Selasa, 31/03/2009 – Presiden Syria, Basyar al-Asad menegaskan perdamaian dengan Zionis-Israel tidak akan berhasil tanpa disertai dengan tekanan kumpulan pejuan. Ini menunjukkan sokongan terhadap para pejuang. Asad bercakap ketika menghadiri KTT Arab di Doha. Sehingga kini, tidak ada lagi rancangan perdamaian yang berjaya kerana terdapat banyak perkara-perkara asas perdamaian tidak dipenuhi.
Month: March 2009
Atas dasar kesatuan, kerajaan HAMAS di Gaza bebaskan 38 tawanan FATAH.
Selasa, 31/03/2009 – Gerakan HAMAS di Gaza, yang mana kerajaan yang dipilih rakyat Palestin bersetuju membebaskan 38 tawanan sekutu mereka, parti Fatah. Tindakan tersebut diambil apabila meneliti ia adalah baik untuk menjayakan pembentukan kesatuan dalam kerajaaan.
Read moreAtas dasar kesatuan, kerajaan HAMAS di Gaza bebaskan 38 tawanan FATAH.
Forum anggota parlimen Islam kesal atas tindakan Israel menculik ahli MP.
Selasa, 31/03/2009 – Forum Kebangsaan yang dihadiri oleh anggota parlimen Islam dengan tegas mengecam Israel kerana menculik para penggubal undang-undang juga sebagai rakyat Palestin, mereka juga menggesa Israel membebaskan semua MP dan para menteri daripada penjara Israel tanpa syarat.
Read moreForum anggota parlimen Islam kesal atas tindakan Israel menculik ahli MP.
(Gambar) RM150,000.00 utk Palestin dari Aman Palestin.
Aman Palestin sekali lagi telah menyerahkan RM150,000.00 bersamaan £30,000.00 kepada wakil Gaza yang datang ke Malaysia setelah mendapat jemputan khas dari Aman Palestin. Wakil tersebut yang diketuai oleh Ummu Mohd (isteri kepada as Syahid Dr. Rantisi) sedikit sebanyak telah menyuburkan serta menyemarakkan lagi isu Palestin terutamanya Gaza di hati umat Islam di Malaysia.
Read more(Gambar) RM150,000.00 utk Palestin dari Aman Palestin.
Haneyya tuntut pemimpin Arab laksana resolusi PBB.
Isnin, 30/03/2009 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya menuntut para pemimpin Arab agar membawa para penjenayah perang zionis ke mahkamah terhadap jenayah yang mereka lakukan di Gaza. Beliau turut menuntut agar hubungan diputuskan dengan regim zionis dan melaksanakan semua resolusi sidang kemuncak Arab agar sekatan terhadap semenanjung Gaza dibatalkan.
Al-Zahhar: Perbincangan Kaherah tidak akan mengulangi kesilapan lalu.
Jumaat, 27/03/2009 – Dr Mahmoud al-Zahhar, seorang pimpinan HAMAS dan ahli parlimen Palestin menegaskan matlamat utama yang ingin dicapai oleh HAMAS dalam perbincangan yang sedang berlangsung di Kaherah ialah menghalang daripada berulangnya pengalaman lalu apabila beberapa kumpulan Palestin tidak memberikan komitmen terhadap keputusan perbincangan tersebut. Beliau juga menegaskan bahawa HAMAS sekarang lebih kuat selepas serangan terhadap Gaza baru-baru ini.
Read moreAl-Zahhar: Perbincangan Kaherah tidak akan mengulangi kesilapan lalu.
Boikot atau tidak Boikot?
oleh Maszlee Malek
Usai perjumpaan dengan ahli-ahli parlimen EU dan juga pegawai-pegawai dari EU commission di pejabat EU di Brussels, saya dan ahli kumpulan pelobi isu Palestin dari Durham mula mencari ruang untuk merehatkan minda. Tidak mudah untuk melakukan usaha lobi, lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan pihak-pihak yang terlibat secara langsung di dalam isu berkenaan. Lebih sulit lagi apabila ianya melibatkan pihak yang sinis terhadap perjuangan Palestin.
Israel pindahkan tujuh pemimpin Hamas ke tahanan pentadbiran .
Jumaat, 27/03/2009 – Ramattan News Agency melaporkan Khamis lalu bahawa pihak berkuasa Israel telah memindahkan tujuh pemimpin Hamas yang diculik baru-baru ini, ke tahanan pentadbiran selama enam bulan tanpa sebarang perbicaraan. Keputusan diambil selepas satu permintaan dibuat oleh pendakwa raya Israel di Mahkamah Penjara Ofer.
Read moreIsrael pindahkan tujuh pemimpin Hamas ke tahanan pentadbiran .
Haniyah: Kami akan tinggal di atas tanah kami.
Jumaat, 27/03/2009 – PM Palestin Ismail Haniyah menegaskan menolak konspirasi untuk menempatkan rakyat Palestin di luar tanah Palestin. Haniyah turut menyatakan komitmennya untuk mengembalikan mereka yang berada di kem-kem pelarian dan mendirikan negara Palestin yang bebas dan berpusat di al-Quds. Hal tersebut dinyatakan semasa penganugerahan Jordan kepada Haniyah.
Badan Tertinggi Mesir di Israel dalam usaha menjayakan perjanjian pertukaran tawanan.
Jumaat, 27/03/2009 – Agensi berita Quds menyiarkan berita semalam (Rabu) berkenaan dengan Delegasi Keamanan Tertinggi Mesir yang tiba di Israel dalam usaha mengadakan rundingan untuk mengurangkan secara tidak langsung perselisihan antara Hamas dan Israel dalam usaha penukaran tawanan.
Read moreBadan Tertinggi Mesir di Israel dalam usaha menjayakan perjanjian pertukaran tawanan.
Haneyya: Kita akan teruskan perjuangan.
Khamis, 26/03/2009 – Ismail Haneyya, ketua kerajaan Palestin menegaskan penolakannya terhadap konspirasi ‘tanahair alternatif’. Beliau juga menegaskan kerajaannya berpegang teguh dengan hak untuk kembali dan menegakkan negara Palestin yang beribunegarakan bandar Baitul Maqdis.
Dahlan masuk Beirut 2 hari sebelum terbunuhnya Kamal Mehdat.
Khamis, 26/03/2009 – Stesen TV independen Lubnan menyiarkan berita yang sumbernya sahih melaporkan bahawa Mohamad Dahlan telah masuk ke Beirut 2 hari sebelum terbunuhnya delegasi PLO, Kamal Mihdat. Stesen TV turut melaporkan bahawa Dahlan ke Beirut dengan menggunakan visa Mesir dan menginap di bahagian timur Beirut. Ini menimbulkan tanda tanya kepada masyarakat umum khususnya rakyat … Read moreDahlan masuk Beirut 2 hari sebelum terbunuhnya Kamal Mehdat.
Terkini : Siri Ceramah Isu Palestin oleh Ummu Muhammad.
Mula jam 8:30 malam
(Gambar) Ummu Muhammad di Masjid Shah Alam pada 24/3/09.
oleh gunx
Antara gambar yang sempat diambil Pkini dalam siri ceramah beliau. Antara yang dapat disimpulkan ucapannya adalah peri pentingnya mengasuh generasi akan datang dengan semangat jihad. Jihad bukan terhad kepada mengangkat senjata malah dikembangkan kepada perkara2 lain seperti menuntut ilmu, menerangkan antara hak dan batil. Kegigihan Ummu Muhammad yang mempunyai 6 orang anak serta 22 orang cucu begitu mengujakan para hadirin. Di dalam ketiadaan suami tercinta yang gugur syahid, beliau masih gigih belajar di Universiti Gaza. Di sini , kita nampak akan peri pentingnya ilmu dan amal buat bekalan para mujahid.
Di akhir sessi , beliau memeluk setiap muslimat yang hadir sehingga ada di antara muslimat yang menangis dalam pelukan beliau. Satu senario yang sungguh syahdu dan seharusnya ‘aura’ yang dibawa Ummu Muhammad meresap ke dalam diri2 kita.
lagi gambar di dalam…
Read more(Gambar) Ummu Muhammad di Masjid Shah Alam pada 24/3/09.
Parti Buruh bentuk kerajaan campuran pimpinan Benjamin Netanyahu.
Khamis, 26/03/2009 – Parti Buruh bersetuju untuk bergabung dengan kerajaan campuran pimpinan presiden Parti Likud, Benjamin Netanyahu, seorang pelampau, pada hari Selasa (24/3) selepas mengadakan pertemuan intensif di antara kedua-dua belah pihak.
Read moreParti Buruh bentuk kerajaan campuran pimpinan Benjamin Netanyahu.