Ismail Haneyya Akan Ditangkap Rejim Zionis ?


Jumaat, 27/04/07 –

Benjamin Ben Eliezer, Menteri Infrastruktur Israel Rabu lalu mengancam untuk menculik Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya jika Briged Qassam menangkap askar Israel lagi. Media Hebrew memetik kata-kata Ben Eliezer,seorang bekas Menteri Peperangan bahawa rejim Zionis tidak akan teragak-agak untuk memasuki Semenanjung Gaza, menggeledah rumah Haneyya dan mengambil beliau sebagai tebusan jika warga Palestin menculik lebih banyak askar Israel berasaskan kedudukan mereka yang bersebelahan dengan Semenanjung Gaza.

Read moreIsmail Haneyya Akan Ditangkap Rejim Zionis ?

Amer Berets : Briged Izzuddin Al Qassam Mesti Dibalas !


Jumaat, 27/04/07 –Menteri Pertahanan Israel, Amer Berets telah mengadakan mesyuarat tergempar dengan Jabatan Ketenteraan Israel bagi mengkaji tindak balas serangan berikutan Briged Izzuddin Al Qassam Hamas mengumumkan tentang penamatan persetujuan gencatan senjata dengan Israel. Ia menuduh kerajaan Ehud Olmert bertanggungjawab ke atas bedilan yang dilakukan ke Semenanjung Ghaza.

Read moreAmer Berets : Briged Izzuddin Al Qassam Mesti Dibalas !

Pemerintah Akan Ambil Sikap Tegas Apabila Embargo Tidak Ditamatkan.


Rabu, 25/04/07 –

Dalam satu atau dua bulan mendatang, kerajaan perpaduan nasional Palestin akan membuat keputusan yang tegas apabila embargo yang dikenakan terhadap rakyat Palestin tidak ditarik balik. Demikian ditegaskan PM Palestin, Ismail Haniyah di Gaza, Selasa (24/04). Beliau menegaskan bahawa “orang-orang Palestin sudah terlalu lama bersabar menanggung penderitaaan akibat tindakan-tindakan sesuka hati penjajah di satu sisi dan embargo zalim yang dikenakan terhadap bangsa ini pada sisi lain.”

Read morePemerintah Akan Ambil Sikap Tegas Apabila Embargo Tidak Ditamatkan.