Israel serang Timur Khan Yunis , Gaza.

Selasa , 13/04/2010 –Tentera rejim Zionis hari ini menyerbu sebahagian kecil kawasan di Al-Qrara di timur utara Younis Khan, Gaza. Menurut agensi berita Safa, sembilan jentolak dan 18 kereta kebal menceroboh 400 meter di daerah Al-Qrara berdekatan sempadan dengan tanah Palestin yang dijajah. Jentolak tersebut yang dilindungi pesawat-pesawat tentera rejim Zionis memusnahkan kawasan pertanian. Pasukan … Read moreIsrael serang Timur Khan Yunis , Gaza.

Erdogan: Kami tidak akan berdiam diri jika Israel cuba membakar Gaza.

Selasa , 13/04/2010 – Recep Erdogan, Pemimpin Turki, menggesa supaya dunia patut menyokong Gaza sebagaimana yang dilakukan dengan Haiti dan Chile, Dia menambah, “Kita tidak patut kekal berdiam diri berkenaan masalah Palestin”. Dia mengatakan bahawa Turki tidak akan berdiam diri jikalau Israel cuba membakar Gaza. Erdogan berkata sedemikian pada perasmian saluran TV Turki berbahasa arab … Read moreErdogan: Kami tidak akan berdiam diri jika Israel cuba membakar Gaza.

Sindiket perdagangan organ di utara Israel dibongkar.

Jumaat , 09/04/2010 – Selasa lalu polis telah menangkap enam orang yang disyaki terlibat dalam rangkaian perdagangan organ di utara Israel. Di kalangan suspek antaranya adalah IDF jeneral briged dan dua orang peguam. Bahagian pencegahan penipuan dan penyalahgunaan di utara Israel telah melakukan siasatan dan penyamaran berikutan aduan seorang wanita berumur 50 tahun dari Nazareth … Read moreSindiket perdagangan organ di utara Israel dibongkar.

Erdogan : Israel adalah ancaman sebenar kepada keamanan Timur Tengah.

Jumaat , 09/04/2010 – Perdana Menteri Turki, Receb Tayyip Erdogan, menyatakan bahawa Israel boleh disifatkan sebagai ancaman sebenar kepada negara-negara di Timur Tengah. Beliau membuat kenyataan tersebut sewaktu memulakan rangka lawatan ke Paris. Erogan memberitau para wartawan sebelum majlis makan malam bersama President Perancis, Nicolas Sarcozi bahawa Israel adalah ancaman kepada daerah yang aman. Israel … Read moreErdogan : Israel adalah ancaman sebenar kepada keamanan Timur Tengah.

Turki kecam kenyataan Lieberman mempersoal Erdogan.

Khamis , 08/04/2010 – Kerajaan Turki hari ini mengecam kenyataan Menteri Luar Negeri Zionis Avigdor Lieberman, yang menyamakan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan dengan dua pemimpin Libya dan Venezuela, Muammar Gaddafi dan Hugo Chavez. Kementerian Luar Negeri Turki , dalam kenyataan rasminya mengatakan, “Kami sangat kecewa dan menolak kennyataan yang tidak berasas, yang disampaikan … Read moreTurki kecam kenyataan Lieberman mempersoal Erdogan.

Netanyahu tidak mahu bertemu Obama.

Khamis , 08/04/2010 – Sumber Israel melaporkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan menghadiri Sidang Kemuncak Nuklear di Amerika Syarikat tetapi tidak akan mengadakan pertemuan dengan Presiden AS, Barack Obama yang juga akan menyertai sidang kemuncak yang sama minggu depan. Akhbar harian Israel, Haaretz melaporkan disebabkan “keterbatasan waktu”, Netanyahu dan Obama tidak akan mengadakan pertemuan.  … Read moreNetanyahu tidak mahu bertemu Obama.

Al-Qassam tegaskan tetap berpegang dengan syarat pertukaran tawanan.

Khamis , 08/04/2010 – Briged Izzuddin al-Qassam, sayap tentera HAMAS menegaskan bahawa ia telah bersumpah akan terus berpegang teguh dengan syarat dan prinsipnya bagi menyelesaikan isu tawanan, terutamanya mereka yang dikenakan hukuman berat atau penjara seumur hidup. Ia juga mengatakan bahawa mogok lapar yang dilaksanakan oleh para tawanan tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk … Read moreAl-Qassam tegaskan tetap berpegang dengan syarat pertukaran tawanan.

Gerakan Jihad Islamiah menyeru penangkapan tentera Israel.

Khamis , 08/04/2010 – Gerakan Jihad Islamiah di Palestin menyeru penculikan tentera Israel sebagai tahanan dan memastikan mereka dapat membuat pertukaran dengan rakyat Palestin yang dipenjara oleh Israel. Gerakan ini menambah bahawa penangkapan begini adalah satu-satunya pilihan untuk menamatkan bilangan tahanan Palestin dan memastikan pembebasan mereka dari penjara-penjara Israel. Khalid Al-Batsh, seorang pemimpin politik Jihad … Read moreGerakan Jihad Islamiah menyeru penangkapan tentera Israel.

Mesir perhebatkan pembinaan tembok besi di sempadan Gaza.

Khamis , 08/04/2010 – Saksi menegaskan kerajaan Mesir telah memperhebatkan kerja-kerja untuk menyiapkan pembangunan “tembok besi” di sempadan Gaza sejak akhir-akhir ini bagi memperketatkan kawalan terhadap terowong ‘perdagangan di sepanjang sempadan Mesir-Palestin. Sumber pegawai keselamatan menegaskan kerajaan Mesir menyiapkan sebahagian besar tembok besi di sempadan Mesir dan Semenanjung Gaza di bawah pengawasan Amerika dan Perancis … Read moreMesir perhebatkan pembinaan tembok besi di sempadan Gaza.

PA lupuskan produk penduduk.

Khamis , 08/04/2010 –Jabatan Perlindungan Pengguna di bawah Kementerian Ekonomi Negera pada Selasa lepas telah melupuskan secara besar-besaran produk penduduk, termasuklah hasil pertanian (kurma dan gandum), hasil tangkapan dari Laut Mati, produk kosmetik dan makanan yang lain (seperti susu, gula-gula, yogurt dan sebagainya). Kesemuanya dianggarkan sebanyak 4 tan. Mohamed Arziqat, Ketua Jabatan itu mendakwa bahawa … Read morePA lupuskan produk penduduk.

Ramai penduduk Gaza alami kanser hasil serangan Zionis.

Rabu , 07/04/2010 –Dr. Youssef Ibrahim, ketua kawalan kualiti di Gaza, menyatakan adanya peningkatan pesakit kanser dan buah pinggang yang tidak berfungsi akibat bahan uranium dan fosforus yang digunakan oleh Zionis ketika serangan tahun lalu. Dr. Youssef menyatakan dalam satu dialog khusus dengan koresponden Info Palestina. Beliau turut menggesa ke semua negara dan pihak antarabangsa … Read moreRamai penduduk Gaza alami kanser hasil serangan Zionis.

Barhoum: Abbas beri perlindungan rasmi kepada perasuah.

Rabu , 07/04/2010 –Fauzi Barhoum, jurucakap HAMAS menganggap pendedahan yang dilakukan mutakhir ini berkenaan dengan kes-kes keruntuhan akhlak, penyelewengan kewangan dan pentadbiran serta menjadi tali barut Zionis di kalangan para pemimpin Fath di Tebing Barat menegaskan lagi betapa kebejatan akhlak dan keruntuhan semangat nasionalisme di kalangan pihak berkuasa tersebut. Beliau menegaskan dalam satu kenyataan akhbar … Read moreBarhoum: Abbas beri perlindungan rasmi kepada perasuah.

Israel menahan kira-kira 400 orang kanak-kanak Palestin di penjara.

Rabu , 07/04/2010 –Isnin lalu, Pusat Hak Asasi Manusia Palestin mengatakan bahawa hampir 400 orang kanak-kanak Palestin telah ditahan di penjara Israil, telah menjadi mangsa siksaan dan kekerasan yang dilakukan oleh tentera Zionis. Pusat Hak Asasi Manusia ‘Sawasiya’, mengatakan di dalam sebuah sidang akhbar bahawa tentera zionis Israel masih mengurung kanak-kanak tersebut di penjara, dan … Read moreIsrael menahan kira-kira 400 orang kanak-kanak Palestin di penjara.