Bahar sambut tahanan yang dipindahkan.

Khamis,  28/05/2009 – Ketua Dewan Perundangan Dr . Ahmad Bahar menyambut kedatangan tahanan Palestin Mahmud Azzam yang berasal dari Tebing Barat yang telah dipindahkan ke Gaza setelas lengkap penahanannya selama 12 tahun. Ini salah satu tindakan Zionis Israel yang sengaja mendatangkan masalah. Tindakan Zionis Israel jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Bahar memuji semangat para tahanan yang … Read moreBahar sambut tahanan yang dipindahkan.

Dua nelayan Palestin dilarikan tentera laut Israel, mati di pesisir Gaza.

Khamis,  28/05/2009 – Tentera-tentera laut Israel telah menculik dua nelayan Palestin pagi Selasa lalu di selatan Semenanjung Gaza. Sumber-sumber tempatan berkata, dua lelaki itu diculik ketika mereka berhenti berhampiran dengan bot tentera-tentera Israel kemudiannya dibawa ke satu lokasi yang tidak dikenali.

Read moreDua nelayan Palestin dilarikan tentera laut Israel, mati di pesisir Gaza.

(Terkini) Rakyat Palestin tertekan dengan Tembok Annexation !

Rabu,  27/05/2009 – Pembinaan Tembok Annexation Israel di atas tanah keluarga Khatib telah menyebabkan 24 anggota keluarga itu berada di wilayah Israel Wall, di mana mereka dikawal dan ditahan dalam rumah. Tiada mana-man ahli keluarga itu terlibat dengan jenayah, tetapi tentera Israel mengawal mereka di bawah penahanan dalam rumah kerana tentera Israel telah membina tembok dengan keluarga tersebut berada dibahagian wilayah Israel.

Read more(Terkini) Rakyat Palestin tertekan dengan Tembok Annexation !

Sesiapa yang diam terhadap kepungan dan kezaliman ke atas Gaza, bukan seorang yang bebas.

Selasa,  26/05/2009 – Fernando Rossi, seorang senator Itali dan ketua konvoi ‘The Hope’ dari Eropah mengutuk keras kepungan Zionis terhadap Semenanjung Gaza, juga sikap berdiam diri yang ditunjukkan oleh seluruh dunia terhadap kemelaratan kemanusiaan yang sedang mengancam nyawa satu juta setengah rakyat Palestin di Gaza.

Read moreSesiapa yang diam terhadap kepungan dan kezaliman ke atas Gaza, bukan seorang yang bebas.

Hamas : Pertemuan Abbas-Obama hanya bersifat menanggung kemelaratan dan kerugian Abbas.

Selasa,  26/05/2009 – Gerakan Hamas, menegaskan jangan terlalu berharap dengan hasil pertemuan Mahmud Abbas dan Presiden Amerika, Barack Obama. Pertemuan tersebut merupakan penyempurnaan dari tindakan Abbas yang hanya dilihat meraih simpati atas kerugiannya selama ini kepada AS dan Zionis.

Read moreHamas : Pertemuan Abbas-Obama hanya bersifat menanggung kemelaratan dan kerugian Abbas.

Bekas Mufti Mesir: Siapa perintah kepung Palestin dan musnahkan terowong, turut berdosa dan tali barut Zionis.

Selasa,  26/05/2009 – Shaikh Nasr Farid Wasil, bekas mufti Mesir mengutuk penerusan penutupan sempadan antara Semenanjung Gaza dengan Mesir oleh regim Mesir untuk tahun ketiga berturut-turut. Beliau menganggap usaha untuk mengukuhkan kepungan itu sebagai perang yang diisytiharkan terhadap negara Islam dan sokongan kepada musuh.

Read moreBekas Mufti Mesir: Siapa perintah kepung Palestin dan musnahkan terowong, turut berdosa dan tali barut Zionis.

Kerajaan Palestin menyeru Mesir benarkan ‘konvoi harapan Eropah’ ke Gaza.

Isnin,  25/05/2009 – Kerajaan Palestin yang diketuai Ismail Haneyya pada hari Ahad lalu meminta kerajaan Mesir untuk membenarkan orang Eropah konvoi mengelilingi Semenanjung Gaza. Beliau dalam kenyataannya terkejut dengan ketegasan pihak berkuasa Mesir yang menghalang konvoi tersebut meskipun ia merupakan misi kemanusiannya.

Read moreKerajaan Palestin menyeru Mesir benarkan ‘konvoi harapan Eropah’ ke Gaza.

Abu Marzuq: Mesir terlibat dua kali tangani pembentukan semula PLO, harap terlibat juga untuk kali ketiga.

Khamis,  21/05/2009 – Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, Musa Abu Marzuq menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh menafikan peranan Mesir yang mendokong isu Palestin. Beliau berharap Mesir dapat menangani isu Pergerakan Pembebasan Palestin (PLO) agar dapat merealisasikan kepentingan rakyat Palestin serta menjaga hak dan kelestarian mereka.

Read moreAbu Marzuq: Mesir terlibat dua kali tangani pembentukan semula PLO, harap terlibat juga untuk kali ketiga.