Catatan perjalanan: Dari Ipoh ke Gazza #1

oleh Ir Megat Shariffudin Ibrahim

Semuanya seperti berhenti disini. Saya hampir terlupa kezaliman yang dilakukan oleh Yahudi terhadap penduduk Gazza apabila berhadapan dengan pintu masuk ke genting Gazza yang berada di sebuah tempat bernama Rafah-sempadan antara Mesir dan genting Gazza. Pintu masuk Rafah ini menjadi bukti kepada ketidakadilan dan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Mesir terhadap penduduk Islam Gazza. Pintu masuk ke genting Gazza ini yang terletak hampir 6 jam perjalanan dari Kaherah sebenarnya merupakan salah satu dari dua pintu masuk ke genting Gazza, satu lagi pintu masuk terletak disempadan dengan Negara Haram Israel di sebuah tempat yang bernama Erezt.

Tentu sekali penduduk Gazza tidak mengharapkan Israel membuka pintu masuk yang terletak di Erezt, kerana memang tujuan Rejim Zionis selama ini untuk membunuh sebanyak mungkin penduduk Gazza ataupun menghalau saja mereka dari bumi Palestin. Ini menjadikan pintu masuk Rafah sebenarnya merupakan talian hayat kepada semua penduduk jalur Gazza.

Yang betul-betul menyedihkan saya ialah bagaimana mungkin Mesir sebagai sebuah Negara Arab yang majority penduduknya beragama Islam mempunyai sikap yang zalim dan tak berperikemanusian seperti Yahudi iaitu sepertimana yang ditunjukkan melalui tindakan-tindakan yang dilakukan pegawai-pegawai Mesir yang bertugas di pintu masuk ini. Apa yang berlaku ialah mereka cuba sedaya-upaya untuk memperlahankan atau terus menyekat segala bantuan seperti makanan, minumam, ubat-ubatan dan yang lain-lain daripada masuk ke genting Gazza. Apa yang mereka lakukan sekarang ialah samalah seperti membiarkan penduduk Gazza yang sedang menderita mati secara perlahan-lahan.

Rombongan kami juga tidak terlepas dari sikap tidak adil yang ditunjukkan oleh pegawai-pegawai Mesir yang mengawal pintu masuk Rafah ini. Rombongan kami yang terdiri daripada 7 orang ahli telah melantik Ustaz Ghani Shamsudin (mantan Pengerusi Persatuan Ulamak Malaysia) sebagai jurucakap . Bagi saya Ustaz Ghani Shamsudin merupakan calun yang terbaik sebagai jurucakap kami kerana pengalaman beliau tinggal di Kaherah selama lapan tahun dan fasih berbahasa Arab dan juga mahir dengan dialek tempatan.

Saya dapat melihat bagaimana ustaz Ghani telah berjaya berinteraksi dengan baik dengan pegawai-pegawai tentera yang menunggu di check-point-check point di sepanjang perjalanan dari tempat yang bernama Al-Arish hingga ke pintu masuh Rafah. Kami telah diingatkan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Kaherah yang kami temui bahwa pegawai-pegawai tentera di check-point ini boleh menjadi penghalang kepada kami untuk sampai ke pintu masuk Rafah, tetapi dengan kemahiran Ustaz Ghani berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan pegawai-pegawai tentera ini kami telah berjaya melepasi semua sekatan ini.

Sampai di hadapan pintu masuk Rafah ini bermulalah segala rasa kekecewaan, marah dan geram kepada kerajaan Mesir terutama sekali terhadap pegawai-pegawai Mesir yang zalim yang mengawal pintu masuk ini. Saya rasa penuh yakin bahawa rasa kecewa dan marah ini bukan saja menimpa kami tetapi juga banyak warga dari berbagai-bagai negara yang terkandas dihadapan pintu masuk ini. Kami dan semua mereka ini mempunyai tujuan yang sama iaitu ingin membantu penduduk Gazza yang sedang dalam kesengsaraan dan penderitaan yang amat sangat akibat daripada kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis (laknatullah).  Semangat yang kami yang berkobar-kobar untuk masuk ke Gazza bagaikan tidak boleh ditahan lagi.

Kami telah menyedia berbagai-bagai makanan sebagai bekalan semasa di Gazza, malah peralatan audio-visual seperti camcorder dan digital kamera kami pasti senantiasa bersama bagi merakamkan saat-saat bersejarah dan bermakna bersama penduduk Islam dan juga pejuang-pejuang Hamas. Malah saya redha kalau mati syahid di bom oleh Yahudi di bumi jihad ini-genting Gazza.

Tetapi semua impian ini musnah akibat sikap kerajaan Mesir dan pegawai-pegawai Mesir yang mengawal pintu masuk ini yang tak-bertanggungjawap dan tak berperi-kemanuasian tidak membenarkan kami masuk ke genting Gazza. Pada permulaannya ustaz Ghani telah berjaya bercakap dengan pegawai pintu masuk ini dan telah menyatakan tujuan kami iaitu untuk masuk ke genting Gazza bagi memberi bantuan kemanusian kepada penduduk Gazza.

Jawapan yang diberi agak positif iaitu kami di minta menyerahkan permit masuk ke Gazza yang disediakan oleh Duta Malaysia di Mesir dan kami disuruh tunggu untuk beberapa minit. Namun setelah menunggu berjam-jam di depan pintu masuk ini, kami masih juga tidak dibenar masuk. Ustaz Ghani cuba juga sekali lagi memujuk pegawai disini supaya kami dibenar masuk, namun masih juga gagal. Kami mengambil keptusan untuk terus mencuba walaupun terpaksa menunggu berjam-jam lagi.

Sambil menunggu dihadapan pintu masuk Rafah ini saya sempat memerhati gelagat manusia yang menunggu disini. Dan dapat saya katakan bahawa mereka semua sangat kecewa dan marah dengan sikap angkuh dan tidak adil yang ditunjukkan oleh pegawai-pegawai di pintu masuk Rafah ini. Saya juga sempat berbual dan berkongsi rasa kecewa dengan mereka sedang yang menunggu disini.

Antaranya ialah saya sempat berbual dengan seorang doktor pakar dari Pakistan. Beliau dan seorang lagi rakan doktor bersama dengan sebuah kereta “pickup” yang berisi penuh dengan ubat-ubatan dan juga peralatan pembedahan telah berada dihadapan pintu masuk Rafah ini selama 2 (dua)hari. Segala usaha mereka untuk memujuk pegawai Mesir supaya dibenarkan mereka masuk semuanya gagal. Beliau mengatakan kepada saya bagaimana pegawai Mesir bersikap begitu tidak-adil kepadanya dan rombongan walaupun niat mereka ikhlas untuk membantu penduduk Gazza dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik.

Disini saya juga berjumpa beberapa relawan daripada Indonesia. Mereka mengatakan kepada saya bahawa sebahagian dari rombongan perubatan Indonesia terpaksa menunggu selama 7 hari sebelum mereka dibenarkan masuk.
Yang menjadi kemarahan banyak orang yang menunggu disini ialah sikap pegawai-pegawai Mesir yang bertugas disini iaitu mereka tidak memberikan alasan yang munasabah sebab apa mereka tidak benarkan orang masuk ke genting Gazza. Setiap hari berbagai alasan dan polisi dibuat, semuanya untuk menghalang atau memperlahankan orang dari masuk ke genting Gazza.

Salah seorang lelaki Palestin bersama 3 orang anaknya yang masih kecil yang saya temui disini telah tunggu disni selama 3 hari untuk masuk ke genting Gazza. Saya tidak tahu bilakah mereka akan dibenarkan masuk.
All their talking is full of lies. Every day they are lying to me.

Inilah merupakan luahan hati seorang wanita, bernama Melaine, yang berketurunan Jerman yang suaminya berasal dari Gazza. Beliau, suami dan bersama dua orang anak kecil telah menunggu disini selama dua hari tetapi masih belum dapat masuk. Beliau menceritakan kepada saya bagaimana beliau dan suaminya telah melakukan bermacam -macam perkara sepertimana yang dikehendaki oleh kedutaan Mesir untuk masuk ke genting Gazza, tetapi semuanya tidak berhasil.

Kerajaan Mesir seperti menipu beliau dan suaminya. Beliau juga mengatakan kepada saya bahwa mereka sudah tidak berjumpa dengan keluarga suaminya selama dua tahun. Mereka ingin sangat berjumpa dengan keluarga di Gazza kerana ibu suaminya dalam keadaan sakit yang kuat.  Melaine juga dengan sedih menceritakan kepada saya bagaimana beliau melihat pada hari sebelumnya seorang rakyat Palestin yang ingin masuk kembali setelah mendapat rawatan tidak dibenarkan masuk ke genting Gazza oleh pegawai Mesir di pintu masuk ini. Beliau mengatakan saya bahawa beliau tidak faham bagaimana pegawai-pegawai Mesir yang beragama Islam ini boleh bersolat dan pada masa yang sama menzalimi orang – orang menunggu disni. Saya hanya mampu mengangguk dan bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Melaine.

bersambung….

5 thoughts on “Catatan perjalanan: Dari Ipoh ke Gazza #1

  1. Assalamua’laikum…kami yg membaca pun rase marah pd krjaan Mesir.kami setuju dgn Melnie, mcmane pegawai2 Mesir yg bersolat menghadap Allah, bermunajat kpd-Nya sanggup lakukan kezaliman terhadap saudara sendiri yg berjuang kerana Allah???

  2. entahla mesir…iman yang maseh tidak sempurna untuk mereka .kanak2 kecil sudah mengerti,tapi mereka maseh bodoh mengenai diri..tidak sempurna imanmu jika tidak mencintai saudara seperti mana kamu menyanyangi dirimu sendiri

  3. Assalamualaikum…rasanya sedih bile mendengar kisah ini…kenapa org melakukan sebegini terhadap org Islam….bilakah Islam ini akan bersatu jika sikap org Islam masih sebegini….semoga suatu hari nanti Islam akan bersatu dan negara Arab bersatu untuk musnahkan Israel yang durjana ini.

  4. salam…masih x faham knape diorg x tolong palestin..mesir kan dah kaya sgt..x rugi pape pon..da la dok dekat sgt ngan palestin tu..org yg duduk beribu batu jauhnye pon sanggup datang walaupun bukan beragama Islam. tapi atas dasr kemanusiaan..ni org Islam sndri x tolong saudaranya..MashaAllah..dunia..

Comments are closed.