Al-Quds masih dijajah walaupun sudah berdekad diperdebatkan di pelbagai peringkat. Mereka yg buta sejarah senang sekali menyarankan agar dibahagikan sahaja peta Palestin kepada 2. Satu utk Israel dan satu untuk Palestin. Nahh!! Tiada lagi pertumpahan darah . Benarkah begitu ? Maszlee Malik menjawab …
Month: September 2005
Pimpinan Politik Hamas, Dr. Mahmud Zehar menegaskan bahawa Hamas telah bersiap sedia untuk mnyertai pilihanraya legislatif Palestin yang dijadualkan pada Januari 2006.
Rabu , 21/09/2005 – Ketua Jururunding PLO, Dr Saeb Erikat (gambar) mendedahkan pertemuan Sharon-Abbas yang dijadualkan berlangsung 2/10/2005 ini akan sampai ke peringkat terakhir berhubung isu sempadan, Jerusalem, bekalan air dan pelarian.
Nama sebenarnya Umar bin al-Khattab bin Naufal. Beliau dari suku Quraisy Bani Adi. Lahir pada tahun 583M. Rasulullah s.a.w. menggelarnya dengan nama al-Faruq yang bererti oreang yang tahu membezakan antara yang benar dan yang salah Saiyidina Umar r.a. juga terkenal sebagai ahli sastera yang hebat, syair yang bijaksana,pahlawan yang berani, orang yang adil dan mematuhi perintah Allah SWT.
Selasa, 20/09/2005 – Jabatan penyiasatan Israel dari jabatan keadilan Israel telah memutuskan untuk menutup kes pembunuhan rakyat Palestin yang melibatkan askar dan polis Israel di kawasan Palestin pada Oktober 2005.
Isnin, 19/09/2005 – Satu laporan bulanan yang dikeluarkan oleh kementerian tawanan dan pembebasan Palestin telah mengeluarkan statistik bahawa seramai 20% rakyat Palestin pernah ditangkap. Semenjak 1967, dianggarkan seramai 650,000 rakyat Palestin dipenjara.
Polis Palestin mengawal kawasan masjid yang dimusnahkan rejim Zionis sebelum berundur daripada penempatan haram di Netzarim , Jalur Gaza pada 14//09/2005.
Jumaat, 16/09/2005 – Bekas jurucakap penempatan haram Yahudi di Tebing Gaza, yang terpaksa berundur awal bulan ini, pada hari Selasa, menyeru agar masjid diserang selepas rakyat Palestin membakar kuil Yahudi di penempatan mereka dahulu.
Jumaat, 16/09/2005 – Pihak Berkuasa Palestin (PA) melalui Kementerian Luar Negerinya telah membuka sisatan ke atas beberapa kes penyelewengan yang didakwa berlaku di kalangan duta-duta dan pegawai diplomatik yang berada di luar negara.
Hebron , Jumaat, 16/09/2005 – Seorang pemuda Palestin syahid dan enam yang lain mengalami kecederaan akibat serangan pasukan Zionis-Israel di Tafuh Jenin tengan. Zionis-Israel ketika itu sedang menyerang rakyat dan rumah milik rakyat Palestin.
Khamis, 15/09/2005 – Menteri Luar Israel, Silvan Shalom secara rahsia berjumpa dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Hassan Wirayuda di New York sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), lapor radio tentera Israel, semalam.
Khamis, 15/09/2005 – Lebih kurang 50 remaja Israel menceroboh penempatan
Sanur yang telah dikosongkan di utara Tebing Barat, sumber polis memberitahu.
PEMIMPIN Hamas, Mahmud Zahar mengimamkan solat pertama dalam bekas rumah ibadat Yahudi di Kafar Darom, Gaza kelmarin.
sumber : AFP.
Rabu, 14/09/2005 – Rakyat Palestin merayakan kemenangan mendapatkan semula bandar Gaza yang sekian lama dijajah oleh rejim Zionis.
Rabu, 14/09/2005 – Penduduk tempatan di Rafah, iaitu bandar di bahagian paling selatan Semenanjung Gaza, mengatakan bahawa seorang remaja Palestin telah dibunuh dan seorang lagi cedera akibat tembakan orang Mesir di kawasan sempadan bersama dengan Rafah.