Gush Katif Kembali Tenang

Jumaat, 19/08/2005 – Israel telah mula keluar meninggalkan penempatan Yahudi di Semenanjung Gaza secara paksaan oleh tentera dan polis Zionis-Israel. Ini kerana masa yang diberikan untuk meninggalkan kediaman mereka telah berlalu. Penempatan Gush Katif adalah kawasan yang terletak bersempadanan Mesir dan Palestin.

Penempatan Yahudi Gush Katif adalah penempatan Yahudi terbesar di Semenanjung Gaza seramai 6000 orang. Semasa permerhatian di buat dari sempadan Mesir, di mana jaraknya tidak lebih daripada 700m, tidak kelihatan sebarang aktiviti seharian masyarakat di situ. Apa yang ada, hanya jip tentera Zionis-Israel yang mundar-mandir mengawal kawasan itu.

Terdapat perbezaan semasa masyrakat Yahudi meninggalkan penempatan mereka. Ada yang secara sukarela dan mengikut arahan kerajaan Zionis-Israel. Tidak kurang yang berdegil, sehinggakan kekerasan terpaksa digunakan bagi menghalau mereka keluar. Menurut sumber daripada berita CNN, ada dikalangan masyarakat Yahudi itu bukan berasal daripada penempatan yang terbabit. Mereka datang untuk berkumpul dan cuba untuk menggagal dan menggangu kerja-kerja pengusiran.

1 thought on “Gush Katif Kembali Tenang

Comments are closed.