Sikap Lembik Arab: Setiausaha Agung Liga Arab Serius Kemuka Perletakan Jawatan

Isnin ,31/07/2006 –
Sumber-sumber dari al Quds (Jerusalem) mengatakan sejumlah pegawai tinggi negara-negara
Arab secara serius ingin mengundurkan diri dari jawatan masing-masing susulan sikap lembik negara
mereka atas pencerobohan Israel di Gaza dan Lebanon. Dengan alasan sama, Setiausaha Agung Liga Arab,
Amre Musa kini sedang bersiap untuk mengajukan perletakan jawatan.

Read moreSikap Lembik Arab: Setiausaha Agung Liga Arab Serius Kemuka Perletakan Jawatan

Briged Al-Qassam Balas dendam terhadap pembunuhan beramai-ramai di Qana!

Isnin ,31/07/2006 –
Bagi membuktikan kesatuan darah dan jiwa di antara rakyat Palestin dan Lubnan, sayap ketenteraan Hamas, Briged Al-Qassam yang ternyata tidak berpuas hati dengan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera IOF di Qana telah bertindak balas melancarkan tiga roket ke kawasan penempatan Israel di Sderot. Kenyataan rasmi ketenteraan yang dikeluarkan Briged serta salinannya kepada PIC menyebut, pejuang-pejuangnya telah berjaya memusnahkan penempatan Sderot di kawasan Timur Laut Gaza dengan menggunakan tiga missile buatan sendiri.

Read moreBriged Al-Qassam Balas dendam terhadap pembunuhan beramai-ramai di Qana!

KL Bergema Dengan Jeritan Anti Zionis !!

Jumaat ,28/07/2006 – Satu demo anti Zionis telah diadakan di hadapan kedutaan Amerika di ibukota hari ini menyatakan bantahan sekeras-kerasnya rakyat Malaysia akan kebiadapan rejim Zionis denga sekutu kuat mereka, US menyerang dan membantai rakyat awam di Palestin dan Lubnan. Pelbagai lapisan masyarakat telah sama-sama turun padang menyatakan pendirian jelas rakyat Malaysia akan isu ini. … Read moreKL Bergema Dengan Jeritan Anti Zionis !!

Abu Zuhri: Amerika Anggap Kejahatan Israel Biasa

Jumaat ,28/07/2006 –
Amerika masih menganggap tindakan Israel ke atas Jalur Gaza dan Lebanon sebagai tindakan wajar. Hamas yakin kedatangan Rice ke Palestin hanya ancaman dan tekanan sahaja. Kunjungannya hanya sebagai penegasan sikap masalah yg terlibat di Timur Tengah dan hanya untuk kepentingan Israel dan menjadi negara itu semakin berani dan gila membunuh rakyat Palestin.

Read moreAbu Zuhri: Amerika Anggap Kejahatan Israel Biasa

Haneyya dermakan gaji pertamanya kepada keluarga syuhada’ di Gaza

Jumaat ,28/07/2006 –
Tidak pernah berlaku dalam sejarah kerajaan-kerajaan PA sebelum Hamas, pemimpin memberikan wang gajinya kepada rakyat. Namun, Perdana Menteri kerajaan Hamas hari ini, Ismail Haneyya telah menunaikan janjinya untuk mendermakan separuh daripada gaji pertama beliau kepada keluarga seorang kanak-kanak yang mati syahid, Hadeel Al-Ghebn di Bandar Beit Lahia.

Read moreHaneyya dermakan gaji pertamanya kepada keluarga syuhada’ di Gaza

Lagi roket Hizubllah menggempur Haifa, 20,000 bersiap Meninggalkan Israel

Khamis ,27/07/2006 –
Kumpulan pejuang Lebanon terus melancarkan serangan roket ke beberapa perkampungan di
bahagian utara Palestin jajahan Israel tahun 1948 sebagai tindak balas terhadap Israel yang
menceroboh selatan Lebanon. Akibatnya, sejak pagi ini (26/07) lima warga Israel cedera dan lebih kutang
20,000 penduduk Israel siap sedia meninggalkan Israel untuk menyelamatkan diri.

Read moreLagi roket Hizubllah menggempur Haifa, 20,000 bersiap Meninggalkan Israel

Amaran Nasrullah: Perang Akan Meluas!

Khamis ,27/07/2006 –
Pemimpin utama Hizbullah, Syeikh Hassan Nasrullah, kembali mengeluarkan amaran kepada Zionis
Israel dan mengatakan bahawa perjuangan akan diperluaskan, “Ia boleh jadi akan melebar hingga Haifa dan seterusnya. Serangan kami tidak terhenti oleh batasan wilayah,” jelas beliau tegas di TV Almanar
yang disiarkan oleh televisyen Aljazeera hari ini, Rabu (26/7). Kata-kata Nasrullah adalah
isyarat bahawa bandar-bandar lain ‘Israel’ perlu bersedia merasakan dahsyatnya roket-roket Hizbullah.

Read moreAmaran Nasrullah: Perang Akan Meluas!