Malaysia hantar rayuan kepada Setiausaha Agung PBB supaya menyokong Flotilla Kebebasan II

Khamis, 30/06/2011 – Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak telah menghantar rayuan kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon supaya menyokong Flotilla Kebebasan II (FF II) yang membawa barang-barang bantuan kemanusiaan ke Gaza. Beliau membuat kenyataan yang disiarkan oleh media di Malaysia pada hari Isnin lepas, bahawa armada tersebut hanya bertujuan untuk menghantar … Read moreMalaysia hantar rayuan kepada Setiausaha Agung PBB supaya menyokong Flotilla Kebebasan II

Enjin kapal Flotilla disabotaj pihak misteri

Khamis, 30/06/2011 – Pihak tidak dikenalpasti yang disyaki sebagai ajen Mossad Zionis pada hari Isnin (27 Jun) telah mensabojat salah sebuah kapal dari Freedom Flotilla 2 di pelabuhan Greek sebelum kapal tersebut memulakan pelayaran menuju Gaza yang terpenjara sejak 5 tahun berturut-turut. Rami Abdouh, anggota “konvoi Eropah untuk menghentikan kepungan Gaza” berkata dalam kenyataan hari … Read moreEnjin kapal Flotilla disabotaj pihak misteri

Menyamar: Senjata Ampuh Tangkap Aktivis Palestin

Khamis, 30/06/2011 – Terdapat pihak yang menyamar, pura-pura berdemonstrasi bersama warga Palestin. Ia bertujuan untuk mengacau, menangkap atau menganiaya mereka yang berdemonstrasi di Al-Quds terjajah. Dan hal ini ia berlaku hampir setiap hari. Walaupun sebahagian warga Palestin mengetahui tipu daya yang dilancarkan pasukan khas Zionis ini, namun oleh kerana penyamar zionis terlalu ramai hingga menyulitkan … Read moreMenyamar: Senjata Ampuh Tangkap Aktivis Palestin

Abu Marzouk: Kami menolak syarat-syarat Israel dalam rundingan pertukaran tahanan

Khamis, 30/06/2011 – Timbalan biro politik Hamas, Dr Mousa Abu Marzouk berkata bahawa gerakan tersebut telah menolak tawaran tidak adil yang disampaikan oleh perantara Jerman mengenai rundingan pertukaran tahanan kerana perantara itu mengikut telunjuk Israel. Beliau memberitahu akhbar London, al-Hayat yang disiarkan pada Ahad bahawa Gerhard Conrad mengambilkira syarat-syarat kerajaan penjajah Israel yang disifatkannya sebagai … Read moreAbu Marzouk: Kami menolak syarat-syarat Israel dalam rundingan pertukaran tahanan

Israel desak Greece hentikan konvoi Gaza

Khamis, 30/06/2011 – Penganjur Freedom Flotilla II telah mengesahkan armada kapal Gaza akan belayar untuk menghantar bantuan yang diperlukan dalam tempoh beberapa hari lagi walaupun Israel memberi tekanan kepada Greece untuk menghalangnya. Seorang anggota pengasas konvoi Kempen Eropah untuk menamatkan serangan ke atas Gaza semalam berkata Greece yang mendapat tekanan daripada Israel telah menjalankan usaha-usaha … Read moreIsrael desak Greece hentikan konvoi Gaza

Mahkamah PA jatuhkan hukuman ke atas 5 kadet Hamas

Khamis, 30/06/2011 – Sebuah mahkamah yang dikuasai pergerakan Fatah di Bandar al-Khalil pada Selasa lalu telah menjatuhkan hukuman 1 ½ tahun ke atas 5 kadet hamas, termasuk seorang kadet yang masih ditahan di penjara rejim Zionis. Perkara ini merupakan tamparan hebat kepada perjanjian perpaduan Palestin. Jawatankuasa bagi keluarga tahanan-tahanan penjara memaklumkan dalam laman Facebooknya bahawa … Read moreMahkamah PA jatuhkan hukuman ke atas 5 kadet Hamas

Pemerintahan Haneya Kutuk Pemusnahan Perkuburan Ma’manullah

Khamis, 30/06/2011 – Pemerintah Palestin pimpinan Ismail Haneya mengutuk tindakan penjajah Israel memusnahkan pemakaman Ma’manullah di Al-Quds, tindakan tersebut membuktikan karakter perkauman Israel. Dalam keterangannya, Selasa (28/6) pemerintah menyatakan telah memutuskan untuk menyatakan tuntutan rasmi berkait tindakan Israel terhadap simbol Islam. Di samping itu, pemerintah mengumumkan tindakan kesatuan terhadap para penduduk yang diancam pengusiran dari … Read morePemerintahan Haneya Kutuk Pemusnahan Perkuburan Ma’manullah

Anggota Kongres tuntut lindungi rakyat Amerika yang ikut Freedom Flotilla 2

Khamis, 30/06/2011 – Anggota Kongres Amerika mendesak agar rakyat Amerika yang menyertai flotilla2 di beri jaminan perlindungan. Seramai 36 rakyat Amerika yang menyertai flotilla 2. Flotilla 2 yang bertemakan “The Audacity of Hope” hasil inspirasi dari buku yang ditulis oleh Presiden Barrack Obama. Sepertimana kejayaan flotilla pertama, konvoi flotilla 2 komited untuk tidak menggunakan kekerasan, … Read moreAnggota Kongres tuntut lindungi rakyat Amerika yang ikut Freedom Flotilla 2

Ar-Rashq : Hamas dan Fatah belum sepakati siapa Perdana Menteri

Khamis, 30/06/2011 – Ahli Biro Politik Hamas, Ezzat Ar-Rashq menyatakan bahawa sehingga sekarang belum lagi terdapat kesepakatan berkenaan nama calon Perdana Menteri untuk kerjaan bersepadu Palestin. Ar-Rashq menambah : “dalam perjumpaan terbaru antara Hamas dan Fatah di Kaherah beberapa nama telah dinaik calonkan untuk Perdana Menteri, yang telah disenarai pendek menjadi 4 nama (iaitu Dr. … Read moreAr-Rashq : Hamas dan Fatah belum sepakati siapa Perdana Menteri

Lebih sepertiga tahanan Palestin dinafikan hak lawatan

Khamis, 30/06/2011 – Pakar hal-ehwal tahanan, Abdul-Nasser Farwana berkata bahawa lebih daripada sepertiga tahanan Palestin di penjara Israel dinafikan hak lawatan keluarga. Para tahanan dari Semenanjung Gaza dinafikan hak lawatan sebagai salah satu tindakan hukuman pada pertengahan June 2007 manakala yang lain turut menghadapi sekatan untuk tujuan keselamatan, katanya. Beliau menambah bahawa ahli keluarga yang … Read moreLebih sepertiga tahanan Palestin dinafikan hak lawatan

Haneyya: Kenyataan Abbas bercanggah dengan semangat perpaduan

Selasa, 28/06/2011 – Perdana Menteri Kerajaan Palestin di Gaza, Ismail Haneyya berkata pada Rabu lepas bahawa kenyataan terbaru yang dibuat oleh Ketua PA, Mahmoud Abbas adalah bercanggah dengan semangat perpaduan negara yang telah pun ditandatangani oleh semua pergerakan Palestin di Kaherah pada penghujung Mei lalu. Haneyya berkata ketika merasmikan sekolah bagi orang-orang pekak yang seumpamanya … Read moreHaneyya: Kenyataan Abbas bercanggah dengan semangat perpaduan

Penasihat Netanyahu Bincang Isu Shalit di Kaherah

Selasa, 28/06/2011 – Penasihat perdana menteri Benyamin Netanyahu tiba di Kaherah, Rabu (22/6) untuk membincangkan isu dua orang tenteranya yang ditawan pejuang di Gaza dan pemerintah Mesir, Shalit dan Elan Garbel. Sumber informasi Zionis menyebutkan, Ishaq Molkho tiba Kaherah dengan pesawat pribadinya. Beliau akan bertemu sejumlah pegawai tinggi Mesir, tanpa merincikan dengan siapa beliau akan … Read morePenasihat Netanyahu Bincang Isu Shalit di Kaherah

Mesh’al bertemu Menteri Luar Turki di Istanbul

Selasa, 28/06/2011 – Khaled Mesh’al, Pengerusi Biro Politik Hamas semasa lawatannya ke Turki pada hari Rabu (22 Jun) sempat bertemu dengan beberapa orang pimpinan Turki yang membincangkan pembangunan semula Palestin dan persetujuan rekonsiliasi antara Fatah dan Hamas. Mesh’al yang tiba di Istanbula pada hari Rabu disambut oleh Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu, dan barisan pegawai … Read moreMesh’al bertemu Menteri Luar Turki di Istanbul

Polis Israel tangkap 4 penduduk Baitulmuqaddis dalam pertempuran ganas

Selasa, 28/06/2011 – Polis Israel telah menembak dan mencederakan seorang rakyat Palestin serta menahannya bersama tiga yang lain dalam pertempuran ganas di pinggir bandar Isawiye di Baitulmuqaddis yang diduduki Rabu lalu. Saksi berkata, penduduk yang cedera dengan peluru di kakinya telah ditembak dengan tepat oleh salah seorang askar Israel ke arahnya . Media Yahudi berkata … Read morePolis Israel tangkap 4 penduduk Baitulmuqaddis dalam pertempuran ganas

Waed menyeru Merkel, Sarkozy untuk memastikan pembebasan 7000 rakyat Palestin berjalan dengan adil

Selasa, 28/06/2011 – Persatuan Tahanan Waed di Gaza telah menyeru Canseler Jerman, Angela Merkel dan Presiden Perancis Nicolas Sarkozy agar membantu memantau proses pembebasan 7000 tahanan Palestin oleh Israel seperti seruan-seruan yang berulangkali terhadap Gaza agar membebaskan tentera Israel Gilad Shalit. Merkel dan Sarkozy telah menggesa agar membebaskan Shalit ketika persidangan krisis kewangan Greece, sekaligus … Read moreWaed menyeru Merkel, Sarkozy untuk memastikan pembebasan 7000 rakyat Palestin berjalan dengan adil