Iran Ugut Bom Israel Jika …


Jumaat, 21/09/07 –

Pegawai tertinggi tentera udara Iran berkata, pelancar peluru berpandu mampu mengebom Israel jika ia menyerang Iran.

Agensi Berita Parsi Iran memetik dari komander Muhammad Alawi, timbalan komander tentera udara Iran sebagai berkata, tentera Iran telah merancang untuk menyerang balas sebarang kemungkina serangan dari Israel.

Alawi berkata, “setiap inci wilayah Israel berada di dalam jangkauan sasaran peluru berpandu dan bom Iran”.

Menteri Pertahanan Iran, Mustafa Muhammad Najjar telah menjelaskan Rabu lalu kepada Agensi Irna Iran bahawa negaranya “menjaga pilihan terbuka untuk membalas sebarang kemungkinan ancaman”. Iran juga pernah mengugut bahawa Israel akan menjadi sasaran pertamanya sekiranya Amerika Syarikat menyerang Tehran.

Washington mengecam kenyataan pegawai tentera Iran itu sambil menganggap ia menunjukkan kepada “niat Iran untuk melakukan provokasi”.

Jurucakap Rumah Putih, Dana Birinu berkata, “saya percaya kata-kata yang dipetik dari Iran adalah tidak berfaedah dan tidak membina. Malahan ia lebih kepada provokasi”. Tambah beliau, “Israel tidak cuba untuk berperang dengan jiran-jirannya”.

Dalam pada itu, Nicholas Perenz, Timbalan Menteri Luar Amerika, Condoleezza Rice menyeru negara-negara yang mempunyai hubungan perdagangan dengan Iran supaya mengurangkan aktiviti itu “supaya Tehran kembali ke meja rundingan” bagi memibincangkan program nuklearnya.

Perenz berkata kepada pemberita ketika melawat ibu negara Turki, Ankara, “tidak masuk akal untuk mengumumkan tentang rundingan petroleum dan gas dalam tempoh yang panjang, sedangkan Iran telah maju ke hadapan mengkaji senjata nuklearnya”.

1 thought on “Iran Ugut Bom Israel Jika …

  1. Well, to soon to say if it’s good, but at least it’s well designed.
    I mean I thought I would be blocked after adding some interests, but the site helps you to add more.Cheers

Comments are closed.