad Dahlan dalam menjaya konspirasi ini. Seorang wakil PLO di Lubnan menyatakan pembunuhan sesama ahli Fatah telah bermula. Kamal Madhat mati akibat di bom.

Read moreSetiausaha Fatah terlibat bunuh anggota Fatah.

Kerajaan baru zionis patut ambil pengajaran.

Rabu,  01/04/2009 – Ketika membuat komentar terhadap kenyataan Perdana Menteri Zionis yang baru, Mushir al-Misri, seorang pimpinan HAMAS berkata, “kami tetap berpegang teguh dengan opsyen dan prinsip kami. Kami tidak akan sekali-kali tunduk.” Sambil menegaskan bahawa pendekatan mengugut tidak akan berjaya ketika berhadapan dengan rakyat Palestin dan pimpinan mereka yang dipilih dengan majoriti besar.

Read moreKerajaan baru zionis patut ambil pengajaran.

Asad: Israel harus ditentang.

Selasa,  31/03/2009 – Presiden Syria, Basyar al-Asad menegaskan perdamaian dengan Zionis-Israel tidak akan berhasil tanpa disertai dengan tekanan kumpulan pejuan. Ini menunjukkan sokongan terhadap para pejuang. Asad bercakap ketika menghadiri KTT Arab di Doha. Sehingga kini, tidak ada lagi rancangan perdamaian yang berjaya kerana terdapat banyak perkara-perkara asas perdamaian tidak dipenuhi.

Read moreAsad: Israel harus ditentang.

(Gambar) RM150,000.00 utk Palestin dari Aman Palestin.

Aman Palestin sekali lagi telah menyerahkan RM150,000.00 bersamaan £30,000.00 kepada wakil Gaza yang datang ke Malaysia setelah mendapat jemputan khas dari Aman Palestin. Wakil tersebut yang diketuai oleh Ummu Mohd (isteri kepada as Syahid Dr. Rantisi) sedikit sebanyak telah menyuburkan serta menyemarakkan lagi isu Palestin terutamanya Gaza di hati umat Islam di Malaysia.

Read more(Gambar) RM150,000.00 utk Palestin dari Aman Palestin.

Haneyya tuntut pemimpin Arab laksana resolusi PBB.

Isnin,  30/03/2009 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya menuntut para pemimpin Arab agar membawa para penjenayah perang zionis ke mahkamah terhadap jenayah yang mereka lakukan di Gaza. Beliau turut menuntut agar hubungan diputuskan dengan regim zionis dan melaksanakan semua resolusi sidang kemuncak Arab agar sekatan terhadap semenanjung Gaza dibatalkan.

Read moreHaneyya tuntut pemimpin Arab laksana resolusi PBB.

Al-Zahhar: Perbincangan Kaherah tidak akan mengulangi kesilapan lalu.

Jumaat,  27/03/2009 – Dr Mahmoud al-Zahhar, seorang pimpinan HAMAS dan ahli parlimen Palestin menegaskan matlamat utama yang ingin dicapai oleh HAMAS dalam perbincangan yang sedang berlangsung di Kaherah ialah menghalang daripada berulangnya pengalaman lalu apabila beberapa kumpulan Palestin tidak memberikan komitmen terhadap keputusan perbincangan tersebut. Beliau juga menegaskan bahawa HAMAS sekarang lebih kuat selepas serangan terhadap Gaza baru-baru ini.

Read moreAl-Zahhar: Perbincangan Kaherah tidak akan mengulangi kesilapan lalu.

Israel pindahkan tujuh pemimpin Hamas ke tahanan pentadbiran .

Jumaat,  27/03/2009 – Ramattan News Agency melaporkan Khamis lalu bahawa pihak berkuasa Israel telah memindahkan tujuh pemimpin Hamas yang diculik baru-baru ini, ke tahanan pentadbiran selama enam bulan tanpa sebarang perbicaraan. Keputusan diambil selepas satu permintaan dibuat oleh pendakwa raya Israel di Mahkamah Penjara Ofer.

Read moreIsrael pindahkan tujuh pemimpin Hamas ke tahanan pentadbiran .

Haniyah: Kami akan tinggal di atas tanah kami.

Jumaat,  27/03/2009 – PM Palestin Ismail Haniyah menegaskan menolak konspirasi untuk menempatkan rakyat Palestin di luar tanah Palestin. Haniyah turut menyatakan komitmennya untuk mengembalikan mereka yang berada di kem-kem pelarian dan mendirikan negara Palestin yang bebas dan berpusat di al-Quds. Hal tersebut dinyatakan semasa penganugerahan Jordan kepada Haniyah.

Read moreHaniyah: Kami akan tinggal di atas tanah kami.

Badan Tertinggi Mesir di Israel dalam usaha menjayakan perjanjian pertukaran tawanan.

Jumaat,  27/03/2009 – Agensi berita Quds menyiarkan berita semalam (Rabu) berkenaan dengan Delegasi Keamanan Tertinggi Mesir yang tiba di Israel dalam usaha mengadakan rundingan untuk mengurangkan secara tidak langsung perselisihan antara Hamas dan Israel dalam usaha penukaran tawanan.

Read moreBadan Tertinggi Mesir di Israel dalam usaha menjayakan perjanjian pertukaran tawanan.

Dahlan masuk Beirut 2 hari sebelum terbunuhnya Kamal Mehdat.

Khamis,  26/03/2009 – Stesen TV independen Lubnan menyiarkan berita yang sumbernya sahih melaporkan bahawa Mohamad Dahlan telah masuk ke Beirut 2 hari sebelum terbunuhnya delegasi PLO, Kamal Mihdat. Stesen TV turut melaporkan bahawa Dahlan ke Beirut dengan menggunakan visa Mesir dan menginap di bahagian timur Beirut. Ini menimbulkan tanda tanya kepada masyarakat umum khususnya rakyat … Read moreDahlan masuk Beirut 2 hari sebelum terbunuhnya Kamal Mehdat.