Isnin, 06/03/2006 – Pada 6 Mac 2006, Abu Ayman al-Zawahiri, orang nombor dua Usama Ben Laden telah membuat kenyataan yang keras berkaitan dengan HAMAS.
Month: March 2006
Lavrov: Rusia akan mengekalkan hubungan dengan pimpinan Hamas
Isnin, 06/03/2006 – Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov (gambar), mengesahkan setelah berbincang dengan Khaled Mishaal, pemimpin tertinggi Pergerakan Hamas, bahawa kerajaannya akan meneruskan hubungan dengan pimpinan Hamas berikutan pembentukan kerajaan Palestin yang baru.
Read moreLavrov: Rusia akan mengekalkan hubungan dengan pimpinan Hamas
Haneyya menghargai sokong Liga Arab terhadap kerajaan dan rakyat Palestin
Isnin, 06/03/2006 –
Ismail Haneyya, bakal Perdana Menteri dan juga ketua politik utama Pergerakan Hamas pada hari Ahad mengalukan sokongan Liga Arab terhadap rakyat Palestin dan pergerakannya.
Read moreHaneyya menghargai sokong Liga Arab terhadap kerajaan dan rakyat Palestin
Bardawil : HAMAS menyambung hubungan dengan fraksi lain utk membentuk kabinet.
Isnin, 06/03/2006 –
Dr Salah Al-Bardawil (gambar) , jurucakap HAMAS berkata Ahad lepas yang pertubuhan tersebut akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai fraksi lain demi membentuk formasi kerajaan Palestin.
Read moreBardawil : HAMAS menyambung hubungan dengan fraksi lain utk membentuk kabinet.
Rejim Zionis terus menyerang ….
Rakyat Palestin membawa jenazah as-syahid Khaled al-Dahdouh, komander Jihad Islami ke dalam hospital as-Shifa di bandar Gaza. Dahdouh diserang di bandar Gaza pada Rabu, 01/03/2006.
Hamas terima jemputan daripada Afrika Selatan
Jumaat, 03/03/2006 – Hamas telah menerima jemputan daripada kerajaan Afrika Selatan pada hari
Khamis bertujuan untuk perbincangan. menurut sumber Hamas dan Afrika Selatan.
Masjid di bandar Safad menjadi ibu pejabat parti Kadima.
Khamis, 02/03/2006 –
Kerajaan pendudukann Israel dengan terang mencabul kesucian masjid Muslim di bandar Safad apabila ia menjadikan masjid tersebut sebagai pusat operasi untuk parti Kadima yang baru dibentuk oleh Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert.
Read moreMasjid di bandar Safad menjadi ibu pejabat parti Kadima.
Gorbachev menyokong tindakan Putin menjemput Hamas
Khamis, 02/03/2006 – Mantan Presiden Soviet, Mikhail Gorbachev (gambar) menyokong tindakan Rusia menjemput deligasi Pergerakan Hamas untuk melawat Moscow, dan mengkritik Barat yang tidak ambil peduli Pergerakan tersebut walaupun telah mendapat kemenangan secara demokratik.
Pimpinan Hamas Mengalukan Keputusan EU
Khamis, 02/03/2006 –
Hamas mengalukan langkah EU untuk menyalurkan bantuan sebanyak 120 juta euro dalam mempercepatkan bantuan untuk rakyat Palestin, berharap EU teruskan langkah baik ini dan tidak menghukum rakyat Palestin atas tindakan demokratik mereka.
Letupan Kilang Senjata Kimia di Haifa
Khamis, 02/03/2006 –
Satu letupan di kilang kimia di utara Palestin menyebabkan empat orang cedera parah manakala dua lagi cedera ringan. Kilang ini dikendalikan oleh firma pihak tentera Israel, Rafael yang enggan mengulas punca kejadian.
Sumber Rusia : Menteri Luar akan bertemu deligasi Hamas
Rabu, 01/03/2006 – Wakil Rusia ke Timur Tengah, Alexander Kalugen, mengumumkan deligasi Pergerakan Pejuang Islam, Hamas, yang membuat lawatan dijangkakan akan tiba di Moscow awal bulan hadapan dan akan mengadakan perbincangan dengan para pegawai kementerian luar Rusia serta tidak menolak kemungkin untuk bertemu dengan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
Read moreSumber Rusia : Menteri Luar akan bertemu deligasi Hamas
Hamas Menafikan Haneyya Meletakkan Syarat untuk Mengikitiraf Israel
Rabu, 01/03/2006 – Hamas pada hari Ahad menafikan laporan akhbar US yang mengatakan calon popular untuk jawatan Perdana Menteri Haneyya bersedia untuk mengiktiraf Israel sekiranya mereka berundur dari sempadan yang ditetapkan 4 Jun 1967
Read moreHamas Menafikan Haneyya Meletakkan Syarat untuk Mengikitiraf Israel
Rejim Zionis serang Tobas, menembak ke rumah awam
Rabu, 01/03/2006 – Rejim Zionis pada subuh Isnin (27/02/06) menyerang bandar Tobas di Tebing Barat dengan menembak mesingan ke arah rumah2 penduduk Palestin menyebabkan panik di kalangan kanak2 dan orang tua yg sedang tidur.