Hamas dan Rusia Sepakat Deal of Century Akan Mengekalkan Konflik

Jumaat, 06-03-2020 – Ketua Gerakan Hamas di Luar Negeri, Maher Salah, menegaskan bahawa kunjungan delegasi Hamas yang dipimpin oleh Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyah, berlaku pada waktu yang sangat penting setelah pengumuman Presiden Amerika Syarikat tentang Deal of Century (Kesepakatan Abad Ini) yang bertujuan untuk mencairkan isu Palestin. Salah mengatakan, kunjungan delegasi gerakan Hamas … Read moreHamas dan Rusia Sepakat Deal of Century Akan Mengekalkan Konflik

Delegasi Hamas atas bertemu Lavrov di Moscow

Khamis, 05-03-2020 – Delegasi peringkat tinggi dari Gerakan Hamas yang diketuai oleh biro politiknya, Ismail Haneyya bertemu dengan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov di Moscow pada hari Isnin. Mesyuarat itu dihadiri oleh timbalan menteri luar negeri Mikhail Bogdanov dan beberapa pegawai dari kementerian luar negeri. Menurut pernyataan yang dikeluarkan oleh Gerakan, kedua belah pihak membincangkan … Read moreDelegasi Hamas atas bertemu Lavrov di Moscow

Israel tutup laluan sempadan Gaza, Tebing Barat sempena hari mengundi.

Khamis, 05-03-2020 – Rejim Israel menutup semua pintu masuk sempadan di wilayah Gaza dan Tebing Barat pada hari Isnin sempena pilihan raya dewan Knesset ke 23. Penutupan laluan akan bermula selepas pukul 12 malam, hari Isnin, selama 24 jam dan penutupan dibuat sehingga urusan selesai serta “bergantung kepada keadaan semasa”, kata pihak Penyelaras Pentadbiran Kerajaan … Read moreIsrael tutup laluan sempadan Gaza, Tebing Barat sempena hari mengundi.

Banyak perkhidmatan UNRWA dihentikan akibatkan defisit dalam peruntukan

Khamis, 05-03-2020 – UNRWA telah memberi amaran yang banyak perkhidmatan penting yang diberikan kepada pelarian Palestin akan dihentikan jika defisit dalam peruntukan tidak dapat diatasi dalam tempoh sehingga Mei. “Jika defisit yang dianggarkan berjumlah satu billion dan 275 juta dollar tidak diperolehi semula pada bulan Mei, banyak program perkhidmatan UNRWA akan terkesan seperti pendidikan, kesihatan … Read moreBanyak perkhidmatan UNRWA dihentikan akibatkan defisit dalam peruntukan

Pertembungan Tercetus Antara Rejim Zionis dan Penunjuk Perasaan di Gunung Orma

Khamis, 05-03-2020 – Pertembungan yang ganas telah tercetus pada hari Isnin antara rejim Zionis dengan warga Palestin yang berarak di Gunung Al-Orma di Nablus untuk mempertahankannya daripada dirampas oleh peneroka haram. Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa kumpulan peneroka Israel yang dikawal oleh tentera Zionis menyerang Gunung al-Orma dan menyerang penunjuk perasaan Palestin. Rejim Zionis melancarkan gas … Read morePertembungan Tercetus Antara Rejim Zionis dan Penunjuk Perasaan di Gunung Orma

Universiti Malaysia memboikot Puma kerana menyokong Israel

Selasa, 03-03-2020 – Universiti terbesar Malaysia, Universiti Teknologi MARA (UiTM), telah mengakhiri rundingan penajaan dengan jenama pakaian sukan global Puma kerana sokongan syarikat itu terhadap penempatan Haram Israel di Palestin yang dijajah. Menurut gerakan BDS, UiTM, yang mempunyai kontrak tiga tahun dengan Puma sebagai penaja pasukan bola sepak university itu, mengesahkan yang kontrak itu tidak … Read moreUniversiti Malaysia memboikot Puma kerana menyokong Israel

Polis rejim Israel tahan dua pemuda Palestin di Baitulmaqdis.

Selasa, 03-03-2020 – Polis rejim zionis Israel menangkap dua pemuda warga Palestin di Kota Baitulmaqdis. Saksi tempatan berkata, anggota polis rejim menahan Mohammed Abdin, 16 tahun di rumahnya di kawasan perumahan Ras al-Amud, bandar Silwan. Seorang lagi dikenali sebagai Rashid al-Resheq, 22 tahun telah ditahan di rumahnya di Bandar Lama Baitulmaqdis. sumber : http://english.palinfo.com penterjemah … Read morePolis rejim Israel tahan dua pemuda Palestin di Baitulmaqdis.

Delegasi Hamas Melawat Moscow & Kaherah

Selasa, 03-03-2020 – Dua delegasi dari Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) akan tiba di Kaherah dan Moscow pada hari Ahad. Jurucakap Hamas Hazem Qasem berkata delegasi yang diketuai oleh ahli biro politik Hamas, Rawhi Mushtaha, dijadual melawat Kaherah pada hari Ahad untuk berbincang dengan pegawai Mesir. Perbincangan itu dijangka berkisar mengenai situasi semasa di Semenanjung … Read moreDelegasi Hamas Melawat Moscow & Kaherah

Pendatang Yahudi menimbulkan kekacauan ke atas beratus-ratus pokok di bandar W. Bank of Khade

Selasa, 03-03-2020 – Dalam tempoh tiga hari yang lalu, kira-kira 780 pokok di kebun zaitun Palestin dan kebun-kebun anggur di bandar al-Khader, selatan Bethlehem di Tebing Barat yang dihuni, telah dimusnahkan atau dicabut oleh pendatang Yahudi. Aktivis tempatan Emad Daadou mengatakan bahawa pendatang Yahudi pada hari Sabtu menghancurkan dan memotong lebih daripada 200 pokok anggur … Read morePendatang Yahudi menimbulkan kekacauan ke atas beratus-ratus pokok di bandar W. Bank of Khade

Israel Berusaha Curi Peninggalan Palestin Dengan Kuasai Bukit Al-Arma

Selasa, 03-03-2020 – Fuad Ma’ali, Datuk Bandar kota Beita, memperingatkan tentang kesungguhan tindakan penjajah Israel dan para penduduk pendatang Yahudi dalam usaha mereka untuk menguasai Jabal Al-Arma, yang terletak di sebelah timur kota Beita, selatan Nablus. Bukit tersebut berada di ketinggian 850 meter di atas permukaan laut. Dalam wawancara dengan Pusat Informasi Palestina, Ma’ali menjelaskan … Read moreIsrael Berusaha Curi Peninggalan Palestin Dengan Kuasai Bukit Al-Arma

Dua tapak diduduki penduduk Palestin diarah pindah.

Isnin, 02-03-2020 – Kakitangan majlis perbandaran Baitulmaqdis yang dikuasai Israel dengan dibantu kawalan polis rejim menampal notis di dinding berdekatan dua tapak di daerah Sheikh Jarrah, Baitulmaqdis. Menurut Wadi Hilweh Information Center, dua tapak  itu digunakan sebagai tempat mencuci kereta dan stesyen bas. Pemilik tapak diberi masa 48 jam untuk mematuhi arahan berpindah itu. sumber … Read moreDua tapak diduduki penduduk Palestin diarah pindah.

3500 penempatan haram terbaru bakal dibina

Jumaat, 28-02-2020 – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Selasa meluluskan rancangan pembinaan 3,500 penempatan baru di timur Baitulmuqaddis. Netanyahu berkata yang projek pembinaan itu melibatkan peluasan berterusan penempatan Ma’ale Adumim yang merupakan sebahagian rancangan “E1”. Rancangan E1 bertujuan membina rangkaian menghubungkan Ma’ale Adumim dan Baitulmuqaddis yang akan melengkapkan penempatan-penempatan Israel sekitar timur Baitulmuqaddis memisahkan … Read more3500 penempatan haram terbaru bakal dibina

19 Penduduk Gaza Buta Kerana Ditembak Pasukan Israel

Jumaat, 28-02-2020 – Pusat Informasi Israel bagi Hak Asasi Manusia di Wilayah jajahan, B’Tselem mengatakan, 19 pendemonstrasi Palestin di Semenanjung Gaza telah buta satu matanya dalam dua tahun terakhir akibat terkena tembakan pasukan Israel berdekatan sempadan di Semenanjung Gaza. Dalam sebuah laporannya, badan tersebut menyatakan sekurang-kurangnya dua orang lagi yang buta kedua-dua matanya sekaligus. Beliau … Read more19 Penduduk Gaza Buta Kerana Ditembak Pasukan Israel

Penduduk Palestin cedera selepas pendatang Yahudi desak masuk makam Nabi Yusof.

Jumaat, 28-02-2020 – Sejumlah warga Palestin cedera terkena peluru dan bom gas yang ditembak tentera rejim selepas berlaku pertembungan dengan sekumpulan pendatang haram Yahudi yang mendesak masuk ke tapak makam Nabi Yusof yang terletak di timur Bandar Nablus, Tebing Barat. Sumber tempatan melaporkan bahawa anggota tentera rejim Israel mengiringi kira-kira 2000 pendatang Yahudi pergi ke … Read morePenduduk Palestin cedera selepas pendatang Yahudi desak masuk makam Nabi Yusof.

Polis rejim Zionis tahan ahli geografi Palestin di Baitul Maqdis

Jumaat, 28-02-2020 – Polis rejim Zionis Israel pada Rabu lalu telah menahan Khalil Tafakji, seorang pakar penempatan Palestin dan GIS serta pengarah Persatuan Pengajian Arab di Baitulmaqdis. Sumber tempatan menyatakan bahawa polis Israel telah memecah masuk dan menggeladah rumah Tafakji dan kemudiannya beredar setelah menahan beliau. Polis Israel turut menyerbu rumah ketua Dewan Perniagaan Baitulmaqdis … Read morePolis rejim Zionis tahan ahli geografi Palestin di Baitul Maqdis