Rejim Zionis cederakan berpuluh2 penduduk Gaza yang membantah “Perjanjian Abad Ini”.

Jumaat, 31-01-2020 – Puluhan penduduk Palestin cedera pada hari Selasa disebabkan peluru dan bom Israel ketika rejim Zionis (IOF) menyerang sebuah demonstrasi yang mengutuk “perjanjian abad ini” di utara Semenanjung Gaza. Sumber-sumber tempatan berkata bahawa rakyat Palestin berarak dekat Beit Hanoun menyeberangi utara Semenanjung Gaza dengan menolak “perjanjian abad ini”. Seorang pemuda Palestin dicederakan oleh … Read moreRejim Zionis cederakan berpuluh2 penduduk Gaza yang membantah “Perjanjian Abad Ini”.

Hamas: Perjuangan Dengan Segala Cara Mampu Lindungi Hak Palestin

Jumaat, 31-01-2020 – Hamas menyatakan bahawa perjuangan dengan segala cara, terutama perlawanan bersenjata mampu untuk melindungi hak Palestin di tengah tindakan Amerika yang berusaha menghapuskan konstitusi nasional Palestin di Al-Quds, hak kembali pelarian serta mendirikan negara Palestin berdaulat. Anggota biro politik Hamas, Husam Bandran menyatakan penolakan terhadap ‘Deal of Century’ dan menegaskan penglibatan dalam kempen … Read moreHamas: Perjuangan Dengan Segala Cara Mampu Lindungi Hak Palestin

Haneya menyeru mesyuarat nasional bagi menghadapi rancangan Amerika

Jumaat, 31-01-2020 – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneyya telah menegaskan bahasa Gerakkan beliau akan menolak “Kesepakatan Abad Ini” oleh Washington yang akan diumumkan kelak dan memberi bayangan bahawa ini adalah “pertempuran yang mewajibkan rakyat Palestin untuk berjuang” ” Palestin adalah tanahair kita dan permata berharga buat negara yang tidak boleh dijual beli,” kata beliau … Read moreHaneya menyeru mesyuarat nasional bagi menghadapi rancangan Amerika

Pegawai Hamas memuji sokongan Malaysia terhadap warga Palestin

Jumaat, 31-01-2020 – Pegawai Kanan Hamas Ezzat al-Resheq memuji kerajaan Malaysia dan rakyatnya atas peranan mereka menyokong perjuangan Palestin menentang penindasan oleh Israel. Dalam satu kenyataannya kepada PIC, al-Resheq berkata yang delegasi Hamas ke Malaysia, yang diketuai oleh Ismail Haneyya, menerima sambutan hangat dan mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamed dan timbalannya Wan … Read morePegawai Hamas memuji sokongan Malaysia terhadap warga Palestin

Rejim Israel rampas jentera berat dari tapak pembinaan dekat al-Khalil.

Rabu, 29-01-2020 – Tentera rejim Israel merampas jentera berat yang sedang digunakan untuk kerja-kerja membaikpulih di sebuah sekolah untuk penduduk Palestin yang terletak di perkampungan Susya, selatan al-Khalil. Ketua Majlis Kampung Susya, Jehad al-Nawaj’a berkata bahawa tentera rejim menyerbu sekolah Susya, merampas sebuah jentolak dan sebuah jenkaut serta membawa jentera tersebut ke tempat yang tidak … Read moreRejim Israel rampas jentera berat dari tapak pembinaan dekat al-Khalil.

Rejim Zionis gempur Sebastia, bertembung dengan penduduk Palestin.

Rabu, 29-01-2020 – Pertembungan ganas tercetus pada hari Isnin apabila pasukan rejim Zionis (IOF) menyerbu bandar Sebastia di utara bandar Nablus di Tebing Barat. Datuk Bandar Sebastia Mohammed Azem berkata ketegangan berlaku di Sebastia selepas berpuluh-puluh askar IOF, yang disertai oleh anggota Knesset, menyerbu bandar itu. Azem mengatakan bahawa pertempuran ganas berlaku di mana penduduk … Read moreRejim Zionis gempur Sebastia, bertembung dengan penduduk Palestin.

PBB seru penamatan sengketa di Gaza.

Selasa, 28-01-2020 – PBB telah menyeru bagi mengangkat sekatan di Jalur Gaza dan mencari penyelesaian bagi penderitaan penduduk Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis. Kenyataan tersebut datang dari sidang akhbar yang berlangsung pada selasa yang lalu oleh jurucakap PBB, Stephane Dujarric di ibu pejabat antarabangsa di New York. Dujarric berkata, seruan bagi mengangkat persengketaan di … Read morePBB seru penamatan sengketa di Gaza.

Palestin seru boikot ekspo Dubai.

Selasa, 28-01-2020 – Kempen Boikot – Palestin (BCP) mengecam Emiriah Arab Bersatu (UAE) kerana membenarkan rejim Israel mengambil bahagian dalam Ekspo 2020 di Dubai, Oktober depan. Israel telah mula membuat persiapan dan mempromosikan kehadiran mereka di acara tersebut.  BCP mengulangi seruan pihaknya kepada semua negara dan pihak-pihak yang berhasrat untuk menyertai acara itu agar memboikot … Read morePalestin seru boikot ekspo Dubai.

Haneya ketuai delegasi Hamas ke KL

Selasa, 28-01-2020 – Satu perwakilan dari Gerakan Pembela Islam, Hamas, yang diketuai oleh ketua biro politik gerakan tersebut Ismail Haneyya, tiba pada hari Selasa di Kuala Lumpur untuk bertemu dengan pegawai-pegawai Malaysia. Hamas berkata dalam satu kenyataan rasmi bahawa kunjungan itu adalah sebahagian daripada usaha politik yang dilakukan oleh gerakan itu untuk menggerakkan semua bentuk … Read moreHaneya ketuai delegasi Hamas ke KL

Penduduk Haram Israel Cemar Masjid Aqsa

Rabu, 22-01-2020 – Puluhan peneroka haram Yahudi pada hari Ahad pagi mencemari Masjid Aqsa di bawah perlindungan polis yang ketat. Menurut sumber media tempatan, kira-kira 130 peneroka haram memasuki Masjid melalui pintu al-Maghariba dan melawat halamannya diiringi polis. 32 pelajar institusi agama dan universiti adalah di antara mereka.Beberapa peneroka dilihat melakukan ritual Talmud di kawasan … Read morePenduduk Haram Israel Cemar Masjid Aqsa

4 warga Palestin diculik rejim Zionis di Tebing Barat dan Baitul Maqdis.

Rabu, 22-01-2020 – Rejim Zionis (IOF) pada awal pagi Ahad lalu telah menculik sekurang-kurangnya 14 warga Palestin, termasuk seorang guru wanita, kebanyakannya dari rumah mereka di Tebing Barat dan Baitulmaqdis. Menurut sumber tempatan, IOF menculik empat belia lelaki yang dikenal pasti sebagai Amr Abu Haneyya, Nidhal Saleem, Mansour Saleem, dan Husam Suwaidan di pusat pemeriksaan … Read more4 warga Palestin diculik rejim Zionis di Tebing Barat dan Baitul Maqdis.

Untuk kali ketiga dalam satu minggu, Israel menyebabkan kawasan pertanian Gaza banjir

Rabu, 22-01-2020 – Untuk kali ketiga berturut-turut dalam satu minggu, rejim Israel (IOA) pada pagi Sabtu membanjiri tanah yang diusahakan dengan air hujan di timur Semenanjung Gaza setelah empangan dibuka. Menurut kementerian pertanian Palestin, IOA sengaja membuka empangan menyebabkan air hujan membanjiri kawasan pertanian di kejiranan Shuja’iyya di timur Kota Gaza. Ia mengakibatkan lebih 1,000 … Read moreUntuk kali ketiga dalam satu minggu, Israel menyebabkan kawasan pertanian Gaza banjir

Israel Robohkan 4 Rumah Penduduk Palestin Di Al-Quds

Rabu, 22-01-2020 – Pihak Mahkamah Israel mengeluarkan keputusan merobohkan 4 buah rumah penduduk Palestin di kawasan Wadhi Hims kota Shurbaher, Al-Quds Tenggara. Mahkamah Israel menyetujui perobohan rumah milik warga Palestin, Naim Aliyah, Usamah Hamad, Muhammad Abu Thair dan sebuah kedai 3 tingkat milik Naim Athras. Pada 22 Julai tahun lalu, pasukan Israel merobohkan 22 bangunan … Read moreIsrael Robohkan 4 Rumah Penduduk Palestin Di Al-Quds

Pendatang Asing Membanjiri Aqsa, Rakyat Palestin Terus Disekat

Isnin, 20-01-2020 – Puluhan warga Yahudi memasuki Masjid al-Aqsa dan dikawal ketat oleh pengawal keselamatan, sedangkan kemasukan rakyat Palestin disekat dan semakin diperketatkan sekatan tersebut. Jabatan Awqaf Islam, Baitulmuqdis berkata bahawa 148 warga Israel, termasuk 7 pegawai risikan, memecah masuk Masjid al-Aqsa pada awal pagi. Para penceroboh tersebut melakukan ritual Talmud dan menjelajah tempat itu … Read morePendatang Asing Membanjiri Aqsa, Rakyat Palestin Terus Disekat

Rejim Zionis paksa roboh rumah rakyat Palestin

Isnin, 20-01-2020 – Dua rakyat Palestin terpaksa merobohkan rumah mereka di Baitulmuqaddis pada hari Rabu atas perintah rejim zionis. Sumber tempatan mengatakan bahawa rakyat Palestin Mousa Bashir dan Ammar Nassar meruntuhkan rumah mereka sendiri di bandar Jabal al-Mukabber di Jerusalem Dijajah. Rejim zionis sudah lama bersikap demikian terhadap banyak keluarga Palestin di Jerusalem Dijajah untuk … Read moreRejim Zionis paksa roboh rumah rakyat Palestin