Nizal: Krisis Gaza bukan pada dana, tapi kepungan dan sekatan.

Selasa, 03/03/2009 – Muhammad Nizal, anggota Biro Politik HAMAS menegaskan tindakan mengenepikan pergerakan tersebut dan kerajaan sah di Semenanjung Gaza yang diketuai oleh Ismail Haneyya adalah tindakan yang tidak berpijak di bumi nyata dan ia juga satu petunjuk negatif yang menggambarkan dana pembangunan semula Gaza telah dipolitikkan, di samping ia adalah percubaan untuk mengugut HAMAS.

Read moreNizal: Krisis Gaza bukan pada dana, tapi kepungan dan sekatan.

HAMAS tolak program pembangunan semula Gaza dipolitikkan.

Isnin, 02/03/2009 – HAMAS menolak proses mempolitikkan isu pembangunan semula Semenanjung Gaza juga usaha untuk menghubungkannya dengan pengguguran beberapa hak rakyat Palestin yang utama. Kenyataan ini dikeluarkan pada malam sebelum berlangsungnya sidang antarabangsa mengenai pembangunan semula Gaza di Sharm al-Syeikh, Mesir.

Read moreHAMAS tolak program pembangunan semula Gaza dipolitikkan.

Festival Filem Palestin Ann Arbor membuat kemunculan pertama awal Mac.

Jumaat , 27/02/2009 – Festival Filem Palestin Ann Arbor akan membuat penampilan pertamanya pada 11 Mac 2009 jam 8 pm di pusat teater termasyhur iaitu di Michigan Theatre Ann Arbor, Michigan.  Sebagai satu dari beberapa festival filem Palestin untuk mengambil bahagian di Midwest Amerika Syarikat, Festival Filem Palestin Ann Arbor semestinya bakal menarik perhatian penggiat-penggiat seni dan rakyat Palestin.

Read moreFestival Filem Palestin Ann Arbor membuat kemunculan pertama awal Mac.

Mangsa kepungan Israel meningkat ke 291 pesakit.

Jumaat , 27/02/2009 – Mangsa akibat kepungan Israel telah meningkat ke 291 jumlah pesakit selepas kematian seorang pesakit yang berumur 30 tahun bernama Hossam Helles daripada Shujaiyeh , timur Gaza. Di dalam sebuah kenyataan yang di terima oleh PIC, Kementerian Kesihatan Palestin berkata tentera rejim Zionis telah menafikan hak pesakit untuk menerima rawatan di luar … Read moreMangsa kepungan Israel meningkat ke 291 pesakit.

HAMAS dan Fatah capai persetujuan.

Khamis , 26/02/2009 – HAMAS dan Fatah mengumumkan persetujuan persefahaman telah dicapai mengenai dialog keamanan nasional yang akan menamatkan secara menyeluruh semua serangan media yang berlaku di antara kedua-dua belah pihak. Ia juga akan memberhentikan tangkapan politik dan berjanji untuk memberikan komitmen sepenuhnya kepada pembebasan keseluruhan tahanan.

Read moreHAMAS dan Fatah capai persetujuan.

Hamas: Bersatu melindungi al-Quds dan Masjid al-Aqsa.

Rabu , 25/02/2009 – Hamas melalui Briged al-Qassam dan semua kumpulan pejuang Palestin menyeru supaya seluruh rakyat Palestin dalam membela al-Quds, Masjid al-Aqsa dan penduduk di sekitar al-Quds. Ini kerana gerakan membina penempatan baru yahudi di kawasan itu semakin rancak. Dalam satu kenyataan, Zionis-Israel perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan atas apa yang telah mereka lakukan.

Read moreHamas: Bersatu melindungi al-Quds dan Masjid al-Aqsa.

HAMAS: Kami tetap pertahankan rakyat Palestin, al-Quds dan masjid al-Aqsa.

Rabu , 25/02/2009 – HAMAS menyeru anggota-anggota Briged al-Qassam dan seluruh kumpulan pejuang Palestin yang lain untuk menyatukan barisan mereka dan bersiap sedia dengan segala kemampuan ketenteraan yang ada bagi mempertahankan rakyat Palestin dan tanah suci mereka, setelah beberapa perancangan Zionis yang mahu menjadikan al-Quds bandar Yahudi dan mengusir penduduknya terbongkar.

Read moreHAMAS: Kami tetap pertahankan rakyat Palestin, al-Quds dan masjid al-Aqsa.