Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel Lanjutkan Penahanan Syeikh Raed Shalah

Rabu , 02/03/2011 – Pihak Pengadilan Israel memutuskan untuk melanjutkan penahanan Syeikh Raed Shalah, Ketua Gerakan Palestin, sehingga Rabu depan.

Salah seorang peguam Syeikh Raed Shalah menganggap keputusan tersebut, Isnin (28/2) bertentangan dengan dakwaan terhadap Syeikh Raed yang terlambat 15 hari dari tarikh kejadian. Beliau menegaskan tidak ada bukti, sementara saksi membuktikan bahawa Syeikh Raed tidak bersalah, tidak membakar semak belukar di padang pasir seperti yang didakwa pihak mahkamah.

Pihak Otoriti Israel menahan Syeikh Raed Shalah pada Selasa (22/2) dengan tuduhan membakar semak belukar di perkampungan Araqib yang pernah disodok jentolak Israel sebanyak dua puluh kali. Pihak mahkamah mendakwa Syeikh Raed melakukan pembakaran semak belukar di padang pasir pada 7/2 dalam usaha memperbesarkan kes. Tuduhan ini menjadikan bahan ketawa orang ramai yang menghadiri sidang penghakiman tersebut.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Kumpulan hak asasi berusaha untuk memastikan hak-hak tahanan penjara di Baitulmuqaddis

Rabu , 02/03/2011 – Sebuah kumpulan hak asasi manusia terkemuka di Baitulmuqaddis telah melancarkan kempen meluas bersama organisasi tempatan dan antarabangsa untuk memastikan bahawa hak setiap tahanan di penjara Israel dijaga.

Organisasi Pembangunan Masyarakat Al-Maqdese (MSD) telah melantik sepasukan peguam untuk mengendalikan kes-kes berhubung hak individu dan berkumpulan untuk 200 tahanan penjara Israel.

Kumpulan itu telah melawat penjara-penjara Israel beberapa kali serta bertemu dengan lebih 60 tahanan untuk memeriksa keadaan serta mendokumenkan sebarang perlanggaran hak di dalam penjara berdasarkan undang-undang dan konvensyen antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Polis Israel menahan 9 kanak-kanak lelaki Palestin termasuk yang berumur 7-tahun

Rabu , 02/03/2011 – Polis penjajah Israel telah menahan sembilan kanak-kanak lelaki Palestin di Silwan dan Ras Al-Amud, Baitulmuqaddis yang diduduki Isnin lalu termasuk seorang yang berusia 7 tahun.

Sumber tempatan berkata polis sempadan Israel sambil disertai unit khas menyerbu Kota Lama dan masuk ke kebanyakan rumah dan membuat kekacauan di situ.

Mereka berkata Khalil Al-Resheq, 7, berada di antara para tahanan disamping Odeh Muslim, 11 tahun dan Ahmed Abu Madi, 14 tahun sementara yang lain berumur 16 tahun dan seorang 19 tahun.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Duweik : PA Abbas mahu pilihanraya untuk keluar dari krisis mereka.

Selasa , 01/03/2011 – Pengerusi Majlis Legislatif Palestin, Doktor Aziz Duweik menegaskan bahawa cadangan untuk melakukan pilihanraya umum hanyalah salah satu cara Pihak Abbas – Fayyad untuk keluar daripada krisis yang dialami mereka, serta tekanan yang dihadapi oleh Mahmoud Abbas dan Fattah disebabkan oleh keputusan pihak Zionis.

Dr. Duweik dalam temuramah eksklusif bersama Pusat Informasi Palestin pada hari Ahad (27 Februari) menyatakan, “cadangan yang didengari dari Abbas di sana sini untuk melaksanakan pilihanraya legislatif atau kementerian, hanyalah untuk menenangkan rakyat, dan membersihkan semula Fattah,”. Dr. Duweik dalam komennya berkata bahawa cadangan ini tidak akan memuaskan dan memenuhi kepincangan tiadanya komitmen (Fattah) dalam penyelesaian masaalah perpecahan tanah dan mengembalikan hak yang telah dicuri.

Dr. Duweik menambah bahawa cadangan pilihanraya umum ini menyalahi undang-undang, dan hanya permainan politik, “kita sekarang mengalami perpecahan politik sejak 4 tahun 7 bulan, tetapi dalam tempoh ini tiada langsung perbincangan yang lengkap, perbincangan dua hala, maka apakah natijah pilihanraya nanti..?! Sebaliknya kita terus berpisah, berpecah dan menjauh setiap hari”, beliau menerangkan bahawa, “mereka telah menolak jalan untuk menghentikan perpecahan, dan kita mahu mempertandingkan orang yang sedia kalah, dalam keadaan mereka (Fattah) sendiri tidak menerima kita yang dipilih secara demokrasi.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Hamas dan Kerajaan Palestin ucap takziah atas kematian Pemimpin Turki, Erbakan

Selasa , 01/03/2011 – HAMAS dan kerajaan pimpinan Ismael Haneyya mengucapkan takziah ke atas kematian mantan perdana menteri Turki, Najmuddin Erbakan. Erbakan merupakan seorang pemimpin, pemikir dan cendiakawan Islam yang konsisten menentang sekularisma. Beliau banyak menghabiskan masa berkhidmat untuk Turki dan turut membela nasib rakyat Palestin.

Semoga rohnya bersama orang-orang soleh.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Mishaal berbincang dengan Menteri Luar Oman

Selasa , 01/03/2011 – Ketua biro politik Hamas, Khaled Mishaal bertemu di Muscat pada Sabtu dengan menteri luar Oman, Yousef bin Alawi bin Abdullah. Agensi berita Omani mengatakan bahawa perbincangan tersebut menyentuh tentang perhubungan di antara dua pihak dari pelbagai aspek dan cara dalam usaha memperbaikinya.

Berita itu turut menambah bahawa Mishaal turut bertukar pandangan dengan Bin Abdullah tentang perkembangan warga Palestin serta isu serantau dan antarabangsa yang melibatkan kedua belah pihak. Mishaal tiba lebih awal pada Sabtu untuk melawat Sultan Oman.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Abu Teir kutuk pengabaian rakyat Palestin semasa protes berdarah di Libya

Selasa , 01/03/2011 – Bekas penasihat Yasser Arafat, Mohammed Abu Teir mengutuk Presiden Palestin, Mahmoud Abbas kerana tidak mengambil langkah-langkah untuk mengambil warga Palestin dari Libya berikutan korban meningkat semasa protes aman yang bertukar menjadi pertumpahan darah.

“Semua negara telah mengevakuasi rakyat mereka dan segala tindakan yang diperlukan telah diambil untuk mengambil dan menjaga keselamatan mereka,” Abu Teir mengatakan.

Laporan hadir selepas Presiden Libya, Kolonel Muammar al-Gadhafi menuduh Palestin menjadi salah satu sebab berlakunya pertempuran ketika ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Jet Tempur Israel Kembali Serang Rafah

Selasa , 01/03/2011 – Sejumlah warga Palestin cedera, Sabtu (26/2), akibat serangan jet tempur Zionis Israel di jalan menuju pusat latihan Brigade al Qassam, sayap ketenteraan gerakan Hamas.

Serangan ini menyebabkan kemusnahan teruk di tempat tersebut. Semua yang cedera adalah mereka yang sedang melalui lokasi serangan. Satu serangan lain dilakukan Zionis Israel di pusat latihan al Qassam di timur Rafah di jalan Shalahuddin.

Jurucakap Bantuan dan Keadaan Darurat Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza, Adham Abu Salamiya mengatakan, 鉄erangkaian serangan udara yang dilakukan Zionis Israel ke beberapa sasaran di kota Rafah mengakibatkan 4 orang cedera. Di antaranya adalah seorang bayi berusia kurang 2 tahun.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Radwan: Serangan Meningkat Tentera Israel Tidak Melemahkan Hamas

Selasa , 01/03/2011 – Pegawai senior Hamas, Ismail Radwan mengatakan bahawa pencerobohan tentera Israel terhadap Jalur Gaza tidak akan melemahkan kekuatan Gerakan Hamas, menekankan bahawa rakyat Palestin akan lebih kuat berbanding dengan kezaliman penjajah.

“Musuh sedang cuba untuk mengalihkan krisis dalaman mereka dan jelas mereka amat bimbang dengan beberapa perubahan yang berlaku di kawasan tersebut,” kata Radwan Sabtu dalam kenyataan akhbar ke pusat maklumat Palestin (PIC).

Beliau juga menekankan hak rakyat Palestin untuk membalas kejahatan Israel dan serangan tentera Zionis.

Sejumlah serangan udara Israel dilakukan pada hari Sabtu di Gaza, yang menyebabkan lima cedera dan kemusnahan beberapa rumah dan kemudahan.

Dalam konteks lain, kempen Eropah untuk menamatkan pengepungan Gaza sangat mengecam Israel kerana keputusan untuk penutupan penuh dan kekal komersil persimpangan Al-Mintar (Karni) .

Dalam siaran akhbar pada hari Sabtu, jurucakap kempen tersebut Mohamed Hanoun mengatakan keputusan Israel ini merupakan sebahagian daripada langkah-langkah yang ditempuh oleh Israel untuk memperketat cengkaman terhadap orang Gaza melalui penutupan perlintasan tersebut.

Hanoun menegaskan bahawa ada empat penyeberangan komersial yang digunakan untuk membawa barang ke Gaza, tetapi Israel menutup mereka semua, dan penutupan persimpangan Al-Mintar akan menyebabkan krisis dalam mengimport barang-barang ke Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen