Israel menafikan laporan penculikan seorang askar mereka.

Sabtu,  15/08/2009 – Polis Israel dan pegawai keselamatan melaporkan pada Khamis bahawa laporan penculikan seorang askar Israel adalh palsu, dan tidak ada seorang tentera pun yang telah diculik. Pada sebelah tengah hari, polis Israel telah menerima laporan bahawa dua orang yang tidak dikenali telah memaksa seorang askar masuk ke dalam sebuah kenderaan berhampiran Lapangan Terbang Ben Gurion, dan terus melarikan diri.

Read moreIsrael menafikan laporan penculikan seorang askar mereka.

Dua penduduk haram yahudi cedera terkena tembakan rakyat Palestin.

Jumaat,  14/08/2009 – Sumber kententeraan Israel melaporkan bahawa dua orang penduduk haram mereka cedera ringan selepas dua orang pejuang Palestin membuat tembakan rambang ke kenderaan penduduk haram tersebut di kawasan penempatan haram Yahudi Givat Horoeh, Utara Tebing Barat. Kedua-dua orang mangsa tersebut kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital Israel di Baitul Maqdis, dan tentera Zionis menggerakkan usaha menjejaki pejuang tersebut.

Read moreDua penduduk haram yahudi cedera terkena tembakan rakyat Palestin.

Ribuan penduduk sambut kepulangan Muhammad Mansour selepas 25 tahun tahanan

Khamis, 13/08/2009 – Propinsi Tulkarem seolah-olah menyaksikan majlis perkahwinan nasional yang amat meriah. Ia adalah majlis sambutan seorang pimpinan, Muhammad Mansour yang berasal dari bandar Bal’a, timur Tulkarem, salah seorang tawanan penting HAMAS dalam penjara Zionis, yang dibebaskan pada hari Selasa (11/8) selepas lebih 25 tahun dihabiskannya sebagai tawanan.

Read moreRibuan penduduk sambut kepulangan Muhammad Mansour selepas 25 tahun tahanan

Netanyahu hubungi Mubarak untuk ucap terima kasih kerana berjaya gagalkan cubaan membunuh duta Israel.

Selasa,  11/08/2009 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menghubungi Presiden Mesir, Hosni Mubarak semalam (Isnin) untuk mengucapkan terima kasih kepada Presiden itu dan pihak keselamatannya yang telah menahan kumpulan yang merancang untuk membunuh Duta Israel.

Read moreNetanyahu hubungi Mubarak untuk ucap terima kasih kerana berjaya gagalkan cubaan membunuh duta Israel.

Ahli Parlimen Abu Halabiya beri amaran akan serangan berterusan Israel ke atas Jerusalem.

Selasa,  11/08/2009 – Ahli Parlimen bernama Ahmed Abu Halabiya yang merupakan ketua Institut Antarabangsa Al-Quds, cawangan Gaza memberi amaran bahawa serangan dan keganasan berterusan Israel ke atas Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa serta tempat-tempat suci umat Islam telah benar-benar melampaui batas.

Read moreAhli Parlimen Abu Halabiya beri amaran akan serangan berterusan Israel ke atas Jerusalem.

Kempen antrabangsa gesa speaker Arab melobi untuk membebaskan MP Palestin.

Isnin,  10/08/2009 – Kempen antarabangsa yang memperjuangkan pembebasan ahli parlimen ( MP ) Palestin yang ditahan di dalam penjara Rejim Zionis  telah mengeluarkan satu mesej kepada semua speaker parlimen Arab bagi mengajak untuk menyertai kempen tersebut bagi menghidupkan semula kes penculikan tersebut yang semakin dilupai.

Read moreKempen antrabangsa gesa speaker Arab melobi untuk membebaskan MP Palestin.