All posts by admin

87 Perjanjian dan Ketetapan Berkaitan Isu Palestin Oleh PBB


Majlis Pertahanan Bangsa-bangsa Bersatu telah melaporkan tidak kurang daripada 87 perjanjian berkenaan Palestine sejak tahun 1948.

Keputusan yang dibuat memfokuskan tentang pencapaian keamanan di bahagian Timur Tengah, Keputusan-keputusan tersebut melibatkan keadaan situasi kependudukan pengganas, termasuklah Jerusalem, kerahan tenaga tentera Israel yang haram, dan serangan Israel terhadap Palestine sebagai sasaran.
Continue reading 87 Perjanjian dan Ketetapan Berkaitan Isu Palestin Oleh PBB

HARDtalk bersama Khaled Meshaal

Temuramah ini telah dijalankan di sebuah lokasi rahsia di Beirut, di bawah kawalan yang ketat.

En. Meshaal telah berbicara di dalam Bahasa Arab, di mana ia telah diterjemahkan kepada Bahasa Inggeris (untuk teks asal transkrip ini). Transkrip ini telah diambil daripada rakaman vhs temubual tersebut. Kami telah mencuba sebaik mungkin untuk memastikan ketepatan transkrip ini dengan temubual berkenaan.

Continue reading HARDtalk bersama Khaled Meshaal

Berkongsi Isu Palestin Dengan Bukan Islam


Pertama-tamanya, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang sedang menganjurkan Minggu Palestin atau Palestinian Week 2004 yang akan berakhir 19 April ini. Sesungguhnya program-program yang dirancang pada kali ini telah diberi nafas baru demi meniupkan kesedaran yang diteruskan dengan tindakan, khususnya di kalangan warga Taman Ilmu dan Budi sendiri. Malah, saya amat yakin bahawa program Video and Talk Show semalam yang menampilkan Dato? Dr. Jemilah Mahmood sebagai panelis tunggal dan saudara Nizal Mohamad sebagai moderator, telah memberikan kesan yang sangat mendalam kepada semua hadirin.

Continue reading Berkongsi Isu Palestin Dengan Bukan Islam

Penjajah Israel Larang Azan Dilaungkan Di Masjid Al-Ibrahimi As-Syarif


AL-KHALIL, Pihak Berkuasa Penjajah Zionis melalui arahan tentera yang zalim yang dikeluarkan pada hari Selasa 30/3/2004 telah melarang azan dilaungkan di masjid Al-Ibrahimi As-Syarif di bandar Al-Khalil semasa penduduk-penduduk Yahudi yang menetap di 4 pusat penempatan Yahudi di bandar itu mengerjakan sembahyang supaya tidak mengganggu mereka mengikut dakwaan yang mereka kemukakan mengenai perkara ini.

Continue reading Penjajah Israel Larang Azan Dilaungkan Di Masjid Al-Ibrahimi As-Syarif

Buka Pintu Jihad Lawan Zionis

KAHERAH, 20/4/2004 ? Mursyid ‘Am Ikhwanul Muslimin, Al-Fadhil Ustaz Mahdi Akef menyeru para pemerintah Arab supaya membuka jalan bagi rakyatnya; agar dapat membalas kebiadaban zionis Israel terhadap segala yang berbau Arab dan Islam.

Pernyataan ini disampaikan oleh Mursyid Ikhwan kepada stesyen Aljazeera selepas pembunuhan keji oleh helikopter penggempur zionis Israel ke atas Dr. Abdul Aziz Rantisi. Akef menegaskan bahawa tidak ada lagi ruang untuk berkata-kata tetapi yang wajib dilakukan adalah kerja nyata.

Continue reading Buka Pintu Jihad Lawan Zionis

Pengganti Rantisi Dirahsiakan

GAZA, 19/4/2004 ? Gerakan Hamas mengumumkan telah memilih pengganti Dr. Abdul Aziz Rantisi yang dibunuh Israel sebagai pemimpin di Gaza, pada hari Ahad (18/04) dan merahsiakan namanya atas pertimbangan keselamatan.

Selepas gugurnya Rantisi, Khalid Mishal, pemimpin umum Hamas meminta anggota Hamas di Genting Gaza mengganti secara langsung posisi Rantisi namun namanya mestilah dirahsiakan. Perkara ini disampaikan Mishal berulang-ulang, ketika diwawancara oleh TV Al Jazeera. “Jangan kalian publisitikan namanya!!” tegas Mishal.

Continue reading Pengganti Rantisi Dirahsiakan

Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisi Syahid Dibunuh Israel

GAZA, 18/4/2004 ? Pemimpin karismatik Hamas yang semenjak sekian lama menjadi sasaran Israel ini akhirnya gugur syahid pada Sabtu petang (17/04) bersama tiga orang lainnya di jalan Jala, Gifafi, utara Genting Gaza dalam sebuah serangan udara Israel yang mengebom kenderaan yang mereka naiki dengan dua buah peluru perpandu.

Dr. Jam’ah Saqo, Pengarah Hospital As-Syifa menyatakan, Dr. Abdul Aziz Rantisi gugur syahid akibat kecederaan serius di bahagian dada dan lehernya. Di samping beliau, tiga lagi warga Palestin yang lain gugur syahid. Ketiga-tiga orang mangsa itu ialah Akram Nassar (ajudan), Muhammad Abu Namus dan sseorang lagi yang belum diketahui identitinya.

Continue reading Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisi Syahid Dibunuh Israel