Pelarian Palestin di Brazil minta antarabangsa masuk campur.

Jumaat , 23/10/2009 – Para pelarian Palestin di Brazil mengeluh di atas kesulitan meraka alami kepada pihak PBB. Para pelarian masih lagi menantikan kerajaan Brazil untuk menunaikan janji-janji mereka seperti jaminan kesihatan, bantuan pendidikan dan sosial. Seramai 120 orang pelarian warga Palestin menetap di Brazil setelah mereka di usir secara paksa. Para pelarian turut memohon kepada PBB untuk dipindahkan ke negara lain yang dapat menjamin kehidupan mereka dengan lebih baik. 

Read morePelarian Palestin di Brazil minta antarabangsa masuk campur.

Hamas: Kami komited kepada pendamaian tetapi Mesir ?

Jumaat , 23/10/2009 – Pergerakan Hamas menegaskan pada Rabu lepas bahawa mereka ingin menamatkan perpecahan di antara rakyat Palestin dan komited kepada persetujuan yang di capai di Kaherah, tetapi beliau menambah bahawa masalah sebenarnya timbul pada penambahan dan penggubalan yang dibuat ke atas kertas kerja penyatuan Mesir yang tidak di bahaskan sebelum ini.

Read moreHamas: Kami komited kepada pendamaian tetapi Mesir ?

Rezqa: Serangan Abbas terhadap Hamas merupakan upaya untuk membela diri.

Rabu , 21/10/2009 – Dr Yousuf Rezqa, penasihat politik perdana menteri Palestin di Gaza Sabtu lalu menyatakan bahawa kenyataan pedas Mahmoud Abbas terhadap Gerakan Hamas hadir ketika ketika beliau tidak berupaya membela diri selepas skandal politiknya tersebar disebabkan kedudukannya dalam laporan Goldstone.

Read moreRezqa: Serangan Abbas terhadap Hamas merupakan upaya untuk membela diri.

Abdun Nasher Farawnah, 28 tahun di penjara Israel.

Isnin , 19/10/2009 – Menurut seorang bekas tahanan, Abdun Nasher Farawnah, Utsman Ali Hamdan merupakan seorang tahanan berpangkat tinggi telah dipenjara selama 27 tahun dan kini masih lagi dipenjarakan oleh Zionis-Israel. utsman ditahan pada 15/10/1982 kerana bekerjasama dengan Fatah menentang Zionis-Israel. Utsman yang mempunyai 7 orang anak yang mana Naji, 37 tahun merupakan yang tertua manakala Nadhal, 27 merupakan anak bongsu.

Read moreAbdun Nasher Farawnah, 28 tahun di penjara Israel.

Khudari menyeru bantuan konvoi terbesar untuk Gaza sebelum musim sejuk.

Jumaat , 16/10/2009 –Ahli Parlimen berkecuali, Jamal Al-Khudari telah mendesak masyarakat dunia yang mewakili pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia, aktivis keamanan antarabangsa, agensi dan parlimen untuk memulakan kempen keamanan dan bantuan terbesar untuk para penduduk yang terkepung di Gaza bagi membantu mereka mengatasi keadaan musim sejuk yang semakin buruk.

Read moreKhudari menyeru bantuan konvoi terbesar untuk Gaza sebelum musim sejuk.

Penduduk halang tentera Zionis bina tembok penghadang.

Jumaat, 16/10/2009 – Pada tengah malam semalam (Isnin 12/10), satu pasukan tentera Zionis menyerbu ke pintu masuk perkampungan al-選sawiyyah di bandar al-Quds. Pasukan tentera ini diiringi oleh treler yang membawa bongkah-bongkah simen dengan ketinggian 4 meter, bertujuan untuk menutup jalan utama yang menyambung kampung al-選sawiyyah dengan kampung-kampung Arab lain sehingga bandar lama al-Quds. Mengetahui keadaan tersebut, sekumpulan anak-anak muda segera menyerang tentera Zionis tersebut serta menyerbu treler, menurunkan pemandunya dan merampas kuncinya. Setelah pihak tentera Zionis tidak lagi berjaya mengawal keadaan, mereka mengadakan rundingan dengan ketua kampung dan akhirnya persetujuan dicapai agar kunci treler dikembalikan dengan syarat mereka berundur dari kampung tersebut.

Read morePenduduk halang tentera Zionis bina tembok penghadang.