Nasrullah : Kami bersedia bertempur dengan rejim Zionis.

Sabtu,  30/05/2009 – Dalam satu ceramah umum, pemimpin Hezbollah , Hasan Narsallah di Lebanon berkata pasukan tentera Hezbollah bersedia bagi menghalang mana-mana pencerobohan tentera orang Israel, dan menambah bahawa Iran bersedia untuk mempersenjatai rakyat Lebanon dengan peluru-peluru dan jet-jet pejuang .

“Jika pembangkang menang dalam pilihan raya di Lubnan, agendanya adalah untuk memperkuatkan pasukan tentera “, Nasrallah menyatakan, “Pilihlah pembangkang dan saya akan mengetuai anda untuk mempersenjatai askar askar Lubnan”.

Merujuk kepada pengunduran Israel daripada selatan Lubnan , Nasrallah menyatakan kemenangan untuk pembangkang di Lebanon akan membuat negara berkuasa dengan tenteranya dan pemimpin-pemimpin.

sumber : http://www.imemc.org 
penterjemah :  gunx

6 thoughts on “Nasrullah : Kami bersedia bertempur dengan rejim Zionis.

  1. Salam..
    Isu pilihan raya Lubnan dan Iran adalah yang terhangat berbanding dengan negara lain. Kemenangan Hizbullah di Lubnan akan menjadikan Lubnan menjadi semakin kuat sepertimana dengan Iran. Sebab itu musuh mereka tidak jemu mencipa pelbagai provokasi dan propaganda untuk menghancurkan mereka dari segala sudut.Allah bersama orang-orang yang benar.

  2. Salam..
    saudara tholib, apa hujah kamu mengata mereka sesat?
    Apakah mereka sembah selain Allah?
    Apakah mereka solat berkiblatkan selain Ka’bah?
    Usahlah suka menyesatkan orang lain sedangkan diri kita sendiripun belum tentu sepenuhnya nak ikut Islam.

  3. buangkan sikap tuduh mnuduh, buruk sangka

    malah Syed Nasrullah pernah bkata jikalau aku(beliau) menang mnentang yahudi serta bjaya mghapuskan zionis sepenuhnya maka seleps itu bunuhlah aku serta pengikutku wahai pengikut Sunnah(malu ku nak katakan tapi Sunnah skunk(yg bukan dari wilayah penindasan) khilangan jiwa jihad jika dibandingkn dgn pikut syiah.Malah anaknya Hadi sedekad dahulu syahid ketika berusia 18 thn

    wallahuallam

  4. salam..betul tu..
    umat islam sekarang lebih banyak mencari kesalahan daripada mencari persamaan atau sifat yang patut dicontohi..bak kata saudara jai, sifat2 jihad yang baik tu yang patut kita perbesarkan dan contohi..kita masih berpayung di bawah kalimah “laa ilah illallah”..

    kerana perpecahan umat islam jugak, fitnah melanda kita sekarang..perpaduan tu satu kewajiban kan..

    moga umat islam kembali bersatu iA

Comments are closed.