(Terkini) Obama mohon undang-undang Amerika digubal supaya Hamas boleh dibawa berbincang.

Khamis,  30/04/2009 – Akhbar Los Angeles Times berkata pada hari Isnin pihak pentadbiran Amerika mahu undang-undangnya digubal agar Hamas boleh dibawa berbincang dimana undang-undang yang sedia ada melarang sebarang perbincangan dengan Hamas sehingga Hamas ikitiraf negara haram Israel, meletakkan senjata, dan mengikitiraf semua perjanjian yang ditandatangani di antara PLO and Israel.

Read more(Terkini) Obama mohon undang-undang Amerika digubal supaya Hamas boleh dibawa berbincang.

Jenin : Remaja bergaduh mati ditikam.

Rabu,  29/04/2009 – Agensi berita Maan melaporkan pada hari Selasa malam satu pergaduhan antara remaja menyebabkan seorang remaja, Ahmad Ghazi Abu Al Rob, 18, ditikam hingga mati dan seorang lagi berusia 17 tahun cedera parah yang kini dirawat di Hospital Jenin. Leftenan Radhi Aseeda menyatakan kekesalan atas kejadian tersebut dan pihaknya berjaya mengawal keadaan tersebut serta … Read moreJenin : Remaja bergaduh mati ditikam.

Hamdan: Abu Mazin memandulkan dialog nasional Palestin sebelum ia bermula.

Selasa,  28/04/2009 – Usamah Hamdan, wakil HAMAS di Lubnan berpendapat Mahmoud Abbas, Presiden Palestin yang sudah tamat tempoh pemerintahannya telah memandulkan dialog nasional Palestin dalam ucapannya hari ini. Beliau juga menambah isi-isi ucapan Abbas saling bercanggahan. Beliau seterusnya menegaskan bahawa perjuangan yang dilakukan HAMAS adalah hak yang diperakui dan dijamin oleh undang-undang, manakala perancangan Abu Mazin yang mahu menghentikan perjuangan tersebut tidak lahir daripada kelestarian nasional Palestin.

Read moreHamdan: Abu Mazin memandulkan dialog nasional Palestin sebelum ia bermula.

5 tentera rejim Zionis cedera dan 20 rakyat Palestin ditangkap.

Jumaat,  24/04/2009 – Satu pergaduhan tercetus antara tentera Zionis Israel dengan rakyat Palestin di sini. Pergaduhan berpunca apabila tentera Zionis Israel menyerbu dan menyelongkar rumah rakyat Palestin. Di laporkan seramai 5 orang tentera Zionis Israel cedera dan 20 rakyat Palestin ditangkap. Akibat kejadian itu, Zionis Israel menutup jalan-jalan ke Kafr Qasim. Turut berada di situ ialah … Read more5 tentera rejim Zionis cedera dan 20 rakyat Palestin ditangkap.

HAMAS nafi beri cadangan baru damai dengan Zionis.

Khamis,  23/04/2009 – Anggota Biro Politik HAMAS, Muhamamd Nasr menafikan wujud cadangan baru mengenai perjanjian perdamaian yang telah dicapai di Kaherah baru-baru ini dengan pihak Zionis. Beliau juga menegaskan HAMAS tetap berpegang teguh dengan syarat-syaratnya yang telah dipersetujui sebelum ini dengan perantaraan Mesir.

Read moreHAMAS nafi beri cadangan baru damai dengan Zionis.