Categories
Berita Semasa

21 Organisasi Antarabangsa Menyeru Sekatan Terhadap Gaza Ditamatkan

Khamis, 02/12/2010 – 21 organisasi hak asasi manusia antarabangsa menyeru agar masyarakat antarabangsa bersama-sama mengambil tindakan menamatkan sekatan ke atas Gaza tanpa syarat. Dalam satu laporan yang akan disiarkan pada Selasa, ia menyebut bahawa usaha Israel untuk ‘mengurangkan’ sekatan ke atas Gaza hasil daripada tekanan antarabangsa tidak mengubah apa-apa.

Organisasi bukan kerajaan termasuk Amnesty International dan Majlis Hal-Ehwal Pelarian Norway berkata bahan binaan yang dibenarkan masuk ke Gaza adalah tidak mencukupi. Mereka berkata, hanya perubahan kecil yang dapat dirasakan dalam aspek kebebasan pergerakan orang awam, manakala tiada perkembangan yang baik dalam hal-ehwal keluar masuk barangan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  idawati

Categories
Berita Semasa

Wanita muda Palestin dibelasah teruk oleh unit Nahshon rejim Zionis

Khamis, 02/12/2010 – Seorang tahanan wanita rakyat Palestin yang bernama Sumoud Karrajeh, 22 tahun mengalami kecederaan setelah dibelasah dengan teruk oleh pasukan tentera rejim Zionis (IOF) daripada unit penjara Nahshon semasa wanita itu dipindahkan daripada penjara ke mahkamah tentera awal bulan ini.

Karrajeh memberitahu organisasi kemanusiaan bahawa dia telah dipindahkan oleh tentera-tentera dari unit Nahshon pada 8 November lalu dari Penjara Damon ke Penjara Ramle untuk menghadiri hari kedua perbicaraannya di Mahkamah Tentera Ofer. Tetapi semasa proses pemindahan, tentera-tentera ini yang terdiri daripada lelaki dan wanita, merampas barang-barang miliknya dan
ingin membogelkannya untuk melakukan pemeriksaan.

Tambahnya lagi, apabila dia dengan keras membantah pemeriksaan bogel, tentera-tentera wanita terus membelasah seluruh badannya dengan teruk dan menariknya ke atas berkali-kali dengan rantai sehingga menyebabkan wanita muda itu menanggung kesakitan yang teramat sangat dan lebam-lebam di badan. Tentera-tentera itu terus membelasah wanita itu tanpa belas kasihan
sehingga dia hampir pengsan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Tusukan Jarum dan Patahkan Jari Cara Terbaru Penyiksaan Terhadap Pendukung Hamas

Khamis, 02/12/2010 – Bekas tahanan yang bebas dari penjara Abbas di Tebing Barat menerangkan cara penyiksaan baru yang digunakan para penyiasat terhadap pendukung Hamas.

Bekas tahanan yang baru dibebaskan di Ramallah menyatakan kepada Infopalestina bahawa penyiksaan di penjara tentera Abbas sangat memberi kesan buruk terhadap kehidupan mereka, dari segi fizikal mahupun mental. Berita yang tersebar bahawa penyiksaan dihentikan hanyalah dusta dan pembohongan semata.

Bekas tahanan menyatakan bahawa para penyiasat tentera di penjara preventif Beitunia melakukan penyiksaan terhadap salah seorang tawanan secara keras dan ganas, menusuk kepalanya dengan jarum dan benda tajam. Dalam kenyataannya menyebutkan bahawa para penyiasat meletakan pengait besinya di atas kepala, kemudian menekannya dengan kuat sehinga darah mengalir dari kepalanya yang meninggalkan kesakitan dan kecederaan yang sangat teruk.

Para penyiasat juga memukul tahanan secara ganas di bahagian lambung dan menendang dengan keras sehingga darah keluar dari mulutnya. Kemudian diikat secara silang dan dilarang tidur dan solat. Hal ini yang menyebabkan keadaan kesihatannya memburuk dan terpaksa dihantar beberapa kali ke hospital sementara itu pihak keluarga dilarang melawatnya.

Sementara itu salah seoarang tahanan dipaksa berdiri terbalik dengan bersandar pada jari tangannya. Kemudian salah seorang penyiasat bertubuh gempal melompat ke atasnya yang menyebabkan beberapa jari tahanan tersebut patah.

sumber : COMES
penterjemah : osman