Ashqar nafi Hamas tertekan dengan isu rekonsiliasi

Isnin, 22/11/2010 – Anggota Hamas, Ismael Al-Ashqar dalam dialog rekonsiliasi di Damsyiq bersama Fatah menegaskan bahawa Fatah mahu berpaling dari isu fail keamanan, dan menolak persepakatan yang telah dipersetujui dalam pertemuan pertama, yang dijalankan September yang lalu, iaitu pembentukan Biro Keamanan. Al-Ashqar menyatakan dalam sidang media di Gaza pada hari Isnin (15 November), “kami dikejutkan … Read moreAshqar nafi Hamas tertekan dengan isu rekonsiliasi

Tentera rejim Israel menceroboh kediaman dan premis perniagaan seorang usahawan

Isnin, 22/11/2010 – Segerombolan tentera rejim Israel menceroboh kediaman, ruang pameran perabot dan kedai-kedai milik seorang usahawan bernama Ali Al-Dudu pada waktu Subuh. Mereka telah merampas sejumlah barangan di rumah, kedai-kedai dan juga tiga kenderaan. Sumber tempatan mengatakan, segerombolan tentera menaiki 30 kenderaan tentera, jentolak dan trak kargo menyerbu Tulkarem pada jam 2 pagi serta … Read moreTentera rejim Israel menceroboh kediaman dan premis perniagaan seorang usahawan

Kumpulan hak asasi manusia Kecam AS, Israel menghalang hak Palestin untuk menentukan nasib sendiri

Isnin, 22/11/2010 – Pertubuhan Arab untuk Hak Asasi Manusia di Jordan Ahad lalu berkata jika hak Palestin untuk menentukan nasib sendiri dipinggirkan, ia sudah tentu melakukan pelanggaran prinsip-prinsip hak asasi manusia. Pertubuhan itu mengutuk usaha AS dan Israel untuk mengeluarkan perkara ketujuh dalam agenda pertemuan dengan Dewan Hak Asasi Manusia, yang berkaitan isu-isu pekerjaan, perjuangan, … Read moreKumpulan hak asasi manusia Kecam AS, Israel menghalang hak Palestin untuk menentukan nasib sendiri

Program Kasih Sayang: Hamas Lawat Penjara Khan Yunis

Isnin, 22/11/2010 – Jabatan Hubungan Masyarakat Hamas Khan Yunis dan Jabatan Pengarahan Politik dan Polis Palestin melakukan kunjungan terhadap penghuni penjara Khan Yunis di wilayah Muhararat. Kunjungan ini adalah program kepedulian dan Kasih Sayang yang dilancarkan pihak Hamas dan program Warga Baik Dilindungi Polis yang dilancar Kementerian Dalam Negeri Palestin. Dalam sambutannya, Bilal Agho mewakili … Read moreProgram Kasih Sayang: Hamas Lawat Penjara Khan Yunis

Kementerian Gaza menyelar rancangan Israel membina kuil di Baitulmaqdis

Selasa, 16/11/2010 – Kementerian Hal-Ehwal Agama di Gaza menegaskan sekali lagi bahawa ia menyelar tindakan Israel meluluskan pembinaan kuil Yahudi di Baitulmaqdis. Kementerian tersebut turut mendakwa bahawa perancangan itu merupakan langkah awal untuk mencemarkan kawasan-kawasan suci Islam serta bakal memadamkan mercu tanda bersejarah. Menteri Hal-Ehwal Agama, Talib Abu Sha’ar berkata pada Ahad, sikap berdiam diri … Read moreKementerian Gaza menyelar rancangan Israel membina kuil di Baitulmaqdis

Jurucakap Zionis : Tel Aviv dalam zon roket Hamas

Selasa, 16/11/2010 – Pegawai keselamatan Zionis memberi amaran bahawa kawasan bukit tinggi, Spring Hill dekat Tel Aviv kini berada dalam radius missile dari Brigade Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas, dan teknologi terbaru missile ini mampu mencapai target tertentu di bandar tersebut. Sumber Zionis itu melaporkan bahawa gerakan Hamas di Gaza, “mempunyai roket missile yang mampu melangkaui … Read moreJurucakap Zionis : Tel Aviv dalam zon roket Hamas

Rejim Zionis Mencederakan Seorang Kanak-kanak Lelaki di Gaza, dan Menahan Seorang Kanak-kanak Perempuan di al-Khalil

Selasa, 16/11/2010 – Tentera Penjajah Israel (IOF)menembak dan mencederakan seorang kanak-kanak lelaki Palestin di timur Gaza pada Ahad ketika mengumpul batu kecil,lapor sebuah sumber perubatan. Adham Abu Salmiya, koordinator media khidmat perubatan, memberitahu Pusat Info Palestin (PIC) bahawa budak lelaki itu ditembak dengan peluru di bahagian kaki, dan menyatakan bahawa kecederaannya tidak begitu serius. embakan … Read moreRejim Zionis Mencederakan Seorang Kanak-kanak Lelaki di Gaza, dan Menahan Seorang Kanak-kanak Perempuan di al-Khalil

Kumpulan hak asasi manusia seru bantu selesaikan masalah tahanan

Selasa, 16/11/2010 – Kumpulan hak asasi manusia hari ini menyeru seluruh lapisan masyarakat dunia supaya bersatu dalam mempertahankan hak tahanan Palestin. Pelbagai bentuk kezaliman telah dilakukan ke atas tahan Palestin samada kezaliman fizikal atau mental. Tindakan Zionis-Israel ini juga di lihat mampu memporak perandakan kehidupan dan perjuangan rakyat Palestin. sumber : COMES penterjemah : Abu … Read moreKumpulan hak asasi manusia seru bantu selesaikan masalah tahanan

Penduduk Yahudi membakar pohon-pohon zaitun di Nablus

Selasa, 16/11/2010 – Peneroka haram Yahudi telah membakar puluhan pohon zaitun Palestin di timur kampung Salem, daerah Nablus Ahad lalu, menurut sumber tempatan. Mereka mengatakan penduduk itu datang dari sebuah pos penempatan berdekatan kampung itu dan membakar lebih daripada 15 dunums pohon zaitun dengan api. Sumber mengatakan kawasan tersebut mengandungi lebih dari 150 pohon zaitun … Read morePenduduk Yahudi membakar pohon-pohon zaitun di Nablus

Ketegangan meningkat di penjara Ramon selepas penjaga penjara menghina Allah

Selasa, 16/11/2010 – Para tahanan tertinggi hak panitia di Gaza mengatakan suasana tegang mengusai penjara Ramon selama lima hari selepas seorang penjaga penjara menghina Allah ketika lawatan baru-baru ini di penjara seksyen 5.3. Para pentadbir penjara telah bersiap sedia sepenuhnya selama empat hari selepas seorang tahanan memberitahu bahawa jika mereka terlihat sesiapa yang melakukan sedemikian … Read moreKetegangan meningkat di penjara Ramon selepas penjaga penjara menghina Allah

Hamas dan Fatah setuju teruskan perbincangan ke arah perpaduan selepas cuti Aidil Adha

Isnin, 15/11/2010 – Pergerakan Hamas dan Fatah bersetuju untuk menyambung semula mesyuarat ke arah perpaduan yang telah diadakan sejak 2 hari lalu di Damascus selepas cuti Hari Raya Aidil Adha, yang jatuh pada minggu depan, sebagai sebahagian daripada perbincangan mereka yang memfokuskan kepada perkara keselamatan yang rumit. Anggota biro politik Hamas, Izzat al-Resheq berkata pada … Read moreHamas dan Fatah setuju teruskan perbincangan ke arah perpaduan selepas cuti Aidil Adha

Pusat Ahrar kecam penculikan rejim Zionis ke atas Setiausaha Agung PLC

Isnin, 15/11/2010 – Pusat Ahrar untuk kajian tentang tahanan penjara dan hak asasi mengutuk sekeras-kerasnya penculikan yang dilakukan oleh tentera rejim Zionis (IOF) ke atas Setiausaha Agung Majlis Perlembagaan Palestin (PLC), Mahmoud al-Rahmi dari rumahnya di Bandar Ramallah pada waktu Subuh, Rabu lalu. Pengarah pusat itu, Fouad Al-Khafsh berkata penculikan MP Ramhi adalah satu pencabulan … Read morePusat Ahrar kecam penculikan rejim Zionis ke atas Setiausaha Agung PLC

Pelan baru Dahlan serang Gaza dan jatuhkan Hamas

Isnin, 15/11/2010 – Menurut sumber Palestin yang bekerjasama dengan Pusat Informasi Palestin ketua planat gerakan Fatah, Muhammad Dahlan, sedang bekerja keras untuk merehabilitasi dirinya dan kembali ke dalam pertaruhan politik, di mana beliau telah mula bekerja sejak Mac lagi dalam dalam usaha “menyelamat” yang sebenarnya bertujuan untuk merampas Gaza dan menjatuhkan Hamas. Pihak Pusat Informasi … Read morePelan baru Dahlan serang Gaza dan jatuhkan Hamas

Operasi UNRWA mengetuai bantahan tuntutan regim Israel mengurangkan pengepungan Gaza

Isnin, 15/11/2010 – Pengarah operasi UNRWA di Gaza John Ging membantah tuntutan Israel untuk mengurangkan pengepungan di Semenanjung Gaza. Dia mengesahkan bahawa tiada perubahan terhadap kehidupan masyarakat di situ sejak Israel mengumumkan kemudahan atas pengepungan ekonomi wilayah tersebut. Ging menuduh para pegawai Israel mengabaikan tuntutan masyarakat antarabangsa untuk menamatkan pengepungan. “Tidak ada perubahan dari segi … Read moreOperasi UNRWA mengetuai bantahan tuntutan regim Israel mengurangkan pengepungan Gaza

Pendatang Yahudi menyerang dua kanak-kanak perempuan dan seorang wanita tua di selatan Bethlehem

Isnin, 15/11/2010 – Dua kanak-kanak perempuan berumur 10 dan 11 tahun tercedera di selatan kota Bethlehem pada pagi Khamis apabila seorang pendatang Yahudi yang bersenjata daripada penempatan Tekoa membaling batu dengan ganasnya kepada mereka. Saksi mata berkata, pendatang yang bersenjata lengkap itu memaki orang Arab dan Muslim. Sumber-sumber tempatan yang lain melaporkan segerombolan tentera Israel … Read morePendatang Yahudi menyerang dua kanak-kanak perempuan dan seorang wanita tua di selatan Bethlehem