Amerika Sumbang Dana kepada parti selain Hamas


Rabu , 18/10/06 –
Sejajar dengan polisi Amerika untuk melumpuhkan Hamas, negara tersebut sekarang menyumbang dana pula kepada kumpulan-kumpulan politik alternatif. Amerika Syarikat bercadang untuk membelanjakan $42 juta bagi membekalkan sokongan operasi dan strategi kepada ahli dan parti politik anti-Hamas dalam persediaan untuk membuat kembali pilihan raya perundangan, menurut para pegawai yang terlibat dalam inisiatif tersebut.

Read moreAmerika Sumbang Dana kepada parti selain Hamas

Haneyya: Kami tidak akan khianati kehendak rakyat


Isnin , 16/10/06 –
Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya mengecam tindakan sebahagian parti politik dan bukan politik di Palestin yang bertindak merancang konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan pimpinannya yang dipilih secara demokrasi pada pilihanraya Januari lalu. Beliau mengatakan bahawa parti-parti itu menggunakan pelbagai cara dan cubaan untuk memaksa kerajaan Hamas mengiktiraf Israel.

Read moreHaneyya: Kami tidak akan khianati kehendak rakyat

Malulah kita hanya memandang sahaja !!

Jenazah Iman Harazeen, 8 tahun di bawa ke bandar Gaza pada 13/10/2006, Jumaat utk dikebumikan. Iman dan ayahnya syahid dalam serangan rejim Zionis di bandar Gaza pada petang Khamis lalu. Satu lagi mangsa serangan rejim Zionis pada Khamis lalu di pinggiran Shujaia , bandar Gaza yang mengorbankan ramai kanak2.

Tentera rejim Zionist kini mula meluaskan base ketenteraan di atas tanah petani


Isnin , 16/10/06 –Angkatan tentera rejim Zionist mula memperluas base ketenteraan mereka hari ini, di Bandar Hebron, di bahagian selatan Tebing barat dengan mengorbankan tanah-tanah petani.
Menurut penduduk tempatan, tentera-tentera tersebut mengguna jentera penolak untuk meluaskan base ketenteraan yang diberi nama Barokh, yang di kawal rapi oleh penembak-penembak daripada penempatan haram berdekatan di Keryat Arba dan Kharsinah.

Read moreTentera rejim Zionist kini mula meluaskan base ketenteraan di atas tanah petani

Pejuang Palestin membedil jeep rejim Zionis


Jumaat , 13/10/06 –
Pejuang Palestin pada Khamis menahan patrol tentera IOF yang mencuba untuk memasuki Nablus di utara Tebing Barat dan memusnahkan jeep rejim Zionis dalam proses itu. Jurucakap rejim Zionis mengesahkan serangan tersebut, dan menerangkan bahawa ia berlaku apabila tentera rejim Zionis mula bergerak memasuki ke Bandar Lama Nablus.

Read morePejuang Palestin membedil jeep rejim Zionis