Kerajaan Palestin percaya Fattah melambatkan proses pembaikan negara dan seruan untuk bebaskan tahanan.

Khamis , 25/11/2010 – Kerajaan Palestin menyeru supaya “kekejaman terang-terangan” yang berlaku terhadap barisan pertahanan Palestin di Tebing Barat agar dihentikan, para tahanan dari pelbagai latar belakang faksi pertahanan harus dibebaskan dan segala kerjasama dan pakatan keamanan bersama musuh (Zionis) mesti diputuskan.

Kerajaan Palestin memberi kenyataan tegas dalam mesyuarat mingguan petang Selasa (23 November) lalu terhadap usaha rekonsiliasi Palestin sebagai, “ia adalah pilihan terbaik Palestin untuk mencapai kekuatan dalaman bagi negara ini”, tetapi Fattah adalah pihak yang bertanggungjawab terhadap kelembapan proses rekonsiliasi ini kerana mereka menarik diri daripada persepakatan yang telah dicapai semasa sidang di Damsyiq, 24 September lepas.

Kerajaan menegaskan lagi bahawa sebarang usaha damai (dengan Zionis) memang nyata akan mencapai kegagalan, manakala konsensus nasional pula akan dibentuk untuk membincangkan prioriti negara dan isu pengembalian hak tanah dan kerakyatan warga Palestin. Kerejaan menekankan pada waktu yang sama bahawa saranan Amerika Syarikat terhadap Zionis untuk kembali ke meja rundingan hanya akan membawa kepada suatu penipuan dalam pentadbiran seperti yang telah dilakukan Zionis pada rundingan-rundingan lepas.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

1 thought on “Kerajaan Palestin percaya Fattah melambatkan proses pembaikan negara dan seruan untuk bebaskan tahanan.

Comments are closed.