Rejim Zionis Menutup Sempadan Rafah Berikutan Kepulangan Zahhar


Khamis, 30/11/06 –
Penempatan Rejim Zionis pada hari Rabu(29/11/2006) telah menutup terminal Rafah, Oleh yang demikian segala perjalanan Rakyat Palestin masuk dan keluar dari Semenanjung Gaza tersekat dan bertentangan dengan perjanjian yang adakan sebelum ini selama dua hari iaitu pada hari Selasa dan Rabu.

Read moreRejim Zionis Menutup Sempadan Rafah Berikutan Kepulangan Zahhar

Zehar Bawa Masuk USD20 Juta Ke Palestin Hasil Kunjungan Ke Luar Negara.


Khamis, 30/11/06 –
Di tengah kemelut pelbagai sekatan dan embargo antarabangsa, Menteri luar
Palestin Mahmud Zehar pulang dari kunjungan diplomatik ke Semenanjung Gaza melalui
pintu masuk yang bersempadan dengan Mesir di Rafah, wilayah selatan Semenanjung
Gaza. Beliau membawa USD20 juta untuk rakyat Palestin, yang dikumpulkan sewaktu
kunjungan di luar negeri.

Read moreZehar Bawa Masuk USD20 Juta Ke Palestin Hasil Kunjungan Ke Luar Negara.

PANAS !! Perisikan Israel: Al-Qassam Keluarkan Roket Katyosha 3 Bulan Lagi


Jumaat, 24/11/06 –
Sumber perisikan Zionis Israel menunjukan kegusaran besar kemungkinan peningkatan teknologi roket Brigade Izzuddin al Qassam, sayap militan gerakan Hamas.
Pihaknya menjangkakan dalam waktu terdekat al Qassam mampu mengeluarkan roket jenis Katyosha bahkan lebih canggih dari jenis Katyosha yang ada sekarang.

Read morePANAS !! Perisikan Israel: Al-Qassam Keluarkan Roket Katyosha 3 Bulan Lagi

Inisiatif Eropah: Kemenangan HAMAS?

oleh : Maszlee Malik

Semenjak bulan Mac 2006 yang lalu, HAMAS yang memenangi pilihanraya Majlis Legaslatif kerajaan tempatan Palestin (PA) telah mengemukan ide kerajaan nasional bersekutu (Hukumah Wehdah Wataniyyah). Malangnya cadangn untuk penubuhan kerajaan campuran pelbagai parti itu telah ditolak oleh semua fraksi yang terlibat. Fatah yang merupakan parti kedua terbesar di Palestin itu pun turut menolak untuk menyertai kerajaan campuran tersebut. Alasan yang pernah diberikan oleh Saeb Erekat, pemimpin senior Fatah, mereka inign menjadi pembangkang yang setia. Walau bagaimanapun, akhirnya diketahui umum bahawa penolakan mereka berkait rapat dengan tekanan yang dikenakan oleh pihak “Israel” dan AS. Kedua-dua kuasa tersebut ingin HAMAS dibiarkan bersendirian untuk “dihukum” di atas kepercayaan yang telah rakyat Palestin berikan kepada mereka. “Hukuman” yang dikenakan itu malangnya bukan hanya kepada HAMAS, malah ianya lebih bertujuan untuk menghukum rakyat Palestin sendiri. Sekatan ekonomi selama lebih 8 bulan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin telah menyebabkan kehidupan mereka begitu sengsara. Malangnya, rakyat masih lagi bersama HAMAS dan masih lagi mengharapkan agar HAMAS terus memimpin mereka.

Read moreInisiatif Eropah: Kemenangan HAMAS?