Pihak Mahkamah Israel Memanjangkan Tempoh Penahanan Samer

Khamis, 24-10-2019 – Pihak Mahkamah penjajah Israel pada hari Selasa (22/10/2019), memanjangkan tempoh penahanan Samer Arabeed selama lapan hari lagi.Badan Hak Asasi Manusia Palestin yang prihatin dengan isu tahanan “Al-Dhamir”, mengambil pernyataan dari para doktor di Hospital Hadassah, yang mengatakan, “Tahanan Palestin Samer Arabeed menderita pneumonia dan ada sedikit peningkatan fungsi buah pinggang.”

Penjajah Israel masih terus melakukan soalsiasat terhadap beliau di unit rawatan intensif(ICU) Hospital Hadassah.

Pada hari Selasa (15/10/2019), satu sidang akhbar dijalankan di Hospital Hadassah untuk Samer Arabeed. Beliau dibawa ke hospital akibat penyiksaan yang dialaminya di pusat penyiasatan Maskobiyya.

Pada 25 September 2019 lalu, pasukan penjajah Israel menangkap Samer Arabeed di depan tempat kerjanya, ketika itu mangsa ada bersama isterinya. Samer Arabeed (44 tahun), dipindahkan ke hospital dalam keadaan kritikal setelah disiksa dengan kejam oleh para penyiasat Shin Bet.

Sumber media israel menyatakan bahawa tahanan Samer Arabeed mengalami luka parah, setelah menjalani soalsiasat militan Israel, Shin Bet dan mengalami penyiksaan yang sangat kejam. Hal itu dilakukan berdasarkan prosedur yang disebut “memenuhi keperluan” yang mengizinkan “tindakan kekerasan fizikal terhadap tahanan untuk mencegah operasi lain yang sedang dirancang.

Surat khabar “Haaretz” mengatakan bahawa Shin Bet telah memperolehi persetujuan dari otoriti keadilan bagi mempraktikkan cara yang dilarang untuk menyoalsiasat Samer.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman