Ucapan ‘Idul Fitri oleh staf Palestinkini

“taqabbalallahu minna wa minkum semoga kita terus istiqamah membebaskan al-Quds” – Arif Ateed “Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Semoga Ramadhan berlalu menatijahkan ketaqwaan kepada kita semua. Salam kita adalah salam pejuangan. Takbir kita adalah takbir kemenangan.” – Osman “Semoga Ramadhan yang baru berlalu meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah dan semoga Aidilfitri yang menjelma, disambut dengan penuh kesyukuran … Read moreUcapan ‘Idul Fitri oleh staf Palestinkini

Dua rakyat Palestin cedera dalam serbuan Israel

Jumaat, 26/08/2011 – Dua rakyat Palestin telah tercedera apabila pesawat pejuang Israel mensasarkan motosikal yang mereka tunggangi di tengah Gaza, menurut sumber dari bahagian perubatan. Adham Abu Salmiya, jurucakap perkhidmatan perubatan memberitahu wartawan PIC bahawa salah seorang dari mereka mengalami kecederaan sederhana manakala yang lain mengalami luka-luka kecil. Serangan udara lebh awal membunuh seorang komander … Read moreDua rakyat Palestin cedera dalam serbuan Israel

Israel Diminta Bebaskan 5 Wartawan Palestin

Jumaat, 26/08/2011 – Institut Komunikasi dan Pembangunan Palestin mengecam lanjutan penahanan 5 wartawan Palestin oleh otoriti Israel, juga serangan dan penghancuran terhadap badan-badan sivil termasuk media massa dan akhbar serta tindakan represif terhadap kebebasan. Pihak Institut meminta, terutama PBB, Persatuan Media Antarabangsa dan tempatan, Liga Arab dan pihak antarabangsa agar mengecam pelanggaran Zionis terhadap kebebasan … Read moreIsrael Diminta Bebaskan 5 Wartawan Palestin

IOF diarah berjaga-jaga di sekitar Semenanjung Gaza

Jumaat, 26/08/2011 – Arahan yang diperolehi tentera Zionis Israel pada Rabu lalu meminta supaya berjaga-jaga di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza dan sekitarnya selepas pesawat perang Israel membunuh seorang komander Briged Quds, sayap bersenjata pergerakan Jihad Islam, awal hari ini. IOF mensasarkan dua pejuang Palestin di tengah-tengah Gaza pada waktu subuh Rabu tetapi mereka terselamat daripada … Read moreIOF diarah berjaga-jaga di sekitar Semenanjung Gaza

Kerajaan Gaza lancarkan kempen kutipan derma untuk Somalia

Jumaat, 26/08/2011 – Kerajaan Palestin di Gaza telah melancarkan kempen kutipan derma bagi mengumpul wang untuk menyumbang bahan-bahan bantuan kepada Somalia yang dilanda kemarau. Kementerian Waqaf telah melancarkan kempen dua minggu pada 12/8 dan telah berjaya mengumpulkan sebanyak 132000 dollar. Kempen itu menyeru sumbangan derma bagi membantu rakyat Somalia yang menderita kebuluran serta untuk mengingatkan … Read moreKerajaan Gaza lancarkan kempen kutipan derma untuk Somalia

Menteri Zionis: Perubahan di Libya Tidak Menguntungkan Israel

Jumaat, 26/08/2011 – Menteri Urusan Dalam Negeri Israel, Matan Vilnai, melahirkan rasa kurang selesa terhadap perkembangan yang berlaku di Libya. Beliau menyatakan perubahan yang berlaku tidak menguntungkan Zionis Israel. Vilnai turut menyatakan kemungkinan dalam jangka masa panjang, baru terdapat perkembangan positif kepada Zionis Israel. Selain itu, Vilnai menyangkal dakwaan kekuatan tentera Zionis merosot di selatan. … Read moreMenteri Zionis: Perubahan di Libya Tidak Menguntungkan Israel

Pasukan tentera Rejim Zionis menangkap dan memukul seorang ahli perniagaan Palestin

Khamis, 25/08/2011 – Tentera penjajahan Israel (IOF) memukul ahli perniagaan Palestin dan merampas kereta Mecedes miliknya di timur Tobas. Kejadian itu dilaporkan berlaku pada hari Selasa menurut saksi yang memberitahu wartawan. Mereka berkata, askar itu menahan Samih Al-Aw untuk sementara sebelum melepaskannya. Laporan itu turut menambah bahawa Aw terlibat dalam perniagaan besi. Dalam kejadian lain, … Read morePasukan tentera Rejim Zionis menangkap dan memukul seorang ahli perniagaan Palestin

Zionis bunuh pimpinan tertinggi Brigade Al-Quds di Rafah, dan Al-Jhad berjanji akan membalasnya

Khamis, 25/08/2011 – Pemimpin Brigade Al-Quds, sayap ketenteraan bagi Gerakan Jihad Al-Islami syahid sementara dua lagi cedera apabila mereka diserang hendap oleh jet perang milik Zionis di Rafah, dari selatan Gaza selepas perjanjian gencatan senjata dilanggar oleh rejim itu. Sumber pasukan perubatan dan tempatan memberi kenyataan kepada Pusat Informasi Palestin bahawa beberapa jet perang milik … Read moreZionis bunuh pimpinan tertinggi Brigade Al-Quds di Rafah, dan Al-Jhad berjanji akan membalasnya

Knesset Israel Bahas Perluasan Pelindungan Penempatan di Sempadan Gaza

Khamis, 25/08/2011 – Jawatankuasa Belanjawan di Knesset Israel, Selasa (23/8) melakukan sidang tergempar membahas pembiayaan projek perluasan pelindung beberapa kota dan penempatan yang bersempadan dengan Gaza di wilayah Selatan Palestin 1948, untuk menghindari roket pejuang Palestin. Perbahasan dijadualkan terfokus pada persoalan perlindungan badan pendidikan dan kesihatan sebagai keutamaan terhadap serangan roket-roket pejuang Palestin, yang mengalami … Read moreKnesset Israel Bahas Perluasan Pelindungan Penempatan di Sempadan Gaza

Bendera Mesir kekal di kedutaan Zionis Israel di Kaherah

Khamis, 25/08/2011 – Bendera Mesir yang dinaikkan oleh Ahmad Shahat di kedutaan besar Zionis Israel di Kaherah masih lagi berkibar. Sebelum ini dikatakan bendera Zionis berkibar, tetapi tidak bertahan lama. Ahmad Shahat telah di berikan penghargaan di atas keberanian dan jatidiri yang tinggi telah ditunjukkan. sumber : COMES penterjemah : Abu ‘Umair

OCHA: Serangan udara Israel membunuh 14 rakyat Palestin dan mengakibatkan kerosakan besar

Khamis, 25/08/2011 – Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Penyelarasan Hal-Ehwal Kemanusiaan (OCHA) di kawasan jajahan Palestin mendokumenkan satu laporan yang dikeluarkan pada Ahad yang menyatakan Israel melancarkan lebih kurang 30 serangan udara yang mengambil nyawa 14 warga Palestin, mencederakan 41 yang lain dan mengakibatkan kerosakan yang teruk dalam satu siri serangan terbaru bermula sejak 18 … Read moreOCHA: Serangan udara Israel membunuh 14 rakyat Palestin dan mengakibatkan kerosakan besar

Israel gali terowong baru di wilayah orang Islam kota lama Baitulmuqaddis

Khamis, 25/08/2011 – Israel baru-baru ini telah mula menggali terowong baru di bawah Migharat al-Kitan (Gua Kapas), sebuah kuari di Kota Lama Baitulmuqaddis, menurut Yayasan Al-Aqsa. Salah satu terowong yang menuju ke selatan berada di bawah sekolah Omari, utara dinding masjid sementara yang lain menuju barat laut ke kawasan berhampiran Bab a-Sahera yang dikenali orang … Read moreIsrael gali terowong baru di wilayah orang Islam kota lama Baitulmuqaddis

Peneroka Yahudi melanggar seorang gadis Palestin

Khamis, 25/08/2011 – Seorang peneroka Yahudi telah melanggar seorang kanak-kanak Palestin berusia 12 tahun di Kota Lama Al-Khalil pada malam Isnin lalu, sumber-sumber tempatan melaporkan. Mereka berkata bahawa Narmin Al-Tamimi telah dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu laju oleh rakyat Israel dan telah dibawa ke hospital di Al-Khalil selepas mengalami kecederaan. Dalam kejadian berasingan, pasukan … Read morePeneroka Yahudi melanggar seorang gadis Palestin

Yayasan Al-Aqsa : Zionis buat penggalian baru di bawah bandar lama

Khamis, 25/08/2011 – Yayasan Al-Aqsa untuk Pemeliharaan dan Sejarah mendedahkan dalam sebuah laporan akhbar pada hari Isnin (22 Ogos) bahawa Zionis dan badan eksekutif yang memperkenalkan diri mereka sebagai “Pertubuhan Warisan Zionis” memulakan penggalian terbaru terowong bawah tanah, di bawah gua lama, Gua Al-Kitan, yang terletaak di antara Pintu Amoud dan Sahirah (Herod) di kawasan … Read moreYayasan Al-Aqsa : Zionis buat penggalian baru di bawah bandar lama

Menteri Luar Mesir: Kumpulan Berempat tidak peduli mangsa, campur tangan urusan dalaman

Khamis, 25/08/2011 – Menteri Luar Mesir, Mohammad Amr menyelar tindakan Kumpulan Berempat Antarabangsa yang tidak mengendahkan mangsa-mangsa di Mesir tetapi membincangkan hal ehwal dalaman Mesir dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berhubung kepesatan pembangunan di rantau terbabit. Kata jurucakap kementerian itu, Menha Bakhoum, kritikan Menteri Luar tersebut diucapkannya dalam satu perjumpaan dengan wakil khas EU ke … Read moreMenteri Luar Mesir: Kumpulan Berempat tidak peduli mangsa, campur tangan urusan dalaman