Salam Fayyadl menyeleweng wang bantuan Gaza ?

Rabu, 11/02/2009 – Sumber dalaman Organisasi Nasional bagi Bantuan Gaza yang dibentuk oleh pihak berkuasa di Ramallah telah mempersoalkan kehilangan dana bantuan yang dikumpulkann dari Tebing Barat untuk penduduk di Gaza. Penyelewengan itu dilakukan oleh Salam Fayyadl setelah dana itu dibekukan dalam akaun peribadinya di bank dan menolak untuk memindahkan atau mencairkannya meskipun hanya satu dolar.

Sumber media Palestin yang diambil dari anggota Organisasi Bantuan yang tidak mahu dikenali berkata organisasi itu dibentuk olehh Menteri Kesihatan, Fathi Abu Mughli dan Menteri Sukan, Tahani Abu Diqah termasuk wakil-wakil dari sektor swasta dan NGO melakukan pengumpulan bantuan daripada para penduduk dan institusi, kerajaan atau swasta di Tebing Barat hingga dana yang terkumpul melebihi 16 juta dolar.

Sumber menyatakan Fayyad mengalami krisis kewangan sehingga menolak untuk memindahkan dana melalui beberapa badan kebangsaan yang mempunyai wakil di Genting Gaza dan beliau berkeras untuk memindahkan dana melalui “saluran khas” kepada mangsa.

Anggota organisasi ini menegaskan Fayyad telah berjanji untuk memindahkan dana kepada warga Palestina di Gaza setelah perang berakhir. Tetapi beliau yang mengadapi krisis dan defisit dalam sumber kewangannya memilih untuk menggunakan dana bantuan tersebut bagi menutup masalah mereka di Tebing Barat.

sumber : COMES
penterjemah : hijjaz79

1 thought on “Salam Fayyadl menyeleweng wang bantuan Gaza ?

Comments are closed.