Israel melakukan pembunuhan besar-besaran dalam sejarah.

Khamis, 29/01/2009 – Ahli Parlimen Palestin Mohammed Faraj Al-Ghoul daripada kumpulan Hamas mengatakan keganasan Israel terhdapa Gaza baru-baru ini merupakan pembunuhan terbesar dalam sejarah dan beliau menegaskan kerajaan Hamas akan mengajar mereka yang terlibat dan membawa ke muka pengadilan. Beliau berkata demikian semasa menerima lawatan delegasi ahli parlimen Maghribi.

Read moreIsrael melakukan pembunuhan besar-besaran dalam sejarah.

Israel memusnahkan bangunan, tanaman dan manusia di Gaza.

Khamis, 29/01/2009 – Delegasi ahli parlimen Switzerland amat terkejut dengan tahap kemusnahan di Gaza dan membuat kesimpulan Israel telah membunuh segala-galanya di Gaza. Tambahan mereka menggesa kerajaan Switzerland yang menjadi penaja konvensyen Geneva untuk memberi bantuan segera dan mendakwa penjenayah perang Israel.

Read moreIsrael memusnahkan bangunan, tanaman dan manusia di Gaza.

Terkini : Israel membedil sempadan Gaza Mesir pagi tadi.

Rabu, 28/01/2009 – Pesawat perang Israel telah membedil pada subuh hari Rabu (28/1/09) ke arah sempadan Gaza / Mesir di selatan Gaza, yang memusnahkan beberapa buah terowong bawah tanah yang digunakan oleh rakyat Palestin untuk membawa barangan keperluan dan komoditi-komoditi dari Mesir setelah Israel dan Mesir terus menerus menutup pintu sempadan hampir 20 bulan .

Read moreTerkini : Israel membedil sempadan Gaza Mesir pagi tadi.

Rejim Zionis terus menerus menculik penduduk Palestin.

Rabu, 28/01/2009 – Lima orang awam Palestin diculik oleh rejim Zionis semasa satu pencerobohan yang mensasarkan pusat bandar raya Tebing Barat , Ramallah dan kampung-kampung berdekatan pada hari Selasa. Di kampung Budrus , sepasukan rejim Zionis mencari dan menggeledah kediaman kemudian menculik tiga orang awam dan membawa mereka ke lokasi-lokasi yang tidak diketahui, saksi melaporkan.

Read moreRejim Zionis terus menerus menculik penduduk Palestin.

Abu Zuhri: Kita sedang mengkaji cadangan perdamaian Mesir, isu Shaleet ditutup.

Rabu, 28/01/2009 – HAMAS menegaskan ia telah menerima cadangan Mesir tentang plan perdamaian dengan regim Zionis di Semenanjung Gaza dan institusinya sedang mengkaji cadangan tersebut dengan mendalam serta akan memaklumkan kepada Kaherah tentang pendiriannya terhadap isu tersebut dalam masa dua hari.

Read moreAbu Zuhri: Kita sedang mengkaji cadangan perdamaian Mesir, isu Shaleet ditutup.

Kuwait tidak akan menyalurkan bantuan kewangan kepada Mahmoud Abbas.

Rabu, 28/01/2009 – Presiden Kuwait, Sheikh Subah Al-Ahmad Al-Subah telah mengumumkan bahawa kerajaan Kuwait hanya akan menyalurkan bantuan kewangan ke Gaza melalui Tabung Pembangunan Arab dan tidak akan menyalurkan ke Mahmoud Abbas. Keputusan itu di buat berdasarkan kebimbangan pihak Kuwait jika bantuan itu di salurkan melalui Mahmoud Abbas, duit itu akan di salahgunakan . Keputusan … Read moreKuwait tidak akan menyalurkan bantuan kewangan kepada Mahmoud Abbas.

Ramallah lancar kempen burukkan Hamas.

Jumaat, 23/01/2009 – Hamas menyatakan satu kempen yang dilancarkan oleh pemerintah boneka Dayton yang secara sistematik memburukkan Hamas dan kumpulan pejuan lain berikutan kemenangan Hamas dan pejuang lain ke atas Zionis-Israel. Sebaik sahaja Zionis-Israel memberhentikan operasi mereka, media-media terus digunakan untuk memburuk-burukan Hamas. Beberapa pemimpin kerajaan boneka Dayton secara terbuka menghamburkan fitnah(kerajaan boneka Dayton merujuk kepada kerajaan yang dibentuk oleh Jeneral Amerika Keith Dayton. Antara pimpinan mereka Salam Fayad, Mahmud al Habbash dan Yasr Abu Rabi).

Read moreRamallah lancar kempen burukkan Hamas.