Siapa Ehud Olmert?


oleh : Maszlee Malik

Ehud Olmert bukanlah nama yang hebat di dalam konflik Palestin-Zionis. Nama beliau tidak segah Ariel Sharon, Netanyahu ataupun Shimon Perez. Tidak keterlaluan jika dikatakan, bagi mereka yang tidak mengamati perkembangan politik Zionis, nama Olmert merupakan nama yang majhul sehinggalah baru-baru ini sahaja. Beliau yang merupakan Timbalan Perdana Menteri rejim Zionis mula terkenal selepas menyandang tugas Sharon yang telah diserang koma dan masih tersadai lagi di hospital Hadasah, di Baitul Maqdis. Siapakah Olmert?, benarkah dia seorang arkitek kedamaian yang bakal merubah lanskap politik Zionis dan masa depan isu Palestin seperti yang digembar-gemburkan? Artikel ini akan cuba melihat Olmert dengan lebih dekat lagi.

Read moreSiapa Ehud Olmert?

HAMAS dan Fatah: Perang saudara bakal meletus?


oleh : Maszlee Malik

Pada 19 Mei 2006, satu pergaduhan yang agak besar meletus di antara pengikut HAMAS dengan pengikut Fatah. Pergaduhan ini merupakan yang paling hebat setelah HAMAS memenangi pilihanraya Majlis Legaslatif kerajaan autonomi Palestin. Apa yang sedihnya, pertempuran tersebut melibatkan senjata api yang menyebabkan pertumpahan darah. Ianya juga menjadi lebih tragis kerana berlaku sewaktu rakyat Palestin keseluruhannya sedang menghadapi waktu yang sukar. Mereka dikenakan tekanan dan sekatan ekonomi oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Mereka juga menghadapi kemungkinan akan mengalami kemelut ekonomi yang paling dahsyat sepanjang tempoh penjajahan.

Read moreHAMAS dan Fatah: Perang saudara bakal meletus?

Sami Abu Zuhri ditahan ?

Rabu, 31/05/2006 –

Jurucakap rasmi HAMAS, Sami Abu Zuhri (gambar) yang ditahan kerana membawa sejumlah dana bersamanya di sempadan Gaza-Mesir menegaskan bahawa dana tersebut telah sampai kepada menteri kewangan. Beliau juga berharap supaya khabar angin mengenai dana tersebut tidak mempengaruhi masyarakat dunia untuk menghulurkan sumbangan. Beliau telah ditahan pada minggu lepas kerana membawa sejumlah EURO 639,000.

Read moreSami Abu Zuhri ditahan ?

Peranan Ulama di dalam isu Palestin


oleh : Maszlee Malik

Lewat persidangan “Ulama membantu rakyat Palestin” yang diadakan di Doha, Qatar tempohari, Dr Yusuf al-Qaradawi telah membuat beberapa tuntutan kepada ulama di seluruh dunia. Beliau yang juga merupakan presiden Perhimpunan Ulama Muslimin Antarabangsa (International Union of Muslim Scholars (IUMS) telah menyeru untuk para ulama memainkan peranan mereka. Beliau menempelak sikap para ulama yang hanya menghadkan diri mereka kepada persoalan fikah semata-mata. Menurut beliau, ulama mempunyai peranan yang besar untuk menggerakkan masyarakat berhubung isu-isu umat. Cadangan dan gesaan beliau ini telah disokong dan diperkemaskan lagi oleh para ulama yang bersidang pada persidangan tersebut yang telah berlangsung pada 10 Mei yang lalu.

Read morePeranan Ulama di dalam isu Palestin

Mangsa terbaru rejim Zionis

Mangsa terbaru rejim Zionis ini adalah Hanan Aman , ibunya dan adiknya yang masih berusia 5 tahun. Mereka syahid ketika serangan menggila rejim itu pada Ahad, 21/05/06 yang lalu yang juga telah membunuh Mohammed Dadouh, seorang anggota Jihad Islami.

Kem Israel di serang ?

Jumaat, 19/05/2006

Pejuang Palestin telah melancarkan serangan dengan menggunakan peluru berpandu buatan sendiri ke atas kem askar Israel di Timur daerah Khan Yunis Rabu lalu (18/05/06). Serangan tersebut adalah serangan balas berikutan serangan kejam Israel ke atas penduduk Palestin di Semananjung Gaza dan Tebing Barat

Read moreKem Israel di serang ?

Hamas Menyeludup Senjata Ke Jordan?

Jumaat, 19/05/2006 –
Gerakan al Ikhwan al Muslimun Jordan mengatakan bahawa mereka yang didakwa berkaitan penyeludupan senjata yang disiarkan di televisyen yang disebut-sebut
kerajaan Jordan sebagai pejuang Hamas, sebenarnya tidak memiliki sebarang hubungan dengan Hamas bahkan sebahagian dari mereka didapati mempunyai kaitan rapat dengan gerakan Fatah.

Read moreHamas Menyeludup Senjata Ke Jordan?