oleh : Maszlee Malik
“A guerilla army wins if it does not lose. A conventional army loses if it does not win.”
-Henry Kissinger, mantan presiden AS.
Ketika Rejim Zionis Israel melancarkan perang ke atas Lubnan, mereka mempunyai dua matlamat utama. Matlamat pertama mereka adalah untuk membebaskan dua orang tentera mereka yang telah ditawan oleh para pejuang Hizbullah pada 12 Julai 2006. Matlamat kedua mereka pula adalah untuk menghapuskan Hizbullah dari muka bumi Lubnan, terutamanya di kawasan Selatan Lubnan yang dianggap mengancam keselamatan negara ‘Israel” dan penduduknya. Walaupun para pejuang Hizbullah menawarkan “Prisoners Swap” di antara para tawanan Lubnan yang berada di penjara-penjara Zionis dengan kedua-dua tentera tersebut, malangnya rejim Zionis menolaknya mentah-mentah. Demi membebaskan kedua-dua tentera mereka, Rejim Zionis telah melancarkan peperangan selama sebulan ke atas Beirut. Kesannya amat dahsyat, dan yang paling ramai terkorban adalah warga awam Lubnan.
Read morePerang Lubnan 2006: Zionis kalah perang!