1 cedera, 2 ditahan semasa demonstrasi menentang pembinaan tembok dekat Bethlehem

Rabu, 18/08/2010 – Seorang lelaki warga Palestin mengalami luka-luka ringan manakala dua lagi ditahan tentera rejim Israel sewaktu demonstrasi mingguan menentang pembinaan tembok di Kampung Al Walajah yang terletak di antara Baitulmuqaddis dan Bethlehem.

Penduduk-penduduk kampung beserta para penyokong yang terdiri daripada warga Israel dan antarabangsa berarak selepas solat jumaat menuju ke kawasan pembinaan tembok tersebut.  Sebaik sahaja para pemprotes tiba di pintu pagar berdekatan penempatan Israel, tentera Israel menyerang mereka dengan gas pemedih mata dan bom bunyi.

Serangan gas pemedih mata telah menyebabkan mereka terpaksa berpatah balik ke kampung. Sekumpulan tentera Israel kemudiannya mengekori sebahagian ahli demonstrasi ke sebuah rumah dan memukul mereka sebelum menahan dua remaja tempatan.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : idawati

1 thought on “1 cedera, 2 ditahan semasa demonstrasi menentang pembinaan tembok dekat Bethlehem

Comments are closed.