IHH memberi amaran sekatan ketat menyebabkan bilangan kematian semakin meningkat di Gaza.

Rabu, 30/12/2009 – Yayasan Kemanusian Turki ( IHH ) yang beroperasi di Semenanjung Gaza, telah mengeluarkan satu amaran semalam bahawa kadar kematian di Gaza semakin meningkat disebabkan sekatan yang ketat ke atas wilayah itu lebih 3 tahun daripada menerima keperluan harian penduduknya. Jurucakap IHH, Mohamed Kaya, semasa sidang media di Gaza, atas nama hak asasi manusia dan dunia, Yayasan Kemanusia di seluruh dunia menyeru tindakan segera harus diambil bagi menyelamatkan Gaza.

Read moreIHH memberi amaran sekatan ketat menyebabkan bilangan kematian semakin meningkat di Gaza.

Kementerian Pertahanan membuat permohonan untuk selamatkan nyawa pesakit jantung di penjara Israel.

Rabu, 30/12/2009 – Jabatan Urusan Tahanan Palestin melaporkan Selasa lalu bahawa keadaan kesihatan banduan Zamel Shalluf di penjara pusat Beersheba Eichel semakin serius selepas beliau menjalani pembedahan jantung, pada masa sama, turut merayu semua organisasi yang bersangkutan dengan hak asasi manusia dan urusan tahanan agar menyelamatkan nyawa beliau.

Read moreKementerian Pertahanan membuat permohonan untuk selamatkan nyawa pesakit jantung di penjara Israel.

Rasyq: Hamas hormati kedaulatan Mesir.

Rabu, 30/12/2009 – Salah seorang pimpinan HAMAS, Ezzat Rasyq mengingatkan bahaya yang boleh melanda akibat keputusan kerajaan Mesir membangunkan tembok di sempadan Gaza. Rasyq menyeru agar kerajaan Mesir menimbang semula keputusan itu. Beliau menyatakan apa yang menjadi masalah kepada kerajaan Mesir bukanlah penduduk di Gaza tetapi Zionis-Israel. Sekatan yang di buat oleh Zionis-Israel sudah banyak melanggar hak-hak kemanusiaan. Majoriti yang menjadi mangsa kezaliman ini adalah kanak-kanak. Dengan adanya tembok baru itu, keadaan akan menjadi semakin buruk.

Read moreRasyq: Hamas hormati kedaulatan Mesir.

Bahr: Tembok Besi sebahagian daripada polisi hukuman kejam di Gaza.

Selasa, 29/12/2009 – Dr Ahmed Bahr, wakil pertama Pengerusi Badan Perundangan Palestin (PLC), menyatakan pada Rabu bahawa pembinaan tembok besi di sempadan Palestin-Mesir adalah sebahagian daripada polisi hukuman yang dikenakan Mesir ke atas Semenanjung Gaza. Beliau mengatakan pada sidang akhbar yang diadakan di pejabatnya tembok ini memberikan penunjuk negatif tentang permulaan tercetusnya perang baru di Gaza. Beliau juga mengatakan bahawa pembinaan tembok ini bertentangan dengan sarana Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang telah secara terbuka menyatakan bahawa beliau tidak akan membiarkan rakyat Palestin di Gaza kebuluran.

Read moreBahr: Tembok Besi sebahagian daripada polisi hukuman kejam di Gaza.

Jamal Orgiq, Dipenjarakan selama 21 tahun di penjara Zionis-Israel

Selasa, 29/12/2009 – Kementerian Urusan Tahanan Palestin menegaskan bahawa jumlah tahanan Palestin yang dipenjara lebih dari 20 tahun di penjara-penjara Zionis-Israel telah meningkat kepada seramai 110 tahanan. Jamal Orgiq adalah salah seorang tahanan yang telah menghabiskan tempoh 20 tahun di penjara Zionis-Israel. Jamal di tahan paa Disember 1989 kerana terlibat dengan HAMAS. Seorang lagi tahanan, Nael Barghouti sudah menduduki penjara Zionis-Israel selama 32 tahun.

Read moreJamal Orgiq, Dipenjarakan selama 21 tahun di penjara Zionis-Israel

Kementerian pertanian: Para petani Gaza dihalang dari bercucuk tanam di kawasan yang telah dibom.

Selasa, 29/12/2009 – Kementerian pertanian Palestin di Gaza menyatakan Isnin lalu bahawa larangan kepada para petani untuk bertani, menternak haiwan peliharaan dan menggunakan perigi-perigi telah dikuatkuasakan di kawasan-kawasan yang telah dibom oleh pihak Israel dalam perang terdahulu.

Read moreKementerian pertanian: Para petani Gaza dihalang dari bercucuk tanam di kawasan yang telah dibom.

Mishaal: Perjanjian pertukaran banduan berhadapan pelbagai halangan.

Selasa, 29/12/2009 – Khaled Mishaal, ketua biro politik Hamas, menyatakan Selasa lalu bahawa perjanjian pertukaran banduan masih berdepan dengan halangan berikutan keengganan pihak Israel untuk memenuhi tuntutan penduduk Palestin, pada masa sama peranan penting yang dimainkan oleh German selaku pengantara perjanjian ini.

Read moreMishaal: Perjanjian pertukaran banduan berhadapan pelbagai halangan.