Categories
Berita Semasa

Lima rakyat Palestin cedera dalam serangan udara Israel.

Khamis,  07/05/2009 – Sumber perubatan Palestin di Gaza melaporkan pada hari Rabu bahawa 5 rakyat Palestin cedera dalam 2 serangan udara F-16 Israel di kawasan sempadan Rafah-Mesir yang dikatakan kawasan berterowong digunakan untuk membawa bahan-bahan makanan dan senjata ke Gaza.

Categories
Berita Semasa

(Terkini) Seorang pemuda mati ditembak di Masjid Ibrahimi.

Khamis,  07/05/2009 – Sumber perubatan Palestin di Hebron, selatan Tebing Barat pada Rabu malam lalu melaporkan askar Israel telah menembak dan membunuh seorang pemuda dekat Masjid Ibrahimi.

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Haneyya seru masyarakat antarabangsa sekat keganasan Zionis.

Rabu,  06/05/2009 – Kerajaan Palestin yang diketuai oleh Ismail Haneyya menyeru masyarakat antarabangsa agar berusaha untuk mengekang keganasan yang semakin memuncak dilakukan oleh para pemimpin regim Zionis. Ini perlu dilakukan bagi menghalang mereka melakukan jenayah yang lebih besar terhadap rakyat Palestin.

Categories
Berita Semasa

Bantuan Gaza ke-3 dari OIC akan sampai.

Rabu,  06/05/2009 – Duta Atta al-Mannan Bakheet, Penolong Setiausaha Jabatan Kemanusiaan OIC telah menyatakan bantuan konvoi yang terdiri daripada 40 buah trak bantuan, akan sampai ke Semenanjung Gaza pada Rabu ini.

Categories
Foto/Video/Muzik

(Gambar) Keadaan rumah rakyat Palestin.

Rakyat Palestin berdiri di luar rumah yang diperbuat daripada tanah liat di kem pelarian Rafah di selatan Jalur Gaza. Gambar ini bertarikh 29 April 2009 . Rejim Zionis melarang sebarang kemasukan barang binaan ke Gaza semenjak serangan terbaru mereka Januari lalu.

 sumber gambar dari http://electronicintifada.net/

Categories
Berita Semasa

Belanjawan Zionis 2009 dijangka alami defisit 10 bilion dolar.

Selasa,  05/05/2009 – Kementerian Kewangan kerajaan Zionis menjangkakan akan berlaku defisit dalam belanjawan 2009 sebanyak 44.8 bilion shekel (10.8 bilion dolar) atau menyamai 6% daripada keseluruhan penghasilan tempatan, sambil menegaskan defisit itu berlaku kerana penurunan besar cukai yang dikutip kesan daripada krisis ekonomi global.