(Terkini) Perniagaan organ badan, satu lagi siri jenayah Zionis

Khamis,  27/08/2009 – Perniagaan organ badan para syuhada’ Palestin adalah satu jenayah yang sudah lama berlaku yang baru-baru ini menyebabkan pertelingkahan di antara orang-orang Sweden dan regim Zionis. Meskipun ia tidaklah dianggap sebagai jenayah yang utama, namun ia menambahkan satu lagi siri jenayah Zionis yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Read more(Terkini) Perniagaan organ badan, satu lagi siri jenayah Zionis

(Terkini) Israel tubuhkan mahkamah khas untuk menahan kanak-kanak Palestin

Khamis,  27/08/2009 – Pihak Keselamatan Israel telah mengumumkan bahawa mereka bakal membina sebuah mahkamah khas untuk kanak-kanak Palestin yang ditahan tentera Israel di wilayah Palestin yang mereka jajah. Ini merupakan keputusan yang pertama kali didengari sejak menjajah Palestin selama 42 tahun. Sumber Israel melaporkan, Jeneral Brigade Gadi Shamni, GOC Central Command bagi tentera Israel, telah mengesahkan penubuhan mahkamah tersebut yang bakal menghukum segala kes melibatkan tahanan-tahanan bawah umur.

Read more(Terkini) Israel tubuhkan mahkamah khas untuk menahan kanak-kanak Palestin

(Terkini) Pecahkan kepungan Gaza bagi laluan ubat-ubatan.

Khamis,  27/08/2009 – Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza menyuarakan rayuan kepada kumpulan hak asasi manusia dan pertubuhan kesihatan antarabangsa membantah pengepungan Israel dengan tujuan membenarkan kemasukan ubat-ubatan dan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza terutama kepada 400 pesakit yang berada dalam keadaan kritikal.

Read more(Terkini) Pecahkan kepungan Gaza bagi laluan ubat-ubatan.

(Terkini) Penduduk haram Zionis ceroboh masuk Masjidil Aqsa

Isnin,  24/08/2009 – Penduduk haram Yahudi pada hari Ahad telah menceroboh masuk ke dalam Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis, dan menjalankan upacara keagamaan, lapor Yayasan Aqsa. Yayasan tersebut melaporkan dalam satu kenyataan, pihak Polis Israel telah melindungi dan pengawal penduduk haram tersebut yang sedang mengadakan upacara keagamaan berdasarkan kitab Talmud.

Read more(Terkini) Penduduk haram Zionis ceroboh masuk Masjidil Aqsa

Laporan dibuat tergesa-gesa dan banyak kecacatan.

Jumaat,  21/08/2009 – HAMAS mengumumkan penolakannya terhadap hasil laporan yang dikeluarkan oleh Yayasan al-Haqq mengenai situasi yang menyelubungi kematian Hamadnah, salah seorang pejuangnya di dalam penjara militia Mahmoud Abbas di Tebing Barat pada minggu lepas. Ia menegaskan bahawa laporan tersebut dibuat secara tergesa-gesa dan dipenuhi dengan pelbagai kecacatan.

Read moreLaporan dibuat tergesa-gesa dan banyak kecacatan.

(Terkini) Tentera Al Ummah dakwa Hamas menyimpang dari Islam.

Khamis,  20/08/2009 – Tentera Al Ummah Kebangsaan, sebuah kumpulan gerakan di Gaza, mendakwa dalam satu siding media pada Rabu, bahawa Gerakan Pejuangan Islam ( Hamas ) telah menyimpang dari ajaran Islam dan ajarannya, serta menuruti sistem barat. Kumpulan Al Ummah juga memberi amaran akan bertindak balas jika Hamas mensasarkan serangan ke atas pejuang dan ahli mereka. Dakwaan ini berlaku selepas tentera Al-Ummah menjadi mangsa serangan pasukan keselamatan Hamas pada tahun lepas, sedangkan Hamas mendakwa mereka menyerang kumpulan yang menentang penguasaan mereka di Gaza.

Read more(Terkini) Tentera Al Ummah dakwa Hamas menyimpang dari Islam.

UNRWA mohon sumbangan segera $181 juta untuk Gaza.

Selasa,  18/08/2009 – United Nations Relief and Work Agency (UNRWA)mengemukakan tuntutan segera bagi menarik sumbangan negara-negara lain sebanyak USD181juta bagi meneruskan usaha membangunkan semula Semenanjung Gaza yang mana 70% penduduknya bergantung kepada bantuan kemanusiaan. UNRWA juga menambah, dalam keghairahan umat Islam yang bakal menyambut bulan mulia, Ramadhan, agensi tersebut memerlukan sumbangan bagi menampung bantuan makanan dan kewangan bagi keluarga yang memerlukan bagi membina tempat tinggal, dan membuka peluang pekerjaan.

Read moreUNRWA mohon sumbangan segera $181 juta untuk Gaza.