Penganalisis Israel: Hamas akan bertindak lebih agresif.

Rabu ,31/12/2008 –Para penganalisis Israel menegaskan bahawa perang yang dilakukan oleh militan Israel ke Gaza memasuki fasa sukar. Mereka menegaskan bahawa pukulan keras pertama dan mengejutkan oleh Israel sudah selesai. Kejayaan militan yang mengundang rasa kagum sudah mulai menurun dan musuh (pejuang Palestin) mulai bangkit dan berkobar, merujuk serangan roket Al-Qassam semalam.

Read morePenganalisis Israel: Hamas akan bertindak lebih agresif.

Temuramah Eksklusif Bersama Ust Maszlee Malek Berhubung Serangan Rejim Zionis.

Angka kematian di Gaza semakin meningkat dari hari ke hari. Seluruh dunia kini menumpukan tumpuan kepada serangan terbaru rejim Zionis yang diakui terbesar semenjak 1967.

Ikuti temuramah eksklusif wartawan Palestinkini , Gunx bersama Ustaz Maszlee Malek, seorang penganalisis isu Palestin yang tidak asing lagi yang kini berada di Durham, United Kingdom.

Read moreTemuramah Eksklusif Bersama Ust Maszlee Malek Berhubung Serangan Rejim Zionis.

Terkini : Mahmoud Abbas sudah tahu tarikh sebenar serangan rejim Zionis ?

Rabu ,31/12/2008 –Pengerusi PA Mahmoud Abbas telah mengarahkan pegawai-pegawainya di Ramallah satu hari selepas serangan udara terbesar rejim Zionis ke arah Semenanjung Gaza untuk membentuk satu kumpulan pengganti menteri dalaman dan komander-komander keselamatan bagi pesiapan mengambil alih hal ehwal Gaza apabila Hamas digulingkan, satu laporan rahsia diperolehi oleh PIC.

Read moreTerkini : Mahmoud Abbas sudah tahu tarikh sebenar serangan rejim Zionis ?

Terkini Serangan Rejim Zionis di Gaza. 360 kematian dicatatkan.

Selasa ,30/12/2008 –Dr Moawiya Hassanen, ketua Unit Kecemasan Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, melaporkan tentera udara rejim Zionis terus menyerang pada waktu Subuh hari Selasa dan membunuh 10 Rakyat Palestin.Mereka turut mengebom pihak medik yang cuba memindahkan mangsa yang cedera. Jumlah maut terkini menjadi 360 dalam kurang daripada empat hari, hampir 1700 cedera .

Read moreTerkini Serangan Rejim Zionis di Gaza. 360 kematian dicatatkan.

Angka kematian terkini , 345. Rumah PM Palestin hampir dibom.

Selasa ,30/12/2008 –Sumber-sumber perubatan Palestin di Gaza melaporkan petang Isnin lalu, empat rakyat Palestin, termasuk seorang pemimpin Al Quds Brigades,
sayap bersenjata Islam Jihad, telah terbunuh dalam satu serangan udara Israel di Khan Younis, di selatan Semenanjung Gaza. Jumlah maut terkini di Gaza adalah 345, manakala lebih daripada 1650 telah tercedera.

Read moreAngka kematian terkini , 345. Rumah PM Palestin hampir dibom.

Angka kematian terkini 303 akibat serangan gila rejim Zionis bermula Sabtu.

Isnin,29/12/2008 –Sumber-sumber Palestin melaporkan pada hari Ahad bahawa tentera rejim Zionis telah mengebom beberapa kawasan dalam bahagian yang berbeza di emenanjung Gaza yang mengakibatkan lima Warga Palestin mati dan mencederakan beberapa penduduk . Jumlah yang maut akibat serangan Israel bermula pada hari Sabtu hingga kini berkedudukan pada 303 kematian manakala sekurang-kurangnya 1000 orang penduduk tercedera, 180 dengan kecederaan serius.

Read moreAngka kematian terkini 303 akibat serangan gila rejim Zionis bermula Sabtu.