Haneyya jemput Perdana Menteri Tunisia untuk melawat Gaza

Rabu , 30/11/2011 – Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haneyya telah menghubungi Perdana Menteri Tunisia, Hamadi Al-Jibali melalui telefon pada hari Ahad lalu dan menjemput beliau untuk melawat Gaza. Haneyya mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatannya dari Tunisia berikutan kemenangan atas kehendak rakyatnya selepas pilihan raya dan pembentukan kerajaan. Bagi pihak Jibali pula, beliau mengucapkan … Read moreHaneyya jemput Perdana Menteri Tunisia untuk melawat Gaza

Bot-bot bersenjata Israel tahan dua nelayan Palestin

Rabu , 30/11/2011 – Bot-bot bersenjata Israel menculik dua nelayan Palestin di luar pantai Kem Pelarian Shati di barat Gaza pada petang Isnin. Sumber di kalangan nelayan Palestin memberitahu wartawan PIC bahawa bot tentera laut Israel mengejar bot nelayan Palestin dan mengarahkannya ke lokasi yang tidak diketahui. Manakala tentera rejim Israel menahan seorang pensyarah dari … Read moreBot-bot bersenjata Israel tahan dua nelayan Palestin

Israel Putuskan Musnahkan Rumah Jahalin di Al-Quds

Rabu , 30/11/2011 – Israel terus melanjutkan projek yahudisasinya dengan menyerahkan surat kuasa memusnahkan rumah keluarga Nawal Jahalain, Isnin (28/11) yang tinggal di wilayah Jabal Mukabber Al-Quds. Ahli jawatankuasa perlindungan warga tanah Silwan menyebutkan, pemerintah kota Israel mendakwa bahawa rumah keluarga Nawal Jahalain dibangun di atas tanah milik mereka tanpa izin pemerintahan setempat. Pemerintah Israel … Read moreIsrael Putuskan Musnahkan Rumah Jahalin di Al-Quds

Israel Diisytiharkan Sebagai Negeri Apartheid di “Mahkamah Rakyat”

Rabu , 30/11/2011 – Seorang panel pakar perundangan terkenal yang berkhidmat dalam Tribunal Russell di Palestin mendengar keterangan daripada saksi-saksi pakar mengenai dasar apartheid yang diamalkan oleh Israel ke atas penduduk Palestin. Rakyat Palestin kecewa dan marah; dan walaupun berlaku peningkatan demonstrasi aman, maklumat di internet, dan rayuan yang berterusan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), … Read moreIsrael Diisytiharkan Sebagai Negeri Apartheid di “Mahkamah Rakyat”

Israel Luluskan Pembinaan di Penempatan Shilo

Rabu , 30/11/2011 – Kementerian Perumahan dan Kementerian Pertahanan Israel telah meluluskan 2 pelan untuk membina 119 unit rumah di penempatan haram Shilo, yang terletak di utara bahagian tengah Tebing Barat, di bandar Ramallah. Media Israel, Ynet melaporkan pelan tersebut didedahkan apabila Gerakan Israel “Peace Now” memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi Israel, lapan bulan lalu, … Read moreIsrael Luluskan Pembinaan di Penempatan Shilo

Kumpulan Lelaki Bersenjata Letupkan Paip Gas Mesir

Rabu , 30/11/2011 – Pada waktu subuh hari Isnin, sekumpulan lelaki bersenjata telah meletupkan sebuah bahan letupan pada paip gas Mesir, yang merupakan sumber gas bagi Israel dan Jordan. Letupan tersebut berlaku beberapa jam sebelum pilihanraya perundangan Mesir yang pertama semenjak Hosni Mubarak digulingkan dalam revolusi yang berlaku awal tahun ini. Agensi Berita rasmi Timur … Read moreKumpulan Lelaki Bersenjata Letupkan Paip Gas Mesir

Perarakan besar-besaran esok menuntut pembebasan tahanan politik di Tebing Barat AL-KHALIL,

Selasa , 29/11/2011 – Persatuan Belia Muslim dan Jawatankuasa Keluarga Tahanan Politik di Tebing Barat menyeru semua rakyat Palestin untuk menyertai perarakan yang bakal diadakan pada 22 Mac tahun hadapan, bersamaan hari Rabu, bagi menyuarakan bantahan terhadap polisi penangkapan berunsurkan politik yang dilakukan oleh pihak berkuasa Palestin (PA) Kenyataan bersama ini dikeluarkan pada hari Selasa … Read morePerarakan besar-besaran esok menuntut pembebasan tahanan politik di Tebing Barat AL-KHALIL,

Kumpulan Sayap Kanan Israel Adakan Buku Panduan Perniagaan Yang Menggaji Warga Palestin

Sabtu ,26/11/2011 – Cucu kepada mendiang Rabbi Meir Kahane, yang terkenal dengan kepercayaan penghapusan etnik bangsa Arab dari Palestin, sedang memimpin sebuah gerakan untuk mendokumen dan memboikot semua perniagaan di Israel yang menggaji warga Palestin. Rancangan tersebut ditemui apabila Meit Ettinger, pemuda berusia 19 tahun telah dilaporkan kepada polis kerana berjalan sekeliling pasar Mahane Yehuda … Read moreKumpulan Sayap Kanan Israel Adakan Buku Panduan Perniagaan Yang Menggaji Warga Palestin

Pelancaran Pengishtiharaan Sedunia Menolak Pengepungan Di Gaza.

Sabtu ,26/11/2011 – “Musim bunga kebebasan”,”Pengishtiharan penolakan pengepungan rakyat”,telah dilancarkan oleh Ahli Parlimen dari Palestin,Eropah dan aktivis Arab dan antarabangsa datang berkonvoi melalui satu majlis besar-besaran yang diaadakan di Gaza pada Selasa malam 22-11-2011. Para peserta mengesahkan penolakan mereka terhadapa pengepungan rakyat,dan sekatan Zionis berterusan di Semenanjung Gaza,menggesa kerajaan dan pertubuhan hak asasi manusia di … Read morePelancaran Pengishtiharaan Sedunia Menolak Pengepungan Di Gaza.

Konvoi Perpaduan Tiba di Gaza

Sabtu ,26/11/2011 – Sebuah konvoi perpaduan berjaya dibentuk ke Semenanjung Gaza pada petang Isnin, melalui Terminal Sempadan Rafah, antara Semenanjung Gaza dan Mesir. Ahli kumpulan-ahli kumpulan konvoi “Freedom Spring” bakal mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh politik dan sosial di Gaza. Wakil-wakil gerakan Arab Spring adalah sebahagian daripada konvoi tersebut dan merancang untuk mengadakan pertemuan dengan Ismail … Read moreKonvoi Perpaduan Tiba di Gaza

Enam, termasuk banduan yang baru dibebaskan, telah ditahan oleh tentera Israel dalam serbuan waktu pagi.

Sabtu ,26/11/2011 – Dalam kejadian serbuan awal pagi yang terbaru, yang telah dilancarkan oleh tentera Israel di Tebing Barat pada hari Isnin, askar-askar Israel telah menahan enam orang rakyat Palestin, termasuk seorang yang baru sahaja dibebaskan dari sebuah tahanan Israel bulan lepas melalui perjanjian pertukaran banduan. Dua beradik, berumur 17 dan 18 tahun, merupakan antara … Read moreEnam, termasuk banduan yang baru dibebaskan, telah ditahan oleh tentera Israel dalam serbuan waktu pagi.

Hijazi: Kami menyediakan sebuah konvoi untuk Yerusalem

Sabtu ,26/11/2011 – Dr. Safwat Hijazi, pemimpin Rabetat Ahl Al-Sunnah yang menganjurkan konvoi utama ke Gaza pada hari Isnin, memberitahu sidang akhbar di bandar Gaza selepas ketibaannya bahawa Rabeta beliau telah menyediakan sebuah konvoi untuk Yerusalem. Beliau berkata bahawa ketibaan konvoi ke Gaza, yang terkumpul dari 40 buah negara, adalah salah satu daripada saat-saat terbaik … Read moreHijazi: Kami menyediakan sebuah konvoi untuk Yerusalem

Zionis Israel bimbang perkembangan Ikhwanul Muslimin di Mesir

Sabtu ,26/11/2011 – Sumber-sumber dalaman mendedahkan kebimbangan Zionis Israel akan perkembangan positif dan sokongan rakyat Mesir terhadap Ikhwanul Muslimin terutamanya pada pilihanraya umum yang akan datang. Perkembangan ini boleh menjejaskan hubungan Israel dan Mesir. Pihak tentera Zionis telah meletakkan kumpulan khusus di sempadan Mesir-Israel bagi memantau situasi semasa. Terdapat juga pandangan yang menyatakan tembok sempadan … Read moreZionis Israel bimbang perkembangan Ikhwanul Muslimin di Mesir

Gaza: Pemerintah Bantah Keras Penangkapan Wartawan wanita, Isra Salhab

Sabtu ,26/11/2011 – Biro media pemerintah menyatakan bantahan keras atas penangkapan seorang wartawan wanita Al-Quds, Isra Salhab, penyampai program Ahrar di TV Al-Quds. Penangkapan tersebut merupakan pelanggaran jelas terhadap hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa bahkan undang-undang Israel juga. Pasukan Israel menangkap Salhab (26) setelah memanggilnya ke pusat penyiasatan di Al-Quds, kemudian dinyatakan bahawa wartawan … Read moreGaza: Pemerintah Bantah Keras Penangkapan Wartawan wanita, Isra Salhab

Darawi: Kerajaan, PLO dan pilihanraya adalah agenda utama pertemuan Abbas-Mishaal

Sabtu ,26/11/2011 – Ketua Pusat Pengajian Palestin di Mesir, Ibrahim al-Darawi berkata terdapat tiga isu yang akan menjadi agenda utama di antara Presiden dan pemimpin Fatah, Mahmoud Abbas dan pemimpin Hamas, Khaled Mishaal yang dijadualkan pada Khamis di Kaherah. Akhbar Quds melaporkan Darawi berkata, tiga isu tersebut adalah: penstrukturan semula Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) untuk … Read moreDarawi: Kerajaan, PLO dan pilihanraya adalah agenda utama pertemuan Abbas-Mishaal