Categories
Berita Semasa

Netanyahu: “Saya Tidak Mencadangkan Rakyat Amerika Untuk Memperluaskan Pembekuan”

Khamis, 02/09/2010 – Perdana Menteri Negara haram Israel, Benjamin Netanyahu, berkata kepada para menterinya pada hari Ahad bahawa dia tidak pernah melakukan perjanjian dengan kerajaan AS untuk melanjutkan pembekuan penjajahan di Tebing Barat.

Ketika pertemuan Netanyahu berkata ” Kami mengatakan bahawa masa depan masyarakat akan dibahas sebagai salah satu perkara dalam penyelesaian akhir bersama dengan isu-isu lain. Kami tidak melakukan apa-apa perjanjian tentang isu ini dengan rakyat Amerika .. ”

Minggu lalu Netanyahu dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas menerima jemputan dari Rumah Putih untuk memulakan perbincangan damai secara langsung pada 1 dan 2 September.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : shuhada

Categories
Berita Semasa

Kapal “Gaza” bersedia untuk bantuan kemanusiaan Pakistan

Rabu, 01/09/2010 – Kapal “Gaza” sedang bersiap sedia untuk berlayar membawa misi bantuan kemanusiaan yang baru, kali ini ke Pakistan, yang teruk dilanda bajir kilat. Kapal ini adalah salah satu dari anak kapal armada “Freedom Flotilla” yang telah diserang tanpa hak oleh pasukan tentera Zionis bulan Mei lalu.

Dipetik daripada “Al-Jazeera Net”, Pengerusi Suruhanjaya Bantuan Kemanusiaan, Bulent Yildirim, menegaskan bahawa armada ini akan tetap meneruskan misi bantuan kemanusiaannya, “meskipun maih terluka akibat serangan “Israel” ke atasnya di perairan antarabangsa semasa armada ini dalam perjalanannya membawa bantuan kemanusiaan ke kawasan yang yang menghadapi krisis dan peperangan yang lalu”.

Jelas Yildirim lagi, kapal akan bertolak dari Pelabuhan Iskenderun, Turki, sambil membawa bahan bantuan untuk rakyat Pakistan. Pakistan sedang menghadapi krisis kemanusiaan terburuk dalam sejarahnya apabila dilanda banjir yang memusnahkan lebih satu perlima dari negara ini.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

AS menyediakan bahan bakar kepada Israel untuk tujuan ketenteraan

Rabu, 01/09/2010 – Amerika Syarikat telah memutuskan untuk menyediakan sejumlah besar bahan bakar kepada pendatang Israel untuk tujuan ketenteraan. Ia termasuklah bahan bakar untuk kapal terbang perang dan helikopter juga untuk kenderaan ketenteraan sebagai pembawa askar dan lain-lain.

Menurut laman Israel “Tech Deepak”, dengan bahan bakar yang dianggarkan bernilai hampir 2 billion syikal itu, tentera zionis Israel dijadualkan akan menerima 1.075 billion liter bahan bakar jet, dan seribu liter bahan bakar untuk kereta kebal serta 227 liter bahan bakar untuk pelbagai kenderaan militan.

Lawan web ini mengesahkan bahawa sebagai langkah kerjasama ketenteraan, Pihak Agensi US akan membekalkan bahan mentah sejumlah yg diperuntukan oleh Kongres US pada 6hb ini. Iaitu 10 hari selepas menyasarkan tangki minyak Jepun yang berada di selat Horrus di Wilayah perairan Oman.

Sumber-sumber keselamatan Israel mendakwa bahawa bot Saudi yang dilancarkan dari Iran di bawah naungan Pengawal Revolusi Iran, adalah bot yang melakukan serangan terhadap kapal tangki Jepun.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : shuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Buka Tembakan Terhadap Nelayan di Rafah

Rabu, 01/09/2010 – Kapal ronda Israel yang ditempatkan di pantai Rafah, selatan Jaluran Gaza, melepaskan tembakan ke arah pantai Rafah menggunakan senjata mesingan dan bom roket terhadap kapal-kapal nelayan Palestin tetapi tiada yang terkorban.

Sumber-sumber tempatan di bandar Rafah mengatakan bahawa kapal ronda Israel menembak perahu nelayan sekali sekala sementara mereka berada di laut di Rafah dari masa ke masa, memaksa beberapa nelayan untuk keluar dari laut. Nelayan Palestin menghadapi gangguan hampir setiap hari dari tentera Zionis yang tersebar dalam kapal ronda sepanjang pantai di Jaluran Gaza, yang mengakibatkan kecederaan, hasil nelayan terganggu selain kerosakan material serius untuk perahu mereka, serta siri penangkapan terhadap mereka.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Mossad Bunuh Pemimpin Al Qassam Dengan Cara Yang Keji

Rabu, 01/09/2010 – Dengan cara yang hampir serupa dengan pembunuhan Al-Mabhuh, Mossad membunuh salah seorang pemimpin Al-Qassam di Gaza, dua hari yang lalu.

Hasil pemeriksaan terhadap jasad pemimpin Al-Qassam yang meninggal di Gaza, Jum’at (27/8), Sami Annan (39 tahun), pihak keluarga merasa hairan dengan keadaan tubuh Annan. Sebelumnya mereka mengira Annan terbunuh dengan senjata biasa. Namun ternyata dibadannya terdapat beberapa tanda penyeksaan. Di tangan kirinya terdapat tanda suntikan racun manakala di bawah perutnya terdapat bekas rencatan elektrik.

Wartawan Quds Press dalam laporannya menyebutkan, pihak keluarga menolak kehadiran para pengunjung sebelum jelas siapa yang bertanggungjawab atas kematian saudaranya. Perlu dijelaskan, bahawa Sami Annan meninggal secara tidak wajar. Disuntik dengan racun yang tidak ada di Gaza serta direncat dengan aliran elektrik bervoltan tinggi. Mereka menuding pihak perisikan Zionis berada disebalik jenayah tidak berperikemanusiaan ini. Tidak ada yang pihak berkepentingan dengan matinya para mujahid kecuali perisikan Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Hamdan : Zionis dan Amerika periuk nasi Abbas

Rabu, 01/09/2010 – Usamah Hamdan, ahli jawatankuasa Biro Politik Hamas menyifatkan bahawa Presiden Fattah, Mahmoud Abbas, sebagai bertindak melampaui batas sewaktu rundingan kerana mengabaikan beberapa hak yang amat penting berkaitan isu Palestin. Katanya, “penyertaan Abbas di dalam rundingan hanyalah membuka lebih ruang bagi penjajahan”.

Hamdan menambah kenyataannya lagi sewaktu temubual bersama akhbar harian “Palestin”, terbitan hari Isnin (30 Ogos), “rundingan ini bertujuan untuk menjaga air muka Washington, di samping menjual peluang kepada penjajah (Zionis) dan dibayar dengan harga pencabulan hak Palestin”.

Hamdan menyambung, pasukan yang dipimpin Abbas cukup sedar bahawa kemandirian parti mereka di dalam politik ini bergantung sepenuhnya kepada Pentadbiran Amerika yang memberi mereka sokongan politik untuk terus memerintah Palestin, dan tegasnya lagi,”Abbas berada di dalam posisi di mana beliau tidak mampu untuk menolak atau membangkang keputusan rundingan dengan Zionis, dan ini disebabkan mereka telah menyerahkan diri bulat-bulat kepada Zionis dan Amerika,dan mereka akan terus bersekongkol dengan mereka walaupun sehingga ke tahap kerja yang paling rendah”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Hebron: Rejim Zionis menahan 2 warga Palestin

Rabu, 01/09/2010 –Tentera rejim Israel menyerbu Kampung Saer di bandar Hebron, Tebing Barat pada hari Isnin. 2 warga Palestin ditahan, menurut laporan sumber tempatan.

Sumber-sumber keselamatan mengatakan, tentera rejim Israel menyerbu kediaman Zedan Al-Frokh dan menahan beliau. Manakala Eyad Mojahed pula ditahan hasil daripada serbuan kawasan-kawasan lain di bandar itu. Tentera rejim Israel juga berlegar-legar di sekitar bandar tersebut. 3 warga Palestin diarahkan untuk disoal-siasat oleh perisikan Israel, tambah sumber yang sama. Sumber turut mengesahkan tentera rejim Israel mengadakan serbuan di Kampung Bait Amra dan Kampung Kraz di selatan Hebron.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : idawati