Categories
Berita Semasa

Terowong Baru dari Silwan ke Masjid Aqsa

Jumaat, 29/07/2011 – Jawatankuasa Palestin Mempertahan Silwan mendedahkan ada terowong baru, ketujuh seumpamanya, di kawasan itu, dari dinding selatan kompaun Silwan Ein ke Masjid Aqsa.

Jawatankuasa itu menyatakan bahawa beberapa sumber Yahudi mengisytiharkan mereka menjumpai sebuah loceng emas di kawasan tersebut yang cuba untuk menjalin sejarah bandar suci Arab Jerusalem melalui menanam beberapa barangan antik di bawah tanah dan kemudian mendakwa mereka telah membuat penemuan sejarah alkitabiah.

Mereka juga menegaskan bahawa pelampau Yahudi baru-baru ini mengebumikan mayat di sekitar kejiranan Silwan.

Peneroka haram Yahudi membahagikan Silwan kepada dua bahagian, bandar untuk orang hidup di barat kejiranan Al-Bustan dan bandar untuk orang mati ke timur, menyebabkan penduduk asli Palestin dikepung oleh penempatan haram dan taman-taman Talmud di satu pihak dan kubur orang-orang Yahudi di sisi lain.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Fuqaha: Perjanjian Oslo ‘Tidak Adil Untuk Palestin’

Jumaat, 29/07/2011 – Ahli Majlis Perundangan Palestin Abdul Jabir Fuqaha berkata bahawa ancaman Israel untuk mengubah perjanjian Oslo membuktikan Israel tidak menghormati Palestin yang turut sama berbincang dan menandatangani perjanjian itu.

Fuqaha menekankan Perjanjian Oslo sebagai tidak adil serta tidak memberikan rakyat Palestin hak-hak asaso mereka malah tidak juga memberi harapan kepada Palestin untuk merdeka dan membentuk negara yang bebas serta bersempadan.

“Oleh itu kepimpinan Israel mengumumkan penamatan perjanjian itu lebih dari sekali, tetapi tidak mengotakan apa yang mereka kata kerana keselamatan Israel sangat bergantung kepada Perjanjian Oslo itu,” kata Fuqaha pada Selasa.

“Sejak daripada persetujuan itu, perjanjian Oslo dibuat untuk keselamatan dan hanya entiti Zionis merupakan pihak yang mendapat keuntungan, tetapi hanya pihak Palestin yang bekerja ke arah itu […] Tanda yang sangat jelas bahawa penerusan koordinasi keselamatan antara pihak keselamatan Palestin dan pihak Zionis,” tambah FUqaha.

ISrael sedang mempertimbang menamatkan perjanjian Oslo, sebagai tindak balas Pihak Berkuasa Palestin untuk meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berasaskan sempadan 1967.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Reshaq : Kedatangan ke mesyuarat Majlis Pusat, lebih buruk dari baiknya.

Jumaat, 29/07/2011 – Anggota Biro Politik Hamas, Ezzat Ar-Reshaq, menegaskan bahawa jemputan dari Pengerusi Majlis Kebangsaan, Saleem Az-Za’noun kepada Pengerusi Majlis Legislatif, Aziz Dweik, untuk menyertai mesyuarat Majlis Pusat bukanlah sesuatu yang wajib, tetapi yang lebih wajib adalah untuk mempercepatkan proses pembentukan kerajaan dan mengadakan pertemuan di antara para pimpinan yang berkhidmat untuk rakyat Pelstin terlebih dahulu, membebaskan para tahanan yang diculik serta menggerakkan fungsi Majlis Legislatif.

Reshaq menerangkan dalam kenyataan yang disebarkan dalam laman sosial Twitter miliknya bahawa beliau tidak meragui niat Az-Za’noun dan usahanya yang ikhlas untuk mereaslisasikan kebersamaan usaha (pembaikan Palestin), tetapi kata beliau, “kita tidak mahu mengambil jalan pintas dan mengabaikan usaha rekonsiliasi, langkah-langkah ke arah tersebut, dan fail berkenaannya yang telahpun disepakati. Masaalah sekarang adalah tumpuan sesetengah pihak terhadap usaha perdamaian yang gagal dan tidak sempurna.. Apa yang diperlukan sekarang sebenarnya adalah kehendak sebenar-benarnya, dan keputusan kebangsaan untuk mengimplementasi kesemua fail rekonsiliasi yang telah disepakati dahulu, serta menghentikan segala halangan dan sekatan yang menganggu rekonsiliasi ini.”

Tambah beliau : “Ini adalah perkara yang diwajibkan untuk diambil langkah sebenar, bukan sekadar langkah simbolik dan pura-pura, dan kehadiran ke mesyuarat Majlis Pusat tidak akan “mengenyangkan dan menghilangkan lapar”.. dan keburukannya adalah lebih banyak dari kebaikannya… dan sebagai kesimpulan apa yang saya ingin katakan adalah terjemahan keseriusan yang tinggi dan keikhlasan dalam kesatuan barisan (Palestin) adalah dalam bentuk kerjasama dan menyegerakan usaha ke arah mengimplementasi rekonsiliasi seperti yang telahpun disepakati.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Resheq: Penubuhan Sessi PNC Tidak Diperlukan

Jumaat, 29/07/2011 – Ahli biro politik Hamas, Ezzet Al-Resheq berkata bahawa jemputan kepada jurucakap Majlis Perundingan Palestin, Dr Aziz Dweik untuk menghadiri sessi jawatankuasa kebangsaan Palestin tidak perlu buat masa ini.

Beliau berkata, dalam satu kenyataannya di laman Twitter pada Selasa bahawa proses pembentukan kerajaan perpaduan, mengadakan mesyuarat pertama untuk pemerintahan sementara rakyat Palestin, pembebasan tahanan politik dan menggerakkan semula PLC merupakan langkah-langkah yang lebih utama buat masa sekarang.

Resheq berkata, beliau tidak meragui niat sebenar pengerusi PNC, Salim Al-Zanoun namun menurutnya,”Kami tidak mahu melangkaui perkara-perkara yang lebih penting dalam hal rundingan ini.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pasukan Israel Lakukan Latihan Ketenteraan di Sempadan Hawarah Palestin

Jumaat, 29/07/2011 – Tentera Israel, Selasa (26/7) menutup perbatasan Hawarah di Selatan kota Nablus, kemudian terus melakukan latihan ketenteraan di sana, menurut beberapa orang saksi. Para saksi menyatakan, pasukan Israel melencungkan arah laluan kenderaan warga Palestin yang melintasi kota Beita menuju Awarta di Nablus, ia menyebabkan kesesakan di bandar tersebut. Disebutkan bahawa helikopter tempur Israel melakukan latihan untuk menghadapi kemungkinan perang di waktu mendatang. Latihan seperti ini sering dilakukan pasukan Israel di wilayah Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Jawatankuasa popular bagi pelarian tangguhkan protes UNRWA

Jumaat, 29/07/2011 – Mu’een Ukel, ketua jawatankuasa popular bagi pelarian di Gaza mengumumkan bahawa protes-protes polular ke atas UNRWA telah ditangguhkan buat sementara waktu kerana pihak badan dunia tersebut berjanji untuk memenuhi tuntutan-tuntutan jawatankuasa itu.

Mu’een membuat kenyataan pada Sabtu lalu bahawa beliau menerima jaminan daripada pegawai-pegawai UNRWA bahawa mereka akan mengambil tindakan segera berhubung tuntutan-tuntutan jawatankuasa popular tersebut.

Jawatankuasa popular telah melakukan beberapa siri protes terhadap UNRWA di Gaza yang berakhir pada Khamis lepas dengan menguncikan pintu utama ke premis badan dunia itu, sehingga menghalang kakitangannya pergi ke pejabat serta melakukan tugasan masing-masing.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Pendatang haram Yahudi bakar berpuluh-puluh dunum tanah Palestin

Jumaat, 29/07/2011 – Pendatang haram Yahudi telah membakar berpuluh-puluh dunum ( 1dunum=0.247 ekar ) tanah pertanian penduduk Palestin yang terletak di Kampung Surra, barat Bandar Nablus pada Isnin lalu.

Tentera rejim Zionis pula melepaskan gas pemedih mata dan membaling bom tangan ke arah para aktivis Yahudi yang datang ke tempat kejadian untuk melindungi para petani yang teraniaya, kata sumber tempatan.

Pendatang haram Yahudi telah mensasarkan banyak tanah pertanian milik penduduk Palestin sejak kebelakangan ini terutamanya di kampung-kampung yang terletak di selatan Nablus.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Ahli-ahli parlimen Eropah bertemu dengan MP Khoudary semasa lawatan ke Gaza

Rabu, 27/07/2011 – Satu delegasi berprofil tinggi yang terdiri dari 17 ahli-ahli parlimen dari pelbagai negara Eropah telah bertemu dengan penggubal undang-undang bebas Palestin, Jamal al-Khoudary semasa lawatan beberapa hari ke Semenanjung Gaza.

Dalam pertemuan tersebut, Khoudary, yang mengetuai Jawatankuasa Popular Gaza, menekankan kepentingan lawatan itu serta keperluan bagi penerusan lawatan itu untuk memperjuangankan hak-hak rakyat Palestin.

”Rakyat Palestin masih memerlukan sokongan di semua forum dalam mencapai hak-hak mereka serta permintaan kebebasan dan kemerdekaan,”kata Khoudary.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Haneyya Menyeru Parlimen Seluruh Dunia Berusaha Mengangkat Sekatan di Gaza

Rabu, 27/07/2011 – Perdana menteri Gaza, Ismail Haneyya menyeru dunia supaya berusaha mengangkat dan menghapuskan sekatan dan kekangan yang menekan Semenanjung Gaza dan menghentikan tindakan kejam Israel ke atas penduduk Palestin.

Haneyya membuat kenyataan itu pada petang Ahad ketika pertemuan dengan delegasi senior parlimen Eropah, dan menambah bahawa seruan itu khasnya untuk parlimen Eropah dan amnya kepada parlimen seluruh dunia.

Beliau juga berharap agar lawatan delegasi itu juga membantu memecahkan sekatan ke atas Gaza, sambil memberitahu bahawa kerajaan dan rakyat Palestin sangat berterima kasih atas usaha yang dilakukan sehingga ke akhirnya.

Perdana Menteri itu memuji delagasi itu kerana melawat Gaza dan menerangkan kepada mereka tentang keadaan Palestin termasuk tindakan Israel yang sentiasa menyerang rakyat Palestin yang tidak bersenjata, terutamanya di bahagian pesisir (Gaza).

Delegasi itu berjanji akan membawa mesej perdana menteri ke seluruh dunia dan menyeru majlis antarabangsa menilai kembali posisi kerajaan di Gaza dan membuka dialog dengan kerajaan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Hamdan : Musuh rambang mata sejak kewujudan kami, tiada istilah Israel dalam kamus kami

Rabu, 27/07/2011 – Usamah Hamdan, pengerusi Perhubungan Antarabangsa bagi Hamas, menegaskan bahawa Palestin sedang berada dalam perjuangan sengit berhadapan dua “kubu”, “kubu” pertama adalah berterusan memerangi penjajahan Zionis sehingga ke akhirnya, dan “kubu” kedua adalah perjuangan untuk menjaga kesatuan rakyat Palestin dalam mencapai kebebasan dan meyakinkan bahawa tiada jalan lain selain apa yang dicadangkan Hamas, kerana ia adalah satu-satunya jalan yang akan mengembalikan hak Palestin.

Hamdan menerangkan dalam laporan akhbar bahawa Hamas, “percaya dengan mendalam bahawa Hamas akan membuat Zionis terhina dan membebaskan bumi ini”, serta menekankan bahawa Hamas sama sekali menolak pengiktirafan Zionis, beliau berkata, “kami telah berkata dengan suara yang jelas bahawa kami tidak akan mengiktiraf Zionis, dan harini kami akan berkata lebih jauh bahawa tidak wujud langsung istilah Israel dalam kamus politik kami.”

Beliau engisyaratkan bahawa Al-Quds, “sedang menghadapi Yahudinisasi, tetapi akan terus tegar menolak untuk menerima musuh, walaupun dekelilingi oleh petempatan Zionis, dipisahkan dengan dinding-dinding, dihapuskan tinggalan asal-usulnya, dirobek kesatuannya, dipecah-belahkan penduduknya, itu semua hanyalah untuk menguatkan hujah untuk mendapat sokongan terhadap impian mereka yang semaking jatuh untuk mendirikan sebuah negara raya.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Hamas Seru Liga Arab, OIC Lindungi Tempat Suci

Rabu, 27/07/2011 – Hamas telah mengutuk keputusan menindas Israel merobohkan sebuah masjid di kampung Brukin, mengulangi kezaliman yang sama bulan lepas untuk merobohkan sebuah institut pendidikan.

Dalam kenyataan akhbar pada hari Isnin, Hamas berkata bahawa pihak berkuasa penjajah Israel merancang untuk merampas tanah-tanah Palestin yang besar untuk memberi laluan kepada projek penempatan haram.

Hamas berkata bahawa keputusan Israel yang zalim itu mencerminkan dasar perkauman, selain menjadi pelanggaran undang-undang secara terang-terangan ke atas tempat-tempat suci, kebebasan beragama, dan hak rakyat Palestin untuk hidup dengan bebas di atas tanah mereka.

Pergerakan ini menggesa rakyat Palestin untuk berdiri teguh melawan jenayah itu dengan kesabaran dan meningkatkan perjuangan dan bersatu berdasarkan program yang akan melindungi dan mempertahankan hak-hak mereka.

Hamas akhirnya menyeru Liga Arab dan Pertubuhan Negara Islam dengan segera bertindak untuk memeriksa kekejaman Israel yang sombong takbur mendahului carta jenayah dalam merobohkan masjid dan merampas tanah Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

PM Turki kurangkan hubungan dengan Israel jika enggan minta maaf

Rabu, 27/07/2011 – Akhbar Turki, Hurriyet melaporkan bahawa Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata beliau akan menggunakan Pelan “B” jika usaha baru-baru ini bagi mendapatkan permohonan maaf dari Israel gagal. Erdogan mengancam untuk terus melemahkan hubungan yang sudah retak dengan Israel dengan mengurangkan lagi wakil diplomatik Turki di Tel Aviv berikutan Israel menolak untuk meminta maaf atas serangan maut tentera laut mereka ka atas kapal Turki- Mavi Marmara, membayar pampasan kepada keluarga mereka yang mati dalam serangan serta membatalkan sekatan ke atas Semenanjung Gaza.

Sembilan rakyat Turki terbunuh dalam serangan terhadap kapal itu dalam usaha untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan berikutan sekatan unilateral Israel ke atas Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Israel Kembangkan Sistem Pertahanan Anti Roket “Hits 3”

Rabu, 27/07/2011 – Seorang pegawai tinggi Zionis menyatakan bahawa militan Israel kini sedang beusaha untuk mengembangkan sistem tempur anti roket. Terutama sistem pertahanan anti roket jenis “Hits 3” yang disiapkan untuk menghalang roket jarak jauh.

Wakil Pengarah Aerospace Industries Zionis, Hermata Yair, mengatakan hal tersebut ketika mengikuti “Persidangan Antarabangsa Perlindungan Dari Roket”, yang dijalankan di Spring Hill, Isnin (25/7). Beliau menyatakan bahawa militan Zionis akan mampu meluncurkan roket pertama dari jenis “Hits 3 ” yang diperbaharui untuk menghalang roket jarak jauh pada awal tahun 2012.

Dipetik dari Kementerian Pertahanan dalam pernyataan sebelumnya yang menyatakan bahawa roket “Hits 3” akan memberi perlindungan kepada Israel dari ancaman roket “balistik” jarak jauh dan memberikan kemampuan untuk mengenalpasti “senjata pemusnah massal” yang dikeluarkan dari seluruh dunia, katanya.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Dweik diundang untuk menghadiri Jawatankuasa Kebangsaan Palestin pada bulan ini

Rabu, 27/07/2011 – Jurucakap Mahlis Perundangan Palestin (PLC) Aziz Dweik telah diundang oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Palestin (PNC) Salim Zanoun untuk menghadiri sesi anjuran PNC pada bulan ini, Dweik memberitahu Pusat Maklumat Palestin.

Jawatankuasa Kebangsaan Palestin tersebut merupakan badan perundangan Organisasi Pembebasan Palestin. “Saya telah membaca jemputan itu dan sedang serius menimbangkannya”,kata Dweik. Beliau berkata, terdapat beberapa isu berkenaan rundingan Palestin serta fungsi PLC yang memerlukan perincian dan penjelasan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Knesset Juara Membuat Undang-Undang Rasis

Selasa, 26/07/2011 – Persetujuan Rang Undang-Undang pemusnahan muzium-muzium Palestin di Tebing Barat oleh parlimen Israel Knesset, Rabu (21/7) lalu, ke dalam entiti Zionis Israel, bukanlah undang-undang rasis yang pertama dan terakhir dibuat oleh Israel. Demikian ditegaskan anggota Knesset dari parti radikal Israel “National Union”, Ory Ariel.

Sebelumnya juga telah disetujui undang-undang “Pemboikotan” yang menganggap sesiapa sahaja yang mengajak pemboikotan hasil dari penempatan Yahudi bertentangan dengan undang-undang Zionis dan layak untuk dikenakan tindakan. Larangan memberi dana kepada badan-badan yang bertentangan dengan undang-undang ini, di samping undang-undang pengawasan dan pemantauan terhadap badan-badan hak asasi manusia, undang-undang penempatan dan tekanan terhadap para tawanan, pengusiran wakil Arab di parlimen Hanin Zabi dari aktiviti Knesset, undang-undang Nakba dan yang lain-lain lagi.

Ory Ariel mengatakan, undang-undang tersebut bukan yang terakhir. Beliau menegaskan akan bekerjasama dengan kumpulan lain dari anggota Knesset untuk “memanfaatkan majoriti Zionis” dan akan meuluskan undang undang rasis setiap minggu “yang akan dicatat oleh sejarah”, katanya.

sumber : COMES
penterjemah : osman