HAMAS: Zionis bertanggungjawab penuh gagalkan perjanjian tawanan.

Khamis, 19/03/2009 – HAMAS mendakwa regim Zionis bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan perjanjian berkenaan pertukaran tawanan, sambil menegaskan Zionis membelakangi segala nilai dan neraca kemanusiaan. Zionis juga mengeksploitasi sokongan antarabangsa kepadanya juga dokongan sekutunya Amerika Syarikat, di samping pendirian memalukan yang ditunjukkan oleh beberapa kerajaan negara Arab.

Read moreHAMAS: Zionis bertanggungjawab penuh gagalkan perjanjian tawanan.

2 serangan udara rejim Zionis semalam.

Jumaat,  13/03/2009 – Dua serangan udara Israel telah dilakukan pada waktu subuh Khamis lalu di sempadan Mesir-Palestin berdekatan kem pelarian Yibna, selatan Rafah, namun tiada kecederaan dilaporkan. Sumber keselamatan Palestin memberitahu wartawan PIC bahawa pesawat Israel itu mengebom kawasan Al Abd Jabr menyebabkan kerosakan beberapa rumah penduduk Palestin di situ. Dalam Tebing Barat, askar-askar rejim … Read more2 serangan udara rejim Zionis semalam.

Tahanan Palestin teruk mengalami penderitaan.

Khamis,  12/03/2009 – Pusat kajian tahanan Palestin melaporkan tahanan Palestin telah mengalami banyak penderitaan dan pencabulan di penjara Israel dan menyatakan ramai tahanan tidak dapat berjumpa dengan keluarga mereka setelah dua tahun. Kenyataan yang diterima oleh PIC itu memaklumkan banyak lagi penderitaan yang dialami setiap hari oleh tahanan Palestin di penjara Israel seperti dasar mengabaikan … Read moreTahanan Palestin teruk mengalami penderitaan.

Europe Campaign: Konvoi “Arteri Kehidupan” bukan yang terakhir memasuki Gaza.

Rabu,  11/03/2009 – Europe Campaign merupakan kempen membebaskan sekatan terhadap Gaza yang bermula di UK. Kempen ini sudah tiba di Gaza bersama puluhan trak, kereta dan para aktivis antarabangsa. Bertemakan “Arteri Kehidupan”, kempen ini akan diteruskan oleh kumpulan-kumpulan berikutnya.

Read moreEurope Campaign: Konvoi “Arteri Kehidupan” bukan yang terakhir memasuki Gaza.

Galloway: Kami akan beri bantuan kepada kerajaan Gaza.

Selasa,  10/03/2009 – Sebaik tiba di Sahat al-Katibah di Gaza pada hari Isnin (9/3), George Galloway seorang ahli Parlimen British dan ketua konvoi ‘Pembuluh Kehidupan’ yang bertujuan memecahkan sekatan yang dikenakan terhadap Gaza, menyeru semua individu yang merdeka di seluruh dunia agar menghantar konvoi serupa, delegasi dan bantuan ke Gaza melalui pintu sempadan Rafah.

Read moreGalloway: Kami akan beri bantuan kepada kerajaan Gaza.