Serangan Terbaru Israel, 6 Pejuang Syahid di Semenanjung Gaza


Jumaat, 28/12/07 – Khan Yunis: Sekurang-kurangnya 6 pejuang Palestin gugur syahid dalam dua peristiwa berbeza. Tiga pejuang gugur dalam serangan udara pesawat perisik Rejim Zionis Israel dan 3 lainnya syahid ketika berlaku pertempuran dengan pasukan penjajah Zionis Israel yang memasuki daerah Abasan, Khan Yunis, wilayah selatan Semenanjung Gaza. Serangan ini berlaku ketika bermulanya pertemuan antara Presiden Palestin Mahmud Abbas dengan PM Israel, Ehud Olmert di Jerusalem (al Quds), Khamis (27/12).

Read moreSerangan Terbaru Israel, 6 Pejuang Syahid di Semenanjung Gaza

Abu Zuhri: Penjajah Zionis Pilih Perang Kerana Dunia Arab Diam Membisu


Rabu, 26/12/07 – Gaza: Pihak Gerakan Perlawanan Islam, Hamas mengecam beberapa pertemuan yang dilakukan pimpinan Pemerintah Autoriti (PA) Palestin dengan pihak Rejim Zionis ‘Israel’ dalam situasi pihak penjajah tersebut masih terus melakukan pembunuhan terhadap bangsa Palestin, sama ada di Semenanjung Gaza mahu pun di Tebing Barat.

Read moreAbu Zuhri: Penjajah Zionis Pilih Perang Kerana Dunia Arab Diam Membisu

Israel Akui Tindakan Militannya Tidak Berupaya Menghalang Roket Pejuang Palestin


Khamis, 13/12/07 – Al-Quds: Majlis Kabinet Kecil, penjajah Israel menghalang dikeluarkan arahan operasi militan besar-besaran ke Semenanjung Gaza. Keputusan ini dikeluarkan oleh pihak militan dan politik Israel yang melihat bahawa operasi militan ke Semenanjung Gaza akan gagal menghentikan perjuangan Palestin di Semenanjung Gaza, Selasa (11/12).

Read moreIsrael Akui Tindakan Militannya Tidak Berupaya Menghalang Roket Pejuang Palestin

Haneyya : Pembukaan Sempadan Rafah jalan memecahkan pengepungan ke atas Gaza


Khamis, 6/12/07 – GAZA, (PIC)– Ismail Haneyya, Perdana Menteri kerajaan sementara Palestin Isnin lalu menyatakan keputusan Mesir untuk membuka sempadan di Rafah agar jemaah-jemaah dari Gaza dapat bergerak ke Arab Saudi adalah jalan terbaik bagi memecahkan pengepungan yang dikenakan ke atas Gaza.

Read moreHaneyya : Pembukaan Sempadan Rafah jalan memecahkan pengepungan ke atas Gaza

Israel: Kami Meminta Agar Negara Arab Hadir di Annapolis untuk Sokong Abbas


Rabu, 5/12/07 – Alquds (Terjajah): Menteri Luar Israel, Tzepi Levni menegaskan, kerajaan Ehud Olmert bersungguh-sungguh meminta agar 16 negara Arab hadir dalam pertemuan Annapolis, yang dijalankan pada akhir November lalu, adalah agar negara-negara ini mendukung pembatalan-pembatalan (tuntutan) dari Presiden Mahmud Abbas. Menurutnya, “Tiada pemimpin Palestin yang boleh membatalkan (hak) tanpa sokongan dan dukungan Arab.”

Read moreIsrael: Kami Meminta Agar Negara Arab Hadir di Annapolis untuk Sokong Abbas

Olmert : Persidangan Annapolis untuk Israel dan negara-negara Arab


Selasa, 4/12/07 – BAITULMUQADDIS,PIC– Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert Ahad lalu menyatakan persidangan Annapolis yang diadakan baru-baru ini amat penting untuk keselamatan Israel dan ia disertakan sekali dalam rundingan bersama Palestin pada masa akan datang ke arah pelaksanaan penuh rancangan damai.

Read moreOlmert : Persidangan Annapolis untuk Israel dan negara-negara Arab

Penasihat Abbas: Peluru Berpandu Palestin Tidak Bertanggungjawab


Isnin, 3/12/07 – Ramallah: Namr Hammad, Penasihat politik Mahmud Abbas mengritik apa yang dilakukan kumpulan pejuang Palestin yang melepaskan peluru berpandu ke tempat-tempat Zionis. “Akibatnya ia dijadikan alasan pihak Rejim Zionis untuk menyerang beberapa tempat di Semenanjung Gaza,” kata Hammad.

Read morePenasihat Abbas: Peluru Berpandu Palestin Tidak Bertanggungjawab