Categories
Berita Semasa

Hamas kutuk dasar politik yang menagkap barisan pimpinan Palestin.

Rabu , 02/02/2011 – Hamas mengutuk keras tindakan rejim Zionis yang kembali menahan semula pimpinan Badan Perubahan dan Revolusi, Syeikh Muhammad Jamal Al-Natsheh, yang baru sahaja dibebaskan 4 bulan lalu setelah dipenjara selama 9 tahun, di mana 6 tahun padanya dihabiskan di dalam bilik pengasingan.

Tambah Hamas dalam kenyataan yang diterima oleh Pusat Informasi Palestin pada hari Isnin (31 Januari), bahawa polisi rejim Zionis itu tidak akan menjejaskan perjuangan Syeikh Natsheh dan kesemua pemimpin rakyat Palestin untuk meneruskan perjuangan mereka membela rakyat dan hak-hak Palestin.

Hamas berkata bahawa Zionis bertanggungjawab penuh ke atas keselamatan Syeikh Natsheh, sambil melaungkan seruan supaya kesemua rakyat Palestin berdiri dalam satu saf bersama para pimpinan dan perwakilan Palestin, membanteras polisi perkauman dan jenayah dari proses keamanan Zionis dan mengecam polisi Kumpulan Oslo yang menjadi dalang di sebalik perundingan yang sia-sia dan melampau terhadap hak-hak dan keadilan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Israel luluskan rancangan memusnahkan sebahagian masjid Haifa

Rabu , 02/02/2011 – Israel sedia untuk memusnahkan sebahagian masjid Haifa dan menggunakan tanah tersebut untuk kepentingan pendatang Yahudi. Majlis Perbandaran Israel di Bandar Haifa meluluskan rancangan memusnahkan seluas dua dunum daripada Masjid Istiqlal tanpa memaklumkan pentadbiran masjid.

Lembaga Masjid telah bertemu dengan ahli-ahli politik untuk membincangkan kaedah berdepan dengan keputusan Israel itu. Mereka beranggapan langkah Israel itu merupakan permulaan ke arah merampas baki kawasan wakaf di Haifa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Militan Abbas culik 4 pendukung Hamas di Tebing Barat.

Selasa , 01/02/2011 – Pihak militan Abbas meneruskan tentangannya terhadap Hamas seperti yang dilaporkan media Tebing Barat, yang memaklumkan di antara mereka yang diculik adalah 4 orang pendukung Hamas dari pelbagai kawasan di Tebing Barat.

Di daerah Hebron pulak, pihak Abbas telah memenjara bekas tahanan, Ayman El-Junaidi, meskipun tahap kesihatan beliau semakin merosot akibat kanser yang dihadapinya beserta anak lelaki kepada menteri, Muhammad Abu Jeheisha, iaitu Mus’ab Abu Jeheisha, selepas menceroboh tempat kerja beliau dekat daerah Izna.

Badan keamanan Abbas turut menculik 3 bekas tahanan yang pernah ditahan hampir selama 10 hari iaitu : jurutera Nadeem Abu Khalaf, Ubadah Badr Najl anak lelaki kepada menteri, Maher Badr dan Abdel A’dzim

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Tahanan warga Palestin di Mesir kembali ke Gaza

Selasa , 01/02/2011 – Ketika gelombang demonstrasi anti-rejim menyelubungi seluruh Mesir, 5 tahanan Palestin dari Hamas berjaya sampai di Semenanjung Gaza pada Ahad setelah dibebaskan dari penjara Mesir.
Jurucakap keluarga tahanan, Imad Assayed memberitahu wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) bahawa 4 tahanan dari Hamas tiba di Gaza setelah ketibaan seorang lagi tahanan, Hassan Wishah.

Wishah menyatakan bahawa ramai tahanan warga Palestin di penjara Abu Zaabal di timur laut Kaherah telah dibunuh oleh pengawal keselamatan. Beliau menambah, beliau telah menyaksikan kesengsaraan dan penderaan sepanjang tiga tahun dipenjarakan. Wishah telah dihukum penjara 10 tahun oleh pihak berkuasa Mesir.

Mereka semua ditahan sama ada di lapangan terbang Kaherah atau sempadan Rafah atas alasan terbabit dengan organisasi yang disenarai hitam oleh Kerajaan Mesir.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Ha’aretz: Kesulitan Strategi Mengancam Israel Kerana Kehilangan Sekutu

Selasa , 01/02/2011 – Surat khabar Israel, Ha’aretz mengingatkan bahawa “kesulitan strategi” akan dialami Israel apabila terus kehilangan sekutunya. Ha’aretz menyeru pemerintah Israel untuk bertindak segera untuk mencari jalan keluar bagi “kebuntuan terkini” dan sekutu baru di kawasan.

Dalam edisi Ahad (30/1), Ha’aretz menjelaskan bahawa peristiwa di Mesir telah menempatkan Israel dalam kesulitan strategis, ini kerana mereka tinggal bersendirian tanpa sahabat di timur tengah. Akhbar Israel ini menambah, “Isolasi yang terus meningkat dialami Israel di kawasan dan kelemahan Amerika Syarikat akan memaksa Israel mencari jalan keluar dan sekutu baru.”

Sumber keamanan Israel mengungkapkan kekhawatiran Israel dan rasa cemas atas impak “kesan domino dan batu yang berjatuhan satu demi satu, serta penyebaran pengaruh yang terjadi di Tunisia dan Mesir ke negara-negara Arab lainnya.” Sumber ini menegaskan bahawa pihak perisikan Israel belum mampu mengesan lebih awal ledakan situasi di Mesir. “Peristiwa di Mesir telah membuat Israel terkejut,” tambahnya.

sumber : COMES
penterjemah : osman