Misi Farfur dan Nahoul di bumi Palestin

oleh : Maszlee Malik, Durham, UK

Kerajaan Zionis Israel mempunyai pelbagai cara di dalam usaha menjustifikasikan penjajahan mereka ke atas bumi Palestin. Sama ianya dilakukan di peringkat antarabangsa melalui agensi-agensi mereka di seluruh dunia. Di peringkat dalaman pula, media dan juga sistem pendidikan mereka menjadi satu jentera propaganda yang paling utuh dan utama di dalam mendoktrin rakyatnya sendiri.

Read moreMisi Farfur dan Nahoul di bumi Palestin

Israel Mungkin Kekal di Golan Sampai Bila-Bila.


Selasa, 31/07/07 –Timbalan Perdana Menteri Israel berkata bahawa negaranya mungkin akan kekal di Bukit Golan, Syria sampai bila-bila. Hayem Ramon menjelaskan dalam satu kenyataan kepada radio Israel bahawa, “kami boleh kekal di Golan sampai bila-bila…ia akan menjadi pertaruhan dengan rundingan damai dengan Syria.”

Read moreIsrael Mungkin Kekal di Golan Sampai Bila-Bila.

Fatah: Seruan Abbas untuk Pilihanraya Awal adalah Seruan ‘Gila’.


Selasa, 24/07/07 –

Sumber-sumber dari pimpinan gerakan Fatah menyebut seruan Presiden Mahmud
Abbas untuk menjalankan pilihanraya awal adalah seruan untuk “perang saudara lebih
awal”. Ini kerana ia tidak mungkin dilaksanakan dalam keadaan Palestin seperti
sekarang ini kecuali melalui kesepakatan politik umum atau paling tidak antara dua
fraksi terbesar Palestin iaitu Hamas dan Fatah.

Read moreFatah: Seruan Abbas untuk Pilihanraya Awal adalah Seruan ‘Gila’.

Pembebasan 250 tahanan Fatah hanya sebagai rasuah politik?

oleh : Maszlee Malik, Durham, UK

Media dunia telah sibuk melaporkan bahawa seramai 250 para tahanan Palestin pro-Fatah telah selamat dibebaskan dari penjara Israel pada 19 Julai 2007. Hadiah tersebut merupakan balasan kepada usaha Presiden pihak berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas menjatuhkan kerajaan bersekutu yang telah dipilih oleh rakyat Palestin semenjak setahun yang lalu.

Read morePembebasan 250 tahanan Fatah hanya sebagai rasuah politik?

Ahmadinejad dan Asad Berbincang Selaraskan Pendirian.


Isnin, 23/07/07 –
Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad telah mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Syria, Basyar Al Asad dalam lawatan rasminya ke Damsyik. Perbincangan itu tertumpu kepada memperkukuhkan kerjasama antara dua buah negara serta menyelaraskan pendirian terhadap isu-isu di rantau itu yang mempunyai kesan terhadap keadaan di Iraq, bumi Palestin yang dijajah dan Lubnan.

Read moreAhmadinejad dan Asad Berbincang Selaraskan Pendirian.

Pemuda Palestin terbunuh dalam serangan kereta kebal Israel.


Jumaat, 20/07/07 –

Seorang pemuda Palestin yang di kenali sebagai Zuhdi Hillis, 23, yang juga merupakan salah seorang pejuang Bridged Qassam telah meninggal dunia Khamis lalu. Zuhdi Hillis telah cedera teruk selama 3 minggu lalu akibat serangan kereta kebal yang dilancarkan oleh tentera Israel di Shujaia

Read morePemuda Palestin terbunuh dalam serangan kereta kebal Israel.

Mengapa Abbas tidak belajar dari Arafat?

oleh : Maszlee Malik, Durham, UK

Pada 16 Julai 2007, termeterailah kesepakatan di antara Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA) dengan Presiden Rejim Zionis Israel, Ehud Olmert di bandar Baitul Maqdis. Antara kata sepakat yang dipersetujui ialah penetangan habis-habisan para pejuang Palestin di Tebing Barat. Abbas, melalui perjanjian tersebut dengan rela hati dipergunakan oleh rejim penjajah untuk menangkap, menyiksa dan membunuh anak bangsanya sendiri di Tebing Barat. Di Gaza di mana Abbas tidak mempunyai pengaruh pula, rejim penjajah tersebut akan menggunakan kekuatan mereka sendiri untuk menghancurkan perjuangan rakyat Palestin.

Read moreMengapa Abbas tidak belajar dari Arafat?

Abu Zuhri : Dakwaan Fatah Tidak Berasas.


Khamis, 19/07/07 –
Abu Zuhri menafikan penglibatan Hamas dalam kenyataan yang mengaitkan nama beliau Sami Abu Zuhri, jurucakap media Pergerakan Hamas berkata bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa akhbar dan media adalah bukan dikeluarkan oleh pihak Hamas dan menuduh pihak Fatah yang mereka-reka kenyataan tersebut. Kenyataan tersebut termasuk “pengakuan” daripada Hamas bahawa ia adalah satu kesilapan besar mereka dalam menawan Semenanjung Gaza.

Read moreAbu Zuhri : Dakwaan Fatah Tidak Berasas.