
Khamis , 02/11/06 –
Askar Nasser Salahuddin, sayap askar yg tekenal dalam kumpulan Palestin, mengesahkan telah menembak peluru missile pertamanya ke Tebing Barat di kawasan askar Israel di tanah daerah Nablus.
Month: November 2006

Khamis , 02/11/06 –
Dr. Atef Odwan, Menteri Perhubungan Pelarian Palestin, Rabu lalu menyelar sikap negara berdiam diri Arab dan dunia di atas serangan bertubi-tubi Rejim Zionis ke arah rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Khamis , 02/11/06 –
5 penduduk Israel cedera dan satu kilang rosak teruk apabila 2 roket Qassam dilancarkan di Jalur Gaza meletup di penempatan Sderot hingga ke bahagian utara , sumber Hebrew melaporkan.

Khamis , 02/11/06 –Sumber-sumber Palestin melaporkan bahawa Persempadanan Rafah, yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Gaza, telah dibuka kembali pada hari Selasa lepas, bermula dari jam lapan pagi hingga 5 petang.

Rabu , 01/11/06 –
Syaikh Raid Solah, ketua gerakan Islam Palestin jajahan tahun 1948 mengirim surat kepada Prof. Akaluddin Ihsan Aglo, Setiausaha Agung OIC dan meminta dilakukan pertemuan segera antara beliau dengan Presiden Turki Rajab Taib Ardogan berkenaan isu Perkuburan Makmanullah di Al Quds yang kini dikuasai dan diperlakukan sehendak hati oleh pihak Israel.

Rabu , 01/11/06 –
Usamah Hamdan, wakil gerakan Hamas di Lubnan menyatakan bahawa presiden Palestin bertanggungjawab atas krisis yang berlaku dalam proses pembentukan kerajaan campuran Palestin.

Rabu , 01/11/06 –
USA telah mencadangkan meletakkan anggota tenteranya yang sekarang ini beribupejabat di Semenanjung Sinai di bawah arahan Amerika mengawal sempadan Egypt dan Jalur Gaza, menurut
akhbar Israel semalam.

Rabu , 01/11/06 –Menteri Kesihatan Palestin, Dr. Bassim Na’im memberi amaran Isnin lalu bahawa sektor kesihatan di Gaza kini berada di ambang kejatuhan akibat daripada sekatan yang dikenakan oleh Israel dan pihak antarabangsa ke atas penduduk Palestin sejak pemilihan Hamas di dalam pilihan raya awal ahun ini.