Yousef: Keadaan lebih kritikal jika dunia tidak menghalang pengepungan


Khamis, 21/02/08 – GAZA, (PIC)– Dr. Ahmed Yousef, penasihat politik perdana menteri Palestin, Ismail Haneyya Rabu lalu telah memberi amaran bahawa sekiranya masyarakat antarabangsa tidak bersungguh-sungguh untuk menamatkan kepungan di Gaza dan cuba berhubung dengan Hamas, tidak lama lagi akan wujud keadaan yang teruk dan mengejutkan semua orang.

Read moreYousef: Keadaan lebih kritikal jika dunia tidak menghalang pengepungan

Selamatkan Rakyat Gaza !

Berikut Adalah Surat daripada Setiausaha Gerakan al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir untuk umat Islam di seluruh dunia. Surat ini telah dikirimkan kepada pertubuhan-pertubuhan Islam dan kemanusiaan di seluruh dunia. Saya telah diminta untuk menterjemahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia yang peduli terhadap isu Palestin. Beberapa perubahan kecil dari teks asalnya sewaktu proses penterjemahan demi menyesuaikannya dengan budaya, mentaliti dan realiti rakyat Malaysia.Diharapkan agar para pembaca dapat menyebarkan surat ini kepada para pembaca bahasa Melayu yang alin demi menyemarakkan usaha menyelamatkan rakyat Gaza yang sedang menderita akibat kepungan Rejim ZIonis yang zalim dengan bantuan Amerika Syarikat.

Read moreSelamatkan Rakyat Gaza !

Jom Selamatkan Gaza !


Selamatkan Gaza! Ratusan ribu rakyat Palestin berada di ambang kebuluran manakala kanak-kanak, wanita, orang-orang tua, pesakit-pesakit serta ribuan yang lain turut berada di kemuncak krisis kemanusiaan di Gaza. Situasi yang amat kritikal yang sedang berlaku di Gaza ini adalah kerana konspirasi jahat yang dilakukan oleh Yahudi Zionis dengan alasan untuk menjatuhkan HAMAS daripada memerintah Gaza semenjak awal tahun 2006.

Read moreJom Selamatkan Gaza !

Perang Israel-Hizbullah: Siri Ke-3 ?


Isnin, 18/02/08 –
Kompleks ‘Sayyid al-Syuhada’ di bahagian selatan Lubnan telah dibanjiri para penyokong Hizbullah pada 14 Februari 2008. Sewaktu koalisi 14 Mac sedang mengadakan perhimpunan memperingati tiga tahun kematian mantan PM Lubnan, Rafiq al-Hariri, para penyokong Hizbullah pula sedang meratapi pengkebumian pakar pemimpin kanan Hizbullah, Imad al-Mughniyyah yang telah mati terbunuh di dalam satu letupan bom di Syria. Pelbagai pihak menunding jari ke arah Mossad, agen perisikan rejim Zionis Israel sebagai dalang utama letupan tersebut. Mossad yang terkenal dengan operasi pembunuhan para pejuang Palestin dan Lubnan di luar negara, walau bagaimanapun menafikan penglibatan mereka.

Read morePerang Israel-Hizbullah: Siri Ke-3 ?