Categories
Berita Semasa

Hamas: Pembakaran Masjid Pelanggaran Terhadap Undang-Undang Langit

Khamis, 08-09-2011 – Gerakan Pejuang Hamas mengutuk kejahatan Zionis kelmarin yang membakar Masjid Nurain di wilayah Qishrah selatan Nablus. Ia menganggap kejahatan tersebut sebagai kejahatan rasis dan penodaan terhadap undang-undang langit.

Dalam keterangan akhbarnya dari biro informasi Hamas yang disiarkan pusat info Palestin menyebutkan, “Kami mengutuk penodaan mereka terhadap Masjid Nurain yang merupakan pelanggaran besar terhadap undang-undang langit dan kesepakatan antarabangsa, selain tindakan rasis dan kejahatan pendatang Zionis.

Dengan ini, Hamas mengajak rakyat Palestin untuk bersatu merapatkan barisan dalam menghadapi kejahatan Zionis. Hamas juga menyeru Liga Arab dan Kerja Sama Islam serta semua organisasi hak-hak kemanusiaan untuk bekerja semaksima mungkin menghentikan kejahatan rasis Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis gempur Nablus, tangkap 6 penduduk

Rabu , 07-09-2011 – Tentera rejim Zionis (IOF) menggempur sebuah kampung di Nablus dan Kem Pelarian Askar menjelang Subuh Isnin lalu dan menangkap 6 orang penduduk yang mana 5 daripadanya adalah penyokong Hamas, kata Institusi Antarabangsa Tadamun.

Ahmed al-Beitawi, seorang penyelidik di institusi berkenaan berkata bahawa IOF telah
menangkap 3 orang pemuda dari Kem Pelarian Askar yang terletak di timur Bandar Nablus. 2
orang daripanya adalah adik-beradik manakala seorang lagi adalah bapa kepada 3 orang kanak-
kanak.

Katanya lagi, IOF kemudiaannya menggempur Kampung Asira Qeblia di utara Bandar Nablus
dan menangkap 2 orang pemuda adik-beradik yang merupakan mahasiswa universiti.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Netanyahu berkeras tidak mahu minta maaf daripada Turki

Rabu , 07-09-2011 – Perdana Menteri kerajaan haram Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan sekali lagi dalam mesyuarat kabinetnya pada Ahad lepas bahawa kerajaan haramnya itu tidak akan meminta maaf kepada Turki berhubung kes serangan maut komando lautnya ke atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza pada tahun 2010.

Dalam mesyuarat tersebut, dia berkata bahawa kerajaan haram Israel “tidak perlu meminta maaf kerana tentera laut dan IDF nya hanya bertindak mempertahankan diri terhadap serangan ganas oleh aktivis flotilla kemanusiaan terbabit, ataupun kita sedang berusaha menyekat penyeludupan senjata kepada pengganas Hamas.”

Walaubagaimanapun, dia berkata bahawa kerajaan haram Israel “berdukacita atas kehilangan
nyawa yang berlaku dan berharap dapat menemui jalan untuk memperbaiki hubungan dengan
kerajaan Turki.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen Hamas: Kemusnahan di Migron cetuskan kekeliruan

Rabu , 07-09-2011 – Pemusnahan tiga buah rumah di penempatan Yahudi Migron, utara Baitulmuqaddis telah dicipta untuk mengelirukan dunia, kata ahli parlimen Palestin dari parti Hamas dalam satu kenyataan bersama.

Tentera Zionis Israel telah merobohkan tiga buah rumah di penempatan yang dibina atas kampung Mukhamas Palestin, timur bandar Ramallah di bawah perintah Mahkamah Agung Israel. Peneroka bertindakbalas atas perobohan itu dengan membakar sebuah masjid di kampung Qusra, selatan Nablus.

Ahli Parlimen Hamas di Ramallah yang memandang rendah pemindahan penempatan berkata Mahkamah Agung Israel mengarahkan perobohan seluruh bandar hanya buat sementara sahaja dan selepas itu beberapa buah bangunan akan dibina semula dalam tempoh yang singkat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Hamas: Pembakaran Masjid Merupakan Perlanggaran Hukum Suci

Rabu , 07-09-2011 – Hamas mengutuk kejadian pembakaran Masjid Al-Nourein di Kampung Qasra dekat Nablus di utara Tebing Barat, dan menyifatkan perbuatan itu jenayah perkauman dan melanggar undang-undang suci.

“Kami di Hamas mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Masjid Al-Nourein dan menyifatkan ia sebagai perlanggaran hukum suci dan kebiasaan serta lanjutan jenayah perkauman oleh pihak Zionis dan pendatang,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Biro Media Hamas.

Hamas juga menyeru perpaduan menentang penjajahan Israel serta menyeru Liga Arab, OIC dan kumpulan hak kemanusiaan agar bekerjasama menghentikan jenayah perkauman Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

30 penduduk Palestin terkorban, kira-kira 400 yang lain ditahan dalam operasi Israel Ogos lalu

Rabu , 07-09-2011 – Yayasan Perpaduan Antarabangsa Hak Asasi Manusia telah mengeluarkan satu laporan yang menyatakan bahawa 30 rakyat Palestin terkorban dan hampir 400 orang ditahan bulan lepas dalam operasi pendudukan Israel di wilayah Palestin.

“Hampir tiada hari yang berlalu tanpa memerhatikan operasi pembunuhan dan penangkapan puluhan rakyat Palestin, apatah lagi serangan tanpa henti oleh tentera Zionis terhadap rakyat Palestin,” menurut laporan tersebut.

Tiga daripada rakyat yang dibunuh adalah dari Tebing Barat, dua daripada mereka berumur awal dua-puluhan, seramai 27 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan mortar dan serangan udara yang mensasarkan Semenanjung Gaza bulan lalu. Lima daripada mereka adalah di bawah umur 18 tahun.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Askar Rejim Zionis menahan 3 rakyat Palestin termasuk wanita muda

Rabu , 07-09-2011 – Tentera Zionis Israel (IOF) menahan tiga rakyat Palestin Ahad lalu, dua pemuda di Al-Khalil dan seorang wanita muda di Ramallah.

Polis Palestin berkata tentera IOF menangkap Raufa Hamed berusia 24 tahun dari Silwan, Ramallah ketika melintas di persimpangan kampung Sharqiya Mazra’a.

Sebuah kereta peronda IOF menahan dua remaja Palestin di Al-Khalil juga pada awal pagi Ahad lalu, menurut sumber-sumber tempatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tembok didirikan untuk keselamatan kedutaan Israel di Kaherah

Rabu , 07-09-2011 – Sebuah tembok didirikan di Jambatan Universiti kaherah untuk melindungi kedutaan Israel daripada protes besar-besaran yang menuntut pengusiran kedutaan tersebut.

Seorang pegawai yang enggan dinamakan, memberitahu bahawa tembok 3 kaki tinggi dan 70 meter lebar itu dibina atas arahan Jawatankuasa Tertinggi Badan Bersenjata.

Jawatankuasa itu juga memastikan keselamatan kedutaan dengan meletakkan kawat berduri di sekeliling premis sewaktu keadaan tenang selepas tercetusnya demonstrasi-demonstrasi di kawasan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati