Kerajaan Sementara Berusaha Untuk Menyambungkan Rangkaian Elektrik.


Jumaat, 28/03/08 Setiausaha Agung kabinet kerajaan sementara PA, Dr. Mohamed Awad menyatakan kerajaannya sedang berusaha untuk menyambungkan rangkaian elektrik Gaza dengan Mesir untuk menamatkan penderitaan rakyat Gaza dan krisis tenaga yang disebabkan oleh sekatan dariapda pihak Israel.“Pihak kerajaan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk tujuan ini dan fasa pertama projek ini yang menghubungkan Gaza dan Mesir akan dilaksanakan nanti”, katanya semasa lawatan ke pejabat Pihak Berkuasa Tenaga dan Sumber Asli di Gaza.

Read moreKerajaan Sementara Berusaha Untuk Menyambungkan Rangkaian Elektrik.

Khaled Mishaal gesa Negara-negara Arab menyokong deklarasi Sana’a.


Khamis, 27/03/08 –
Pemimpin kanan Pergerakan Hamas dan ketua Biro Politiknya, Khaled Mishaal berkata beliau telah menghubungi beberapa orang pegawai dan pemimpin negara –negara Arab dengan tujuan untuk menjelaskan berkenaan intipati deklarasi Sana’a dan memohon sokongan mereka.Pergerakan Hamas dan Fatah menandatangani inisiatif Yaman pada Ahad lepas, di Bandar Sana’a dibawah kelolaan Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh, yang menggesa dialog nasional diantara dua buah kumpulan besar di arena Palestin itu dalam usaha untuk menghentikan pergeseran politik diantara mereka.

Read moreKhaled Mishaal gesa Negara-negara Arab menyokong deklarasi Sana’a.

Cheney: Hamas Perlu Melepaskan Kekuasaannya di Gaza.


Selasa, 25/03/08 –
Wakil Presiden Amerika Syarikat, Dick Cheney menyatakan sebarang perdamaian antara Abbas dan Gerakan Pejuang Islam Hamas harus dengan syarat Hamas melepaskan kekuasaannya di Semenanjung Gaza. Hal tersebut dinyatakan Cheney
menjelang pertemuannya dengan Presiden Palestin Mahmud Abbas, Isnin (24/03).

Read moreCheney: Hamas Perlu Melepaskan Kekuasaannya di Gaza.

Hamadan: Hamas tidak akan merayu untuk bermesyuarat bersama Mahmoud Abbas


Khamis, 21/03/08 – Osama Hamdan, ahli biro politik Hamas, menafikan berkenaan dengan kedudukan mereka yang perlu merayu untuk mesyuarat bersama ketua PA, Mahmoud Abbas bersempena persidangan Arab yang akan diadakan di Damascus, tetapi menyeru untuk dialog nasional yang komprehensif dan tidak bersyarat.Di dalam kenyataan akhbarnya kepada Quds Press, saluran komunikasi adalah diantara Hamas dan Liga Arab.

Read moreHamadan: Hamas tidak akan merayu untuk bermesyuarat bersama Mahmoud Abbas

Ketua Parlimen Palestin Hafal Al-Quran di Penjara.


Rabu, 19/03/08 –

Pusat Kajian “Ahrar” untuk Tahanan Palestin memaklumkan bahawa Dr. Aziz Dweik, Ketua
Parlimen Palestin yang ditahan oleh pihak Zionis Israel telah menghafal Al-Quran secara tuntas dan jayanya. Beliau melakukan tasmi? (mendengarkan hafalan Al-Qur’an dihadapan seorang syeikh) secara sempurna dan bertajwid.

Read moreKetua Parlimen Palestin Hafal Al-Quran di Penjara.