Kerajaan Gaza gesa pinggirkan rejim Zionis secara politik

Selasa, 31/05/2011 – Kerajaan Palestin pimpinan Perdana Menteri, Ismail Haneyya yang mentadbir di Gaza menggesa komuniti antarabangsa supaya mengasingkan rejim Zionis kerana sikap perkauman yang diamalkannya sehingga menyebabkan harapan untuk membina penempatan bersama menemui jalan buntu. Jurucakap kerajaan tersebut, Taher al-Nunu berkata dalam satu kenyataan pada hari Rabu lepas ucapan terbaru Netanyahu di hadapan Kongres … Read moreKerajaan Gaza gesa pinggirkan rejim Zionis secara politik

Mesir buka sempadan Rafah

Selasa, 31/05/2011 – Kerajaan Mesir hari ini telah memutuskan untuk membuka pintu sempadan Rafah-Gaza. Pintu akan dibuka setiap hari kecuali Jumaat dan cuti rasmi, mulai 9.00am hingga 5.00pm. Kerajaan Mesir juga akan berjanji memberikan servis dan layanan yang terbaik kepada mereka yang menggunakan pintu masuk ini. Para pegawai Mesir yang bertugas di pintu itu telah … Read moreMesir buka sempadan Rafah

Ucapan Netanyahu ‘menyesatkan’ – Anggota Knesset

Selasa, 31/05/2011 – Para anggota Arab dari badan perundangan Israel, Knesset, berkata bahawa Netanyahu memberikan ucapan di depan Kongres AS pada hari Selasa merupakan percubaan untuk menipu. Netanyahu mempromosikan idea bahawa orang-orang Arab di Israel sedang berkogsi kegembiraan hak demokrasi penuh. Kenyataan itu datang pada saat ketika Netanyahu telah memimpin orang-orangnya dalam bentuk perkauman paling … Read moreUcapan Netanyahu ‘menyesatkan’ – Anggota Knesset

Hamas dan kerajaan Palestin mengalu-alukan keputusan Kaherah membuka gerbang Rafah

Selasa, 31/05/2011 – Hamas dan Kerajaan Palestin di Gaza bergembira dengan keputusan Mesir untuk membuka gerbang Rafah selama-lamanya dan memudahkan kemasukan barang keperluan ke Palestin bermula Sabtu depan. Hamas berkata dalam kenyataan daripada biro medianya, yang diterima oleh Pusat Informasi Palestin, “sesungguhnya kami di Hamas mengalu-alukan dan menghargai keputusan saudara kami di Mesir untuk membuka … Read moreHamas dan kerajaan Palestin mengalu-alukan keputusan Kaherah membuka gerbang Rafah

Gabi Ashkenazi Akui Israel Tak Mampu Kembalikan Shalit

Selasa, 31/05/2011 – Mantan Panglima Angkatan Tentera Darat Israel, Gaby Ashkenazi mengakui semalam Rabu (25/5) bahawa militan Israel gagal dalam menyelesaikan isu Gilad Shalit dan membebaskannya dari tawanan fraksi-fraksi Palestin di Semenanjung Gaza. Beliau mengisyaratkan bahawa operasi militan atau serangan terhadap elit Hamas tidak mampu membebaskan Shalit. Dalam satu majlis Forum Perniagaan di Universiti Baar … Read moreGabi Ashkenazi Akui Israel Tak Mampu Kembalikan Shalit

Mesir cuba mengubah perjanjian Camp David

Selasa, 31/05/2011 – Menteri Luar Mesir, Nabil al-Arabi sedang menkaji idea untuk mengubah beberapa item dan mengaktifkan perkara lain yang telah diabaikan dalam perjanjian Camp David yang ditandatangani oleh negara itu dengan Israel, kata diplomat tertinggi Mesir kepada PIC. Arabi telah memantau lembaga pakar undang-undang dan diplomat selama dua bulan terakhir untuk mengkaji perjanjian Camp … Read moreMesir cuba mengubah perjanjian Camp David

Pendudukan rejim Zionis ancam struktur ladang Palestin

Selasa, 31/05/2011 – Pihak berkuasa rejim Zionis telah menghantar notis kepada 6 orang rakyat Palestin di selatan Tebing Barat, yang termasuk dalam wilayah Al-Khalil, bagi memaklumkan bahawa struktur ladang-ladang serta padang-padang mereka di Kampung Beit Aula yang terletak di bahagian barat al-Khaliil akan mereka akan dimusnahkan. Ketua Majlis Perbandaran Beit Aul, Rateb al-Emleh berkata, menurut … Read morePendudukan rejim Zionis ancam struktur ladang Palestin

Gaza: Ucapan Netanyahu memalsukan sejarah

Selasa, 31/05/2011 – Kerajaan Palestin di Gaza mengatakan bahawa ucapan oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Kongres pada hari Selasa adalah pemalsuan sejarah dan menyesatkan orang awam. Ketua media pegawai kerajaan, Hasan Abu Hashish, mengatakan bahawa ucapan Netanyahu-benar mengabaikan hak-hak Palestin dan mencabar undang-undang antarabangsa. Dia menambah bahawa ucapan itu dipenuhi hasutan terhadap orang-orang … Read moreGaza: Ucapan Netanyahu memalsukan sejarah

Abu Marzouq : Pengiktirafan Zionis oleh PLO adalah kesalahan bersejarah

Khamis , 26/05/2011 – Timbalan Pengerusi Biro Politik Hamas, Mousa Abu Marzouq, menganggap bahawa tindakan PLO selama ini sebagai satu “kesalahan bersejarah” apabila mengiktiraf rejim Zionis sejak tahun 1993, dan berkata PLO tidak mungkin akan mengulangi kesalahan seperti ini lagi. Abu Marzouq berkata pada hari Selasa (24 Mei) sempena kehadirannya ke sidang media di Russia … Read moreAbu Marzouq : Pengiktirafan Zionis oleh PLO adalah kesalahan bersejarah

Mubarak dan 2 anaknya dibawa ke mahkamah

Khamis , 26/05/2011 – Pihak tertinggi Mesir hari ini mengarahkan agar bekas presiden, Hosni Mubarak dan 2 orang anaknya di bawa ke mahkamah. Mubarak dan 2 orang anaknya didakwa atas membunuh para demonstran, penyelewangan wang rakyat, terlibat dalam pembelian senjata oleh Zionis-Israel dan menerima komisen ke atas jual beli senjata. Turut didakwa ialah beberapa bekas … Read moreMubarak dan 2 anaknya dibawa ke mahkamah

MK cuba serah “petisyen Jordan adalah Palestin ” di kedutaan Jordan

Khamis , 26/05/2011 – Radio Israel berkata ahli Knesset, Arye Eldad dari Kesatuan Nasional pergi ke kedutaan Jordan Selasa pagi lalu dan cuba menyerahkan petisyen yang menyatakan Jordan adalah Palestin dan masalah Palestin mesti diselesaikan di Jordan. Para pegawai kedutaan menolak untuk menerima permohonan yang ditandatangani oleh 6000 orang dari 69 negara di seluruh dunia, … Read moreMK cuba serah “petisyen Jordan adalah Palestin ” di kedutaan Jordan

HRW gesa rejim Zionis siasat pembunuhan semasa pemprotesan di hari Nakba

Khamis , 26/05/2011 – Rejim Zionis melakukan siasatan jenayah dengan segera, telus dan bebas berhubung kes pembunuhan beramai-ramai peserta protes oleh tentera rejim Zionis (IOF) pada 15 Mei, 2011, kata Pemantau Hak Asasi (HRW) pada Jumaat lepas. 14 orang terbunuh dalam demonstrasi yang dilakukan di Bukit Golan, selatan Lebanon dan di Palestin semasa ulangtahun memperingati … Read moreHRW gesa rejim Zionis siasat pembunuhan semasa pemprotesan di hari Nakba

Rusia halau duta tentera rejim Zionis

Khamis , 26/05/2011 – Kementerian Perang rejim Zionis berkata pada Rabu lepas bahawa Rusia telah menghalau duta tenteranya di pejabat kedutaannya di Moscow atas dakwaan melakukan pengintipan. Pegawai-pegawai di kementerian itu berkata bahawa Vadim Lederman telah kembali ke Israel hujung minggu lepas selepas ditahan oleh pihak berkuasa Rusia pada Khamis minggu tersebut. Menurut mereka lagi, … Read moreRusia halau duta tentera rejim Zionis

Projek petempatan “Har Hazetiem” mengancam Al-Aqsa

Rabu , 25/05/2011 – Yayasan Sejarah dan Pemeliharaan Al-Aqsa menegaskan bahawa petempatan Har Hazetiem yang sedang didirikan oleh Zionis di tengah seksyen Ras El-Amoud Al-Muqaddasi dekat puncak Bukit At-Tur (Az-Zaytun) bertentangan dengan Masjid Al-Aqsa, mengancam masjid suci (Masjidil Aqsa) yang terletak amat dekat dengan kawasan tersebut, kerana menyempitkan kawasan serta meletakkan para penduduk yang dipilih … Read moreProjek petempatan “Har Hazetiem” mengancam Al-Aqsa

Zionis-Israel akan terus kuasai bukit Golan

Rabu , 25/05/2011 – Pelampau Yahudi menolak cadangan Presiden Amerika, Barak Obama apabila Obama mencadangkan rundingan pembentukan negara Palestin merujuk kepada sempadan 1967. Pelampau Yahudi menyatakan bukit Golan wajib dikuasai oleh Zionis-Israel bagi meneruskan keselamatan rakyat Israel. Pelampau Yahudi turut menolak pembentukan negara Palestin dengan alasan apabila terbentuknya negara bebas Palestin, masyarakat Yahudi akan terus … Read moreZionis-Israel akan terus kuasai bukit Golan